Monday, August 8, 2011

AYAM KANDAR lagi~ Mood Kepenatan ^_^

Assalamualaikum semua..sory yee menanti tuan umah yg lama bercuti tanpa sempat bg pesanan..Windunya kat blog yg tak seberapa menawan nii hehee..Tima kasih pada yg sudi singgah kat dapur kecik yana nii..Ekceli yana blk umah mertua kat Pendang minggu lepas..4 hari xmasak apa2..tgu mkn jee..xelok perangai menantu ni kan hehee..bkn kita xnak masak tapi ipar duai kat sana semua dah pandai masak..kita jeling2 je laa kat dapur hehee..Lewat malam semalam baru sampai umah..aduss penatnya..nak masak utk sahur lagi..baju x iron lagi..byknyaa keje..maknanya hari ni xde masa nak berfoya2 kat alam maya hikhikk...

Jom je lah kita intai resepi simple utk sahur tadi..Menu ni mmg popular suatu masa dulu..semua blog ada bt tayangan and kat umah nii pun dah byk kali bt siaran ulangan kat SINI..mmg sedap bagi penggemar nasi kandar mcm penghuni umah nii..nggeee..resepi asal Daging Kandar oleh kak Asma MyResepi..secara sengaja yana tukar jadi Ayam Kandar coz xgemar sgt mkn daging..Jom je lah kita layannn..kejap lagi nak tunaikan kewajipan plak..layann :=)


AYAM KANDAR



Bahan-bahan

  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air



CARA NAK BUAT:-

  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
Slamat Mencuba :=)

8 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi yana..
salam ramadhan ke 8..
samalah.. kak ayu dah beberapa hari bercuti beblog..

aduh!!
pandang ayam sangat mengiurkan.......

Mas said...

hmm...sedapp jerk nengok ayam kandar tu....

nuwairani ismail said...

dh tak igt berapa lama tak makan nasik kandar..kalau makan pon, selalu yg di kedai aje..nk buat, tak reti..hihi

Yana Shaiful said...

Kak Ayu: bila dh lama bercuti ni rasa makin malas plak nk buka blog kan hehee..jgn tgk lama2 kak..jeling2 jee hehee

Yana Shaiful said...

Kak Mas: ayam ni mmg sedap kak mas.. suka sgt dgn ayam nii :=)

Yana Shaiful said...

Nani: K.yana mmg suka nasi kandar.. 1st time mkn ms study kat uum.. terus terpikat hingga skg..dpt hubby pun mmg hantu nasi kandar.. bertambah2 lah kita suka nasi kandar hehee

quinnie said...

salam yana...saya pun pernah cuba resepi ayam kandar ni...memang senang je nak masak..makan dgn nasi briani best nih....:)

Yana Shaiful said...

Kak Q: haah kak..betul tuu senang msk and senang nak abis kan hehee..