Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bersua di alam maya ini ^^.. Agak lama yana bercuti kali ni..ada yang mencari tak hihhii~ Ekceli sepanjang minggu lepas yana sekeluarga telah diuji dengan sedikit ujian dari Allah SWT..Alhamdulillah..dengan keizinanNYA juga semuanya dah selamat dan harapnya moga berkekalan~ Semua ujian dan dugaan bukannya hukuman dari Allah tetapi petanda kasih sayang Allah terhadap hambaNYA agar lebih tabah dan sabar akan hikmah disebaliknya.. Wa Allah hu Alam
Otak sedikit blur nak bebel malam ni tapi gatal tangan nak hupdate blog hehee ~ rindu sangat nak BW umah kengkawan..dapur yana dah lebih seminggu tak mengeluar asap..takde kenikmatan berada di dapur bila diri tak tenteram tapi hari ni dah mula masuk dapur..rasa macam2 nak buat ^_^
Okess, kita layan Kek Span Pandan yana buat untuk minum petang tadi..Dah lama bebenor rasanya tak buat kek.. tibe je pagi tadi damia tanya kek ada tak..hmm..dah boring la tu hari2 makan roti dengan sosej..sejak pindah ke Manjung, yana belum berkesempatan lagi nak membaking sebab males nak keluarkan semua peralatan yang masih lagi dalam kotak hihiii~
Kita layan je la ekk kek span yang femes amos nih..dh lama simpan resepi baru ari ni dapat menerainya..yana buat 1/2 adunan jer..buat plak dalam loyang besar maka nipis sedikit jadinya hihii
KEK SPAN PANDAN
Resepi : sweet 4ever @ My Resepi
BAHAN-BAHAN:-
150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml air pandan
80 ml air minyak/mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:-
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul adunan hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. ( tapi ni terletak kepada kelajuan pengadun )
- Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan. pes pandan dan sedikit pewarna hijau..pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kek benar2 ringan.
- Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar bulat/4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150-180c
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek..lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kita kempis
Selamat Mencuba :-)
3 comments:
Slm syg yana..dmoga sntiasa sihat..cantik kek span tue..gebu jew.
Assalamualaikummm kak yana cayanggg....
tun dh penah try rasanya kek span pandan nih.. senang dan cepat membuatnyer, mmg sesuai la utk org2 yg ada baby ni kan.
xblk mengundi ke kak? tun khamis ni balik ganu ^^
salam..
gebunya kek tu..suka makan kek pandan..
Post a Comment