Sunday, August 5, 2012

MEE HOON SOTO

Assalamualaikum dan salam 16 Ramadhan 1433 Hijrah..Apa khabar semua pengunjung ke dapur kecik yana..diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria2 selalu..Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT..Amiiinn...

Untuk juadah berbuka semalam yana buat Mee Hoon Soto..Alhamdulillah..sedap sangat resepi dari Kak Yatie..Tq Kak Yatie share resepi ni..Dah lama yana nak mencubanya tapi macam biasa..selalu lupa bila resepi2 baru keluar^^..Mee Hoon Soto ni lagi sedap kalau makan bersama begedil tapi semalam yana xsempat nak buat begedil..Lepas masak sup ada urusan plak nak disetlekan..balik umah dah pukul 6.30..xpe lah..lain kali plak kita mkn bersama begedil..kita layan yang dulu ^^..


MEE HOON SOTO 

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ di potong 4, 2 keping bahagian dada di goreng bersama sedikit garam
2 batang serai ~ dititik
1/2 inci lengkuas ~ di hiris
2 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi
1 rempah sup bunjut adabi
1 sudu besar lada putih ~ ditumbuk halus/lumat
Minyak untuk menumis
6 cawan air satau secukupnya
garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR:-

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia

BAHAN TUMIS;-

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang merah ~ di mayang
2 ulas bawang putih ~ di hiris

CARA NAK BUAT:-

  1. Bersihkan ayam, potong 4 besar, 2 keping bahagian dada di goreng. Bila dah siap, sejukkan dan di siat2kan. Ketepikan dulu. Sementara ayam yang selebihnya di cincang kecil.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cawan minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yang di bancuh dengan sedikit air. Masukkan pula lada putih yang ditumbuk halus. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan masukkan sekali air secukupnya.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yang telah dicelur.
BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN MEE SUP:-
  1. 1 bungkus mee hoon ~ direndam, di celur dan di toskan
  2. 1 mangkuk taugeh ~ buanf akar, cuci, celur dan toskan
  3. Daun sup, daun bawang ~ cuci, toskan dan dihiris halus
  4. Bawang goreng
CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan mee yang telah di celur ke dalam mangkuk. Taburkan daging ayam di goreng dan disiatkan tadi. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun bawang sup/daun bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
SAMBAL KICAP

10 tangkai cili padi merah
15 tangkai cili padi hijau
3 ulas bawang putih ~ bakar sebentar
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak ~ supaya biji cili hancur
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya

CARA NAK BUAT:-
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bawang putih bersama kicap tadi.
  2. Tuangkan dalam mangkuk dna campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee hoon sup tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, rajinnya buat bee hoon soto, lagi bestkan kalo ada begedil heh, mau 2 magkuk akk mkn kalo mcm ni hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam yana..k.atie tgk pon dah trgoda nih!

tahan!puasaaaaaaaaaaaaaa...:D

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Yana
memang sedap kalu dpt hirup sup