Wednesday, April 17, 2013

NASI AYAM GORENG

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Menu kami sefamily hari ini Nasi Ayam Goreng..Dah 2 3 kali yana buat nasi ni lepas terskodeng kat dapur Kak MaDiHaA..Sedap dan senang nak prosesnya~

Tak leh nak bebel panjang lebar malam ni..nak meronda ke rumah kawan2 sat sebelum masuk beradu..Dah seminggu xsempat meronda..hurmm..mesti dah banyak terlepas resepi best ^^


NASI AYAM GORENG
sumber 1: mek jah ( copy midza ) ~ xde link
sumber 2: Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHANNYA:-

Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam - dipotong 12 ketul ( tak kira pun potong berapa..belasah jek :)
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*

CARA PENYEDIAAN:-

Ayam di potong 12, bersihkan dan toskan..gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari.. perap sebentar dan goreng seperti biasa.. ( jgn garing sangat )
* setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan untuk masak Nasi:
1 sudu besar rempah kari
1 inci halia - tumbuk kasar
4 ulas bawang merah - tumbuk kasar
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/daun ketumbar
4 cawan beras basmathi - cuci toskan
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
sedikit minyak ~ yana guna extra virgin olive oil
sedikit marjerin (MaDiHaA tambah) ~ yana xletak

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan minyak dan sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan-bahan yang ditumbuk, serbuklada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. (ayam tu MaDiHaA masukkan sikit jer sbb hubby suka mkn ayam yg garing2- yana letak semua sekali ^^) masak nasi hingga masak. ( MaDiHaA masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer..ikutcara2 masak nasi putih..iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yang paling kecil sekali lebih kurang 5-7 minit..jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang barulah buka & karihkan nasi tersebut. )

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Yana
bestnya nasi ayam goreng tu
emmm akak klu tk tu nk mkn apa nasi goreng ayam lh jd pilihan he heee

rahel said...

Wah....ni mesti kena makan banyak2 ni....sodap...

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer Yana...kak fiza minta copy yer resepi ni,...pasni blh la try buat plak...t/kasih Yana....=)

tun_telani said...

Salam sayang kak yana... tun dh pernah try dua2, nasi ayam goreng dan nasi goreng ayam.. pastu resepi yg lebuh kurang nasi kari ayam.. semua pon sedap! ^^