Thursday, August 4, 2011

CALZONE ALA TURKI~ 3 RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat bersahur semua..curi masa kejap lepas mkn sahur tadi..semalam xsempat nak n3 pe2..ada je keje nak buat..Jom je lah kita jeling2 kat menu bebuka hari ke 3..Ya Allah..kenyang betul mkn Calzone ala Turki nii..mkn sebijik terus kekeyangan..Dah lama nak merasa roti nii..akhirnya semalam sempat jugak mencanai doh sambil duk gaduh2 dgn Damia..Jom je lah kita layann resepi nii..Dah rmai rasanya member2 blog yg dh try calzone nii..jom layann :=)

CALZONE ALA TURKI



BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air





CARA MEMBUATNYA :-
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  1. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  2. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Letak 1/4 bahagian inti ayam, lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap (macam dalam gambar di atas, nampak tak jari "gedabak's" tuu?). Buat hingga siap pada baki adunan.
  3. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..
Slamat Mencuba :=)

10 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Yana,

selamat menjalankan ibadah puasa...berbuka apa petang nanti??

tergoda kak nur tengok calzone tu...boleh masuk list...hehe

Amie said...

Assalamualaikum Yana,
comel & mulus rupa paras calzone tu... rasanya tentulah sedap!

Selamat berpuasa Yana...

Wattie said...

Assalamualaikum Yana,
Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Yana sekeluarga ya. Bulan2 posa ni pekena roti ni seketul tak payah makan nasi, mesti kenyangkan, nampak cam sedap ni

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam yana..mcm karipap pon ada rupa kuih & resepinyakan?nampak sedap...

Zaliedana said...

Assalam yana,erm calzone nih mmg sedap kan,mmg pon mkn sebiji dah kenyang,ct suke berbuka mkn camnih,klmarin wat roti naan lagi,Selamat pulang ke pendang yana,moga selamat pergi n balik..Hati2 di jalan raya..

Nurul said...

salam, yana...
calzone nih ala2 karipap juga kan.. tapi saiz besar... satu pun gerenti kenyang makan nih...
selamat berbuka puasa di Pendang.. :)

nuwairani ismail said...

wah! wah! wah! hamba pon nk try jugak la buat resepi ni...nmpk mcm sedap dan senang nk buat...

cik cek said...

Yana....gebunya apa kebenda nama menu ni...payah bebeno nak nnyebutnya....mesti sedap ni...alahai!...sib baik dah bebuka...kalau tak potong markah posa hari ni...he he he :)

ibundo said...

salam yana,
nampak menyelerakan ni. nampak macam ala karipap tapi rasanya beza ye..

Cendana Kasih said...

Salam Perkenalan buat Yana...

Nampak macam roti, sure sedap kalo makan time sahur..