Tuesday, August 9, 2011

NASI LEMAK HIJAU PANDAN~ 9 RAMADHAN

Assalamualaikum..bersua kembali kita..Alhamdulillah..esok dah 10 Ramadhan..Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadat puasa dgn sempurna..

Tengah hari tadi tibe je tekak ni terasa nak makan nasi lemak..hmm..maknanya kena masak nasi lemak lah utk bebuka..ngeee..bkn susah pun nak masak  nasi lemak kan..ceeewaahhh perasan bagus plak :=)..Dah biasa mkn nasi lemak yang biasa so, utk bebuka kita masak yg spesel sikit..nak test Nasi Lemak Hijau Pandan..rasanya dah lama blogger lain bt..yana ni je baru nk try..mkn simple je dgn sambal bilis dan ayam goreng berempah kari..kenyang sgt..sahur krg hrp2 bleh mkn g skit..rasa mcm perut dh penuh diisi..

ok lah..kita layan jee resepi dari sifu CMG.. dah bertaun simpan resepi ni baru skg bt..Menurut CMG, resepi asal dari Amy Bah tapi telah di modifey oleh beliau..mmg sedap nasi lemak hijau ni..bau pandan dari nasi mmg wangi..jom layannn pic yg tak begitu mengancam nii.. snap cepat2 coz dh nak berbuka tadi..layannnn :=)
NASI LEMAK HIJAU PANDAN




BAHAN-BAHAN:- ( yana bt 1/2 je dari bahan ni )
4 cawan beras Basmathi ( cuci dan rendam 20 minit & toskan )
1 biji kelapa parut
10 helai daun pandan ( kerat kecil2*)
1 cawan air* (*dikisar halus )
2 batang serai ( dititik )
1 helai daun pandan ( disimpul )
1 inci halia ( diketuk)
3 ulas bawang putih ( diketuk )
5 biji bawang merah ( hiris halus )
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* (*rempah tumis)
1 camca serbuk lada hitam
Sedikit garam


BAHAN SAMPINGAN :-


Sambal tumis udang ( yana bt sambal tumis bilis je )
Hirisan timun
Tomato ceri/plum
ikan/ayam goreng
Telur dadar


CARA NAK BUAT:-


  1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
  3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
  4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. 
Selamat Mencuba :=)


10 comments:

Chekgu Azrine said...

eh..baru semalam saya buat nasi lemak.. heheeh.. tp yana punya special lagi la.. sure sedap!

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum yana..
wah buat nasi lemak hijau pandan yer yana... akak x perna lg buat nie.. nmpk sedap tu

Mas said...

lama dah tak makan nasi lemak..
sedappnya tengok...
nasib baik puasa...he..he..

tun_telani said...

tun dh tgk nii.. tiba2 terasa mcm nk mkn nasi lemak jugak lah.. hihi

nuwairani ismail said...

bile tengok nasik lemak kak yana ni, harap2 menu petang ni betol la nasik lemak....dah teringin pulak.

Yana Shaiful said...

Chekgu Azrine: biasa2 je kak..nk ubah selera nasi lemak skit..asyik mkn yg biasa je..nnt try la kak nasi lemak ni..mmg best :=)

Yana Shaiful said...

Kak Diana: wksalam.. best kak nasi nii..nnt akak try la..berbaloi2 hehee

Yana Shaiful said...

Kak Mas: Jgn tgk lama2 kak Mas..tgu bebuka dulu hehee..best jgk berbuka dgn nasi lemak sekali skala kan..:=)

Yana Shaiful said...

Tun: tgk skit2 je Tun..nnt dh bt sndiri bleh tgk lama2 hikhikk..

Yana Shaiful said...

Nani: best jgk berbuka dgn nasi lemak nii..nk bt pun kejap je..lauk simple :=)