Monday, May 28, 2012

PASTA FUSILI GORENG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah dapat bersua lagi kita pada hari ini walaupun tuan rumah dilanda sedikit kebizian..asyik bizi jer kan ^^..Tengah hari ni kita layan pasta lagi..xselera pulak nak makan nasi..hmm..semalam seharian melantak roti..bekpes roti paratha+sardin, lunch kat luar beli ajer roti tuna, petang roti tuna beli lagi..malam melantak 2 bijik big apple donut plak..adooiii mmg xleh naik penimbang minggu nii hihii..

Moh je lah layan pasta campak2 jer nii..yana nak berBW plak..bleh cari idea nak masak apa dinner nanti..cian my laling asyik makan pasta dgn roti ajer ^^


PASTA FUSILI GORENG

BAHAN-BAHAN:-

1 mangkuk pasta Fusili ~ rebus hingga lembut dan toskan
1/2 labu bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1/2 biji buah tomato ~ potong dadu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Isi ayam secukupnya
1 keping tauhu ( potong & goreng dahulu )
Sweet peas
Kubis bunga
Cili merah ( potong memanjang )
Garam, gula & serbuk perasa
Minyak zaitun 


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitum dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan isi ayam. Goreng sebentar.
  2. Masukkan buah tomato dan semua jenis sos. Gaul biar sebati.
  3. Kemudian masukkan fusili dan juga kubis bunga. Gaul dan masukkan garam, serbuk lada sulah dan juga gula.  Tambah sedikit air jika pasta terlalu kering dan gaul lagi.
  4. Last masukkan sweet peas, tauhu dan juga cili merah. Gaul rata dan biarkan masak kejap. Bleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

8 comments:

rahel said...

skali-skala layan pasta memang berselera gak kan..

Qhaifa Nur said...

sedapnya pasta....

CT Delima said...

As'salam Yana

sesekali makan pasta memang sedap, tapi k.ct punya pasta dalam botol tu tak tahu bila nak masak :)

tun_telani said...

salam kak yana.. asyik makan pasta n roti, nnti baby kuar selera omputih. hihi.... tun dh lama betul x beli pasta nih. lama2 sekali teringin gak makan.. pasta fusili ni mcm xpenah try.

Wattie said...

Salam Yana,
Waaaa selera mat salleh nampak, hehehe.... akak pun suka jugak pasta2 cam ni, mai la ajak akak makan sekali....

Nieza said...

Assalam Yana, pasta memang sedap.. akak kalau malas masak nasi berlauk msk pasta jer la..hehe

HaSue said...

perghh..nmpk menyelerakan la pulak pasta yana tu haa..lapo lak akak pepagi nih..buatkan spinggan!

Totie@Tomy said...

wah kalau masak untuk bekpes mcm ni sah2 en.hubby suh tapau untuk dia..hehe