Thursday, August 18, 2011

MURTABAK MAGGI~ 18 RAMADHAN

Assalamualaikum..sorry semua mlm ni xleh nk story panjang2..nak sambung projek mengkukis plak kejap lagi hehee..juz nk tayang menu  berbuka tadi..murtabak maggi resepi yg dikidnap dari umah CMG lagii..walaupun kejadiannya tidaklah secantik seperti di umah CMG namun murtabak ini mmg sedap dan kami kekeyangan..buat murtabak ni dlm kekejaran masa td..bz nk mengkukis jee ari nii..xsedar langsung dh hampir jam 6..siap je murtabak maggi ni terus snap dan ini lah hasilnyaa...hmm..lepas ni pasti bt yg lebih cantik mempesona..:-)

Jom jelah kita semak resepi nii..asalnya dari umah MamaFami and yana kopis je dari umah CMG..tq kepada kedua2 otai yg slalu memberi inspirasi pd yana utk rajin jenguk dapur..ngeee.. pssttt..yana nk siapkan kukis plak nii..xsempat nk ronda2 mlm nii..sorry yee semua..esk nk blk umah mertua so,niat dihati nk bg 2 3 balang kukis kat mertua..cewaaahhh..baik sggh menantu nii kann..ahaksss.. jom layannn :-)

MURTABAK MAGGI


BAHAN-BAHAN:-

1 paket mee segera perisa kari
2 biji telur
150 gm daging cincang
1 biji bawang besar ( cincang )
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 biji cili merah ( hiris halus )
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-

  1.  Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut dan toskan. 
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga perang, masukkan perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. 
  3. Kemudian masukkan hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. kacau kejap dan boleh matikan api.
  4. Dalam satu mangkuk lain, masukkan 1/2 bahagian mee dan 1/2 bahagian daging gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  5. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  6. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos pun ok, thousand island sos pun boleh..Selamat Mencuba :=)

5 comments:

izahdaut said...

Wahh busy bebenor mengukis ye. Hehee

Citarasa Rinduan said...

Yana..
terbaiklah.. kak belum lagi try mama dan CMG punya versi mertabak maggi nie..
depa tu buat utk ben tau.. hehehe

selamat menukis sayang

Chik Mimi said...

yana nnti kukis hantaq umah akak barang 2 balang tau harus heheheh ghajennya

Naz said...

Betullah tu Yana, Kalau balik rumah mertua, takkanlah balik dgn tangan kosong jer kan.. Menantu mithali ni...

nuwairani ismail said...

adeh! sepanjang bulan pose ni belom pekene lagi maggi. ada sepaket je lagi tu...sedapnya la hai....