Monday, May 21, 2012

KASWI PANDAN LEMAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..xmo cakap banyak pasal kuih yang sedang hangat di alam maya skg nii..Kaswi Pandan Lemak..dah ramai kawan2 blogger yang dah mencuba antaranya Kak Q, Kak Sue, Kak Mas, Kak Sheila..hmm..sape lagi ekk..sory yer klu yana terlepas pandang..ramai sangat ^_^


Tq pada Kak Besah yang selalu ajer berkongsi resepi2 yang mantop gitew..suka sangat mencuba resepi beliau yang memang menepati citarasa penghuni rumah ni ^_^




KASWI PANDAN LEMAK
Resepi : Kak Besah @ MyR

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu @ tepung jagung ( Yana & Mas guna tpg jagung )
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan ( 3 helai )
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur ( x kira saiz )
beberapa titik pewarna hijau
secawan kelapa parut ( putih sahaja ) + secubit garam

CARA NAK BUAT :-
  1. Kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. Pastu campurkan kesemua bahan2 lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ini.
  2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Jangan lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. Pastu kukuslah hingga masak dlm 20-25 minit. ( oleh kerana penyediaan xambil masa lama, eloklah panaskan pengukus sebelum mengadun adunan )
  3. Bila kaswi dah sejuk, bolehlah dipotong & digolekkan dalam kelapa parut yg telah dicampur dgn secubit garam.
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Chik Mimi said...

Ghajennya la makyung ni sorang ..

zila 4ever said...

wahhh kita jew x terbuat lg nie..bila la nk buat nie...sedappp x???..mesti sedap..dh ramai mencuba tue..:)

Nuwairani Ismail said...

nani belum pernah lagi buat apa2 jenis kaswi. kalau makan suke aje. bukan ape, susah nak dpt kelapa parut. kuih ni kalau ada kelapa parut baru best.

rahel said...

wah,..rajinnya orang buat kuih kaswi pandan..cantek kaler ijo tu..suka2x.

quinnie said...

sedapnya..kita pun suka resepi ni..:)