Monday, March 18, 2013

KUIH TALAM KURMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Sekejap jer masa berlalu..dah seminggu tak menjenguk blog kesayangan ^__^..Minggu lepas yana ke Perlis untuk menghadiri majlis konvokesyen adik di Politeknik Arau..3 hari 2 malam jugak kat sana.. balik je ke Manjung terus diserang selsema..Alhamdulillah..hari ni baru rasa bertenaga sikit^^bila dah bertenaga mula lah nak membizikan diri dengan aktiviti kat dapur ~ dah seminggu dapur tak berasap..en.husband bagi mc *_* hohoooo~~

Malam ni kita layan Kuih Talam Kurma dulu..Yana buat 2 minggu lepas lagi tapi sedikit kecewa.. kejadiannya x seperti yang di impikan~tak cantik..banyak pulak kedutan di permukaannya walaupun dah tutup dgn aluminium foil ^^pe2pun kuih nih dah habis licin..sedap sangat..yana mkn sorang jew sebab en.husban xmakan kuih yang lembik2 cani..Mula2 tu ingat nak share dgn jiran tapi kejadiannya pula xcantik..malu nak bagi hihii..

Tq Kak Q share resepi kuih talam nih..Dah lama yana simpan resepinya..baru berkesempatan nak cuba..InsyaAllah lepas ni cuba buat lagi bagi cantik licin gitew hihiii~~


TALAM KURMA
Resepi : Kak Quinnie

BAHAN-BAHAN:-

Adunan Bawah

1 cawan kurma dibelah panjang2 - kalau nak kurang pun boleh
1 1/3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
3/4 cawan gula merah
2 1/2 cawan santan
1 biji telur

Adunan Atas

2 1/3 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil gara,

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Panaskan kukusan. Kemudian masukkan semua bahan adunan bawah di dalam blender dan blend bahan2 hingga gula hancur kecuali kurma jangan blend yer..Kemudian tapiskan adunan ke dalam mangkuk..selepas tu gaul2kan kurma dengan sedikit tepung gandum..letak sikit je dan biar rata.. kemudian masukkan kurma ke dalam adunan tepung dan gaul rata
  2. Masukkan adunan bercampur kurma tadi ke dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak bila air kukusan dah didih..masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus 25 minit..guna api kuat.. sebelum tu tutup loyang dengan aluminium foil utk elakkan adunan tadi terkena air kukusan..pastikan bahagian bawah dah keras baru letak adunan atas..kalau 25 minit  tak keras lagi sambung kukus lagi hingga ia keras.
  3. Campurkan adunan atas ke dalam mangkuk..gaul rata dan tapiskan..bila adunan bawah sudah keras..taburkan adunan dengan tepung gandum atas adunan bawah tadi ataupun boleh jugak lorekkan skit dengan pisau..kalau takpun tekan2 dgn garfu..saya tekan2 dgn garfu jer..tujuanya supaya adunan atas dan bawah melekat antara satu sama lain bila dipotong nanti..lepas tu masukkan adunan atas..kukus lagi selama 25 - 30 minit..jgn lupa tutup balik loyang dgn aluminium foil..bila masak angkat loyang dan buka aluminium foil dan biar kuih sejuk baru dipotong.
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

rahel said...

Salam Yana...
Nampak sedap Kuih Talam Kurma ni...kita pun dah lama tak pekena kuih talam...nak buat punya la malas...

Gee® said...

Sedapnyaaaa....k.gee suka semua jenis kuih talam cuma malas nk mengukus... nak nk ckit...heee

zana fahmi said...

Assalam Yana, kuih talam buat akak fobia la..hehe..fobia tak boleh potong. Kena cedok bila nak makan..haha..alasan org malas.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..Wahhh klu ada lebihan kurma sedap gak cuba resipi ni...

Wattie said...

Salam Yana,
First time nampak talam kurma, kat atasnya nampak lembut sangat, mesti sedap

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, akk sukasangat kalo kuih2 yg ada santan kat atas, hurmmm nape share ngan akk kuih ni, akk takkisah kedut2 ke mulus ke,janji ada org bagi heheh

nursha zila said...

salam...mohon share ye