Assalamualaikum semua..apa khabar? semoga semua kawan2 dan pengunjung DCK sentiasa sihat dan ceria2 hendaknya..Maaf byk2 semalam..Yana xsempat nak jalan2..banyak perkara nak setle..komen pun xsempat berbalas..lepas je post n3 terus shut down lappy..Hari ni insyaAllah, boleh nak singgah menyinggah kejap..
Berbalik pada n3 hari ni..nampak menyelerakan tak ayam ni? hahaa..mmg menyelerakan.. rugi siapa tak cuba..Ini lah dia Ayam Sosha Istimewa hasil mengskodeng kat umah Kak Wattie beberapa minggu yang lepas..yana terus je mark bila nmpk ayam yg sungguh mengiurkan ini ^_^..Kalau tgk pada bahan2nya punyer lah panjang tapi nak buat xde lah susah sgt..berbaloi membuatnya..Ayam Sosha Istimewa ni yana gandingkan dengan Nasi Yogurt n3 semalam.. sedapp..sila percaya yer..satu gandingan mantop gitew..tambah pulak ada pajeri or acar..memang makan xnak benti lah..hihihiii..
Tq pada tuan punya resepi asal Hjh Fatimah Hj Ahmad@Asmah Laili kerana sudi share resepi yg maveles ni..tq juga pada Kak Ayu dan Kak Watie berjaya goda yana utk mencuba resepi ni..mintak izin yana panjangkan kat sini pulak yer..Jom kita semak jer resepinya ^_^

AYAM SOSHA ISTIMEWA
Resepi : Hjh, Fatimah Hj Ahmad@Asmah Laili
Sumber : Kak Ayu@curlybabesatisfaction
Sumber cuci mata : Kak Wattie @ Wattie's homeMade
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ buang kulit dan segala lemak dan potong 12
( lumur kepingan ayam dgn sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak )
5 cm kulit kayu manis
5 biji pelaga ( Ayu gunakan 4 biji aje )
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan cili kisar
BAHAN KISAR HALUS
2.5cm halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
BAHAN-BAHAN LAIN
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 tin tomato puree
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
Sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato ~ belah 4
1/2 kilo bawang kecil dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis ~ digoreng dan ketepikan
1/2 cawan gajus ~ digoreng dan ketepikan
1 biji tomato ~ dihiris utk hiasan
Sedikit kacang peas utk tabur
Sedikit minyak utk menumis
garam + perasa secukupnya
CARA NAK BUAT :-
- Panaskan minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing. Kemudian barulah masukkan serbuk kunyit. Kacau rata.
- Masukkann pula tomato puree dan sos tomato. Balik-balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar,tinggalkan 1/4 utk hiasan.
- Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
- Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng. Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
- Semasa menghidang taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.
*Enak disajikan dgn nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari
Selamat Mencuba ;-)
12 comments:
Tgk je dh nmpk menyelerakan betul aym tu kalo dpt mkn lglah kan mesti superb sedap punya!
hmmm...sedapnya tengok ayam tu..
colek ngan roti pun best kann...
Mak aiiii... tengah lapar ni, sedapnya dapat hidangan istimewa!!!
memang nampak sedap sangat tu yana... menu ayam memang laku kat rumah.. jd mmg nak kena simpan byk resepi2 ayam utk dicuba.. hehe.. masuk lish dulu le resepi ni... TQ yana..
Perghh..menawan kalbu...teringin nak tumpang makan je kat sini..sedap lauk ayam dan nasi yogurt tu Yana.
@Kak Mas> jom lah mkn sama kak.. mmg sedap :-)
@Kak Mas> haah kak..lepas mkn ns yana cicah pulak dgn roti..sedap jgk :-)
@Kak Amie> hihii..sory kak.. hidangan istemewa ni dh abis ^_^
@Kak Ratna> bdk2 mmg suka ayam.. yana pun kumpul jgk resepi ayam..nk pelbagaikan..nnt cubalah resepi ni kak..sedap :-)
@Rahel> mmg gandingan yg mantop ns yogurt dgn ayam ni..mkn tak terkata hihii :-)
mantap! nk tumpang makan pun sure dh lama habis kan.. ish ish.. kene wat sendiri la ni nmpk nyer.
Assalamualaikum Yana,
Waaaaa, ayam sosha dah sampai Kepala Batas, bestkan. nasi yoghurt kat bwah tu pun nampak best gak. Tkasih sudi linkkan blog akak kat sini...
Post a Comment