Tuesday, August 9, 2011

AYAM SERAI PEDAS~ menu sahur

Assalamualaikum..Alhamdulillah kenyang dgn rezeki sahur pagi ni..Nak bern3 kejap je nii sambil menunggu azan subuh..Bangun pkl 4.15 pagi tadi and sempat msk lauk yg mmg simple sgt tapi mmg sedap..cukup menyelerakan..Resepi ni dh lama terskodeng kat umah Kak Mas Duniaku tapi xde kesempatan nak msk..semalam baru terfikir nak try msk..semua bahan ada and cepat je nak masak lauk ni..

Jom je lah kita layan resepi ni..klu sape2 yg suka dgn kepedasan mmg sesuai sgt lauk ni..bagi yana bleh tambah selera mkn masa sahur kerana kepedasannya..xpedas maka xselera la nk mkn hehe..xmau bebel panjang2..ada masa kejap je nii nak BW umah kengkawan..kita layannn..:=)




AYAM SERAI PEDAS
Resepi asal : irose@myresepi.com

BAHAN-BAHAN:-
  • 3 keping dada ayam - ambil isi sahaja ( yana ambil semua bahagian :=) )
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
  • 6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
  • 1 camca sos ikan @sos nampla
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula 
  • Sedikit ajinomoto Mas letak kiub ayam ( yana ltk kiub ayam jgk )
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
  • 1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
Cara membuatnya :
  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.
Slamat Mencuba :=)

6 comments:

Unknown said...

salam ramadhan ke 9 yana..
aduh!!
menyelerakan mata dan tekak memandang, mujur kak ayu cuti..
hehehe..
hari nie kak sediakan menu mudah2 jer utk en zalie..

izahdaut said...

tak pernah buat lagi ni.. leh masuk list. lauk simple cam ni memang la kesukaan. hehe

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum yana...
x perna lagi buat nie.. nampak sedap... bila ler boleh buat nie... jamu mata dulu ler nmpknya kan..

Yana Shaiful said...

Kak Ayu: Lauk biasa je ni kak tapi berselera jgk mknnya..awal g akak dh cuti ek hehee

Yana Shaiful said...

kak Izah: haah kak..mmg simple sgt tapi sedap..lauk sahur kna biasa2 je..xlarat nk msk hehee..

Yana Shaiful said...

Kak Diana: lauk biasa je ni kak.. nk msk kejap je..akak tgu lepas cuti br bleh bt kan hehee