Thursday, July 5, 2012

KAM HEONG CHICKEN

Assalamualaikum dan salam Nisfu Syaaban..Selamat berpuasa kepada kawan2 yang berpuasa sunat hari nii..Lama betul kita xbersua di alam maya..Boring x dah seminggu tgk pic budak tecik tu main tepung hihii..Ekceli, tuan umah baru nak memanaskan periuk belanga..tibe jer vitamin R nak ke dapur hilang huhuuu ~~~

Kita mulakan n3 pertama bulan Julai dgn resepi yang simple mimple nii..dah banyak kali buat sebab senang and paling penting sodapppp ^__^..Kam Heong Chicken ni yana buat untuk sahur tadi..makan bersama nasi putih lepas tu yana goreng sayur campur..berselera jugak makan ^^..menu untuk bebuka krg belum fikir lagi..males nak makan nasi dah..tgu sahur krg pulak makan nasi..moh kita layannn ajerr..jumpa lagiiii ^_^


KAM HEONG CHICKEN
Resepi : Kak Wardah
Sumber cuci mata : Kak Nurul & Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

500 gm ayam ~ yana perap 4 jam dgn tpg jagung + serbuk lada hitam, then goreng & toskan
4 tangkai cili padi ( diketuk )
2 tangkai cili merah ( dihiris )
2 labu bawang besar ( dicincang )
4 ulas bawang putih ( dicincang )
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung dan sedikit garam. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi.Gaulkan ayam rata.
  5. Masukkan garam, gula. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih..
Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Qhaifa Nur said...

kuahnya nampak pekat...
makan dengan nasi panas sedapnya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhh.. rajinnya, akak kalau sahur (bukan bulan Ramadhan) makan roti jer.. bln puasa betul baru makan nasi..

Nuwairani said...

wah! kam heong ciken! dah lama nani tak buat ni. suka sangat resepi ni. memang terbaik lah!

rahel said...

Salam Yana...
ayam kam heong yang sangat menyelerakan..kita memang suka masak ayam macam ni..

zila norazila said...

salam yana ,akk x pernah buat lg..haruss ditry nie:P nampak sedap la..

tun_telani said...

mmg rajin betul kak yana nih.. tun biasa sahur x masak lain, mkn lauih dinner mlm sblm tu je. hihi...

ps: link blog tun tu masuk link kak nurul jugak. huhu

quinnie said...

ayam kamheong ni sedap dan mudah dimasak..hehehe..kita kalau malas2 memang ini le pilihan..kekek