Friday, April 5, 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

~ kebizian melanda semenjak dua menjak nih..masa tersangatlah terhad nak mengadap cik lappy kesayangan ^^

Pe2pun kita layan dulu entry pertama bulan ini~Pavlova..1st time yana buat dessert yang so sweet nih tahun lepas and tibe je semalam tringin nak makan pulak lepas tgk rancangan Giada At Home kat channel food network.. adusss..betul2 tringin nak mkn bila mendengar kerangupan mini pavlova yang Giada makan tuh..betul2 rangup..makan pulak dgn segala buah berries..makin ku tergoda ^^

Okess, resepi olahan dari Nonie Rahman selalu jadi pilihan yana kalau buat pavlova..elok2 je jadinya untuk pemakan yang tak ramai kat rumah nih~ yana dgn damia je yang habiskan..en.hb hanya makan satu suapan lepas tu dia tanya kek gula ke nih..terus je dia telan pelan2 pastu minum air suam 2 gelas sekaligus hehee..

Mata dah kesayuan..xsempat nak merempit lagi malam nii..InsyaAllah ada masa nanti yana singgah ke rumah kawan2 yer ( ^__^ )





PAVLOVA

BAHAN-BAHAN:-

1 biji putih telur
1/4 cawan gula kastor
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Pukul putih telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih.
  2. Dengan kelajuan tinggi ( nonie guna stand mixer biasa kelajuan tahap 5 ) masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Terus memutar sehingga adunan putih dan berkilat.
  4. Masukkan esen vanilla dan putar lagi selama 2 minit.
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Kaup balik adunan dengan menggunakan spatula.
  6. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 150c untuk 15 minit  pertama dan turunkan suhu pada 140c untuk masa seterusnya.
  8. Biarkan pavlova sejuk di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka. Nonie & yana biarkan 2 jam.
  9. Untuk menghidangkan bolehlah dihias dengan whipped cream/kastard dan buahan segar.



TOPPING

BAHAN-BAHAN:-

1/2 cawan whipped cream
1/2 sudu besar gula kastor
Buah-buahan segar untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Pukul whipping cream sehingga kembang
  2. Masukkan gula
  3. Tuang whipping cream di atas adunan tadi, hias dengan buahan segar.
  4. Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

rahel said...

Ehermmm...malam2 tayang pavlova...tak patut...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

aaaaaa.. pavlova... Akak berangan2 nak buat esok.. hehe

Zaliedana said...

Ct pon tgk rmai yg duk wat n jual,mmg tingin gile nak merasa,kan bila org jual kemain mahal,duk imejin ler sedap tara mna si pav nih,erm rsa cikit jerk,mmg xleh dah,huhu..Hehhe hb yana kta kek gula ya,agknyer org utara mmg xbape layan manis2 kut,heheh..

Mas said...

pavlova dialova..
klu dah makan..memang tak boleh stopp...asyikkkkkk

mama sara nur said...

Assalam yan
sedap kan dgn buahnya, akak dah try skali tp x ambik gambar hu huu