Friday, September 9, 2011

ROTI SAJ

Assalamualaikum dan selamat pagi..Baru pukul 8 pagi tapi mata ni still layu lagi..rasa mcm kejap je tido semalam..hmm..kejap lagi kena sambung tido blk baru otak ni fresh and boleh bergerak laju hehee..

Jom je lah semak menu kami semalam..Roti Saj..simple je utk yana bebuka puasa semalam..resepi yg dah lama diperap asyik tertangguh je nak buat..Resepi ni terskodeng kat umah Kak Madihaa A.K.A Kak Ratna.. resepi asal oleh Kak Rusnah FP..simple and kejap je nak bt roti nii..mkn sebijik pun dh kekenyangan..Yana mkn roti ni dgn Sardin jee..malesnya nk masak kari ayam or bt kuah yg berlemak2 lagi..badan ni rasa pnh dgn lemak je sejak raya hehee..jom je lah layannn :=)



ROTI SAJ

Resepi asal : KAK RUSNAH FP
Sumber : Kak MadihaA

1 sb yis mauripan
1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ MaDiHaA pun ikut sama) 
1 1/2 cwn air suam 
3 1/2 cwn tepung 
1/2 st garam 
sedikit minyak 


CARA NAK BUAT:- 

1.Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli. 
2.Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik. 
3.Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada 9 - 10 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung.
4.Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
PETUA MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

Selamat Mencuba :=)

6 comments:

quinnie said...

pertama kali dengar nama roti nih...teringin jugak nak buat sebab nampak simple je bahan dia..tapi nanti dululah..tunggu kerajinan tu melambai2 dtg baru leh buat..kekekek....

Cheq Sue said...

ingatkan nama roti tu salah eja... rupanya memang namanya oti saj eh..tak pernah dengar lagi ni...

nuwairani ismail said...

ala2 roti arab la kot..cumenye goreng dalam minyak yg sikit...ada kari daging, sedap ni.

Yana Shaiful said...

@Kak Q: Yana ni pun 1st time dgr nama rotinya..terus tergoda nk bt..rasanya biasa jee..cicah dgn kari mmg sedap :=)

Yana Shaiful said...

@Cheq Sue: hehee..mmg xsilap lagi..mmg begitu la namanya roti saj..pelik je kan :=)

Yana Shaiful said...

@Nani: haah..cuma yg ni bakar mcm capati gitu..lebih healthy hehee