Saturday, September 10, 2011

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Assalamualaikum semua..tgh2 mlm buta nk tayang biskut yg baru je keluar oven..biskut ni yana dh buat ari tu tp xsempat nak snap pic..semua dh angkut bwk blk kg kat Klate and antar kat umah ibu mertua ku kat Kedah..Lepas isyak td yana teruskan projek nak abiskan saki baki bahan kukis ari tu..aduss..penatnya duk gentel kukis sorang2 sambil duk kejar mengejar Damia..

Jom je lah kita semak resepi Kak Ummi Kuantan kesayangan ramai nii..mmg best sgt kukis nii..nk buat pun senang cuma yg malasnya nak menggentel heheee..klu ada assistant ok ler..kejap je nk buat tp yana punya assistant xleh msk campur lg..krg xpasal2 dia msk dlm oven skali dgn kukis hehee..mintak izin ye kak Ummi nak share kat sini plak..insyaAllah taun depan cnfem bt lg kukis ni..jom layann :=)

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES 
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home 





BAHAN-BAHAN:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya 


CARA NAK BUAT:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

3 comments:

Chik Mimi said...

yana akak duk kiv je rcp ni crispy dak?apa kata yana hantaq kat kak sebalang ngeh ngeh ngeh

nuwairani ismail said...

hihih...kakak nani yg duk kat rawang tu dah anak 3 baru sempat buat kuih raya...selama ni duk berdua bukan nak buat kuih. bila anak dah 3 ni agaknya dh pandai manage masa kot buat kuih...sambil bakar kukis, sambil menyusu...hihih...buleh bayang cemane kak yana duk berkejar kejaran dengan damia...kalau rumah kite dekat2, mau jugak nani jd assistant kak yana...

quinnie said...

salam yana...saya ingat lepas raya ni nak sambung buat biskut lagi..sebab dah habis tak sempat nak hidang utk openhouse...last2 dlm ingatan je la la..hahhaha..mkn je la balance2 biskut yg ada..kekkeke..

dah lamanya tak makan conflakes...