Saturday, November 10, 2012

APAM GULA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang ni yana nak jamu semua dengan kuih Apam yang sedap banget ^_*..Apam Gula Merah.. Dah banyak kali yana buat..Damia suka sangat..lembut dan gebuss mulus gitew heheee..Kali ni yana buat nak bagi mama rasa..Alhamdulillah mama cakap sedap..lembut kejadiannya..Tq Kak Yatie untuk resepi Kuih Apam Gula Merah kesukaan ramai nii..Mintak izin yana share kat sini pulak yer..jom makan ^__^



APAM GULA MERAH

BAHAN A
1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(* dimasak dan sejukkan )

BAHAN B
1 sudu besar yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

BAHAN C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak bahan2 A bertanda * hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.( Masukkan dalam blender lagi senang )
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sebati, setelah sebati tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.
  5. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
  6. Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dgn pisau tajam dgn cara seperti gergaji ke depan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat ( Yana buat dalam acuan bentuk love )
  8. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Yana, petang yang hujan dapat makan apam pun sedap jugak.Tapi jauh ya..kalau dekat, boleh kak Ros bertandan.

Hafizah Mohamad said...

salam yana...ni kalau kena ngan teh o panaih2 mmg terangkat la...sbbnya kat Bayan Baru ni baru ja hujan...he he he...dapnya Yana...rajin sungguh Yana...sibuk2 ngan baby baru pun sempat lagi masak2 ni....(^^,)

tun_telani said...

kak yana cayang.. tun dh balik bintulu nii.. baru blh berBW ^^ suka tgk apam yg gebu nih.. mcm apam gula hangus ye..

wantie said...

comeynya apam tu. akak p[un minat apam. kalau petang petang lepak bawah pokok sambil minum tea memang terangkat ni.

Come & join my GA