Sunday, April 21, 2013

APAM KELEDEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Kuih Apam Keledek ni yana buat untuk makan petang semalam..Pagi nih boleh buat bekpes lagi..Dah 2 hari dapat keledek dari jiran sebelah rumah tapi tak tau nak buat apa..Akhirnya kuih apam jadi pilihan

Hmm..Sebenarnya mood nak masak agak ke laut sikit sekarang..Sejak baby dah boleh merangkak nih masa kat dapur agak terbatas..Masa lebih banyak tertumpu pada dia..kalau tinggal jer baby dengan kak long..hurmm..tak sampai 5 minit dengar la suara si kak long menjerit..ibu!! adik masuk bawah meja..Ibu!! tengok adik nihh kacau kak long..macam2..tak aman hati ibu kat dapur ^^

Okess..kita cuci mata je la ekkss dengan kuih yang habis sudah~ serius cakap apam keledek ni memang sedap, lembut dan gebusss gitew..Walaupun kalernya suram dan tak ceria seperti apam tuan empunya resepi Kak Yatie tetap jua habis kuih ini..Tq Kak Yatie sudi share resepi apam keledek yang asalnya resepi apam kentang..Yana dah pernah buat apam kentang kat SINI..Dua2 sedap yer ^^

APAM KELEDEK
Resepi : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN:-

3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan *(*masak sehingga gula hancur dan sejukkan )

2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus 
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
pewarna oren ( yana x letak )

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Keledek rebus di blend bersama dengan santan ( biarkan sebentar )
  2. Masak gula bersama air dan daun pandan..sejukkan
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yid, baking powder dan garam.
  4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar sebati.
  5. Perap selama 1 jam. Sapu minyak pada bekas kecil2
  6. Kukus dalam bekas kecil selama 15 minit.
  7. Kalau loyang besar kukus selama 40 minit
  8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Kamarul Arnizam said...

Entry yang menarik..
saya dah follow blog nhe dan jangan lupa follow balik yerr :)
Terima kasih~salam ukhuwah
www.kamarularnizam.blogspot.com

tun_telani said...

Salam kak yana! ^^ sedapnyer apam, lagi2 kalau dpt kelapa parut fresh.. tun terpaksa guna kelapa parut kering je, tp kalau sedap lajuu aje mknnnyer.

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer Yana...lama x buat apam...salah satu penyebab lama x buat adalah kurang sambutan...he he he...kalau kurang sambutan tu mula la nak gelabah ja kak fiza sbb nak kena perabih sorang2...huhuhuhu

rahel said...

Menarik apam keledek ni....suatu hari nanti pasti akan dicuba...

Amie said...

Terpikat daku dengan apam keledek ni Yana... pinjam resepi dik!