Monday, July 30, 2012

MEE RACUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya pada tanggal 10 Ramadhan..cepatnya masa berlalu..20 hari lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini akan meninggalkan kita..sedih rasanya..moga segala amal ibadah kita sepanjang bulan ini diterima Allah SWT..Aminnnn..

Okes..kembali pada tujuan asal..semalam untuk berbuka yana sediakan Mee Racun yang penuh dengan kasih sayang buat suami tercinta..bukan racun lain taw hihii..Ekceli, dah lama msk list nak try mee ni lepas terskodeng kat dapur Kak Mas tapi biasalah selalu lupa bila ada jer resepi baru keluar..ntah apa mimpi semalam baru tringat pasal Mee Racun yang dikatakan femes kat Batu Pahat Johor..tul ker..apa2pun En.hubby kata sedap..lain kali bleh buat lagi ^^..kita semak jer resepinya..yana nak bermarathon pulak..dah 2 hari xsinggah umah kawan2..apa laa resepi baru yang timbul agaknya..jumpa lagii..selamat menjamu mata ^^





MEE RACUN
Resepi : Che Iza
Sumber cuci mata : Kak Mas, CMG, Kak Ika

BAHAN-BAHAN:-
600 gm mee kuning
1/2 kg tulang kambing ~ yana guna daging batang pinang
1/2 inci halia ditumbuk
beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker..~ yana tambah ayam
3 - 4 biji bawang merah ~ dikisar
2 - 3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 sb cili boh
5 sb sos tomato
4 sb sos cili
1 sb gula
1 kiub ayam
2 kelopak kobis ~ nak letak sawi pun boleh
sebiji tomato ~ potong 6
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

CARA NAK BUAT:-
  1.  Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato dan sos cili, biar mendidih.
  5.  Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato.
  6. Masukkan mee..tapi den celur jer mee..kuah tuang kemudian..
  7. Sedia di hidang..tabur daun bawang dan bawang goreng.
Selamat Mencuba :-)

9 comments:

Mas Sani said...

sunggub serem mendengar namanya tp sungguh menggoda melihat upenyz hehehe

quinnie said...

yana...kita dah bertahun salin resepi iza ni...tapi tak juga buat2..hehehhe...teringin la nak cuba...huhuhu

Mas said...

yanaaa...
kak mas suka sangat mee racun nie..
sedappkan....
haaiii...jadi teringin balik tengok mee racun yana tu...

Cheq Sue said...

he he he... cheq sue pun macam quinnie jugak yana, dah berkurun simpan resepi ni tapi tak terbuat2 lagi

Zaliedana said...

Nmpak kuah pekat n sodap jer yana,alahai tapi nape nma racun eks,agaknyer sbb pas mkn duk tingat lagi kesedapan mee nih,pastu meracun fikiran kita suh wat lagi kut,hahaha..

tun_telani said...

kenapa nama dia racun kak yana? sbb kolestrol tinggi ye? hihi..

zila norazila said...

salam yana.
mmg popular kt batu pahat..member2 akk selalu jgk dok citer mee nie..akk jew x try lg..thnks resepi:) nampak sedappp sgt.

Amie said...

Waduh Yana! lamanya kakak tak masak mee.... terliur2 tengok mee racun Yana.... tengok bahan yang digunakan tu resepinya nampak mudah ye Yana, tapi mesti sedap punya!

EmbunRosaliza said...

ooo baru teringat mee racun resipi cik iza rupanya, mesti sedapkan yana, terliur la pulok