Wednesday, March 20, 2013

NASI BUKHARI AYAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Hari ni merajinkan diri sikit masak nasi berempah yang simple dan senang je nak buat..Nasi Bukhari Ayam resepi dari Kak Hanieliza..Dah lama resepi nasi ni masuk dlm list lepas Tun tayang tahun lepas..Bila dah lama perap dlm folder akhirnya terlupa..Bila dah ingat terus je buat ~banyak lagi resepi nasi sdg menunggu giliran utk dicuba ^_^ 

Nasi Bukhari Ayam nih yana makan bersama sambal tauhu dan juga acar mentah..buat simple2 jer yang penting sodap dimakan oleh keluarga tersayang ~~


NASI BUKHARI AYAM
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ potong 8 dan bersihkan
1 kg beras basmathi ~ basuh dan toskan
3 sb rempah kurma + 1 sb sos tomato - bancuhkan
2 biji buah tomato ~ belah 4
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokokdaun ketumbar~ potong pendek
4 sb minyak sapi
garam
gula

BAHAN TUMIS

10 ulas bawang merah ~ tumbuk
4 ulas bawang putih ~ tumbuk
3 cm halia ~ tumbuk
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan rempahyang dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan nasi dan daun ketumbar. Biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa.
  6. Bila sudah masak, gempurkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Selamat Mencuba :-)


6 comments:

rahel said...

Sedapnya...baru skali masak nasi bukari....macam tak leh berhenti...nampak yang ni pun dah menggugat...

zila norazila said...

Huby akk suka mkn nasi2 berperisa camne..klu nasi putih mmg slow dia mkn..nmpk mmg sedap yana. Nnt akk pn nk try jgk la..

Hafizah Mohamad said...

Sedapnyer Yana....

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum yana hemmm menyelerakan tu...boleh le akk cuba npk bhn2 nasi pun simple...tegoda pulak

tun_telani said...

Salam kak yana cayangggg.... dh lama x mkn nasi bukhari..sedap ganding ngan sambal tauhu tuh.

zana fahmi said...

Sedap kan nasi bukhari, anak kakpb pun suka sgt. Kalau boleh nak hari2.