Wednesday, December 12, 2012

KEK KARAMEL COKLAT MOIST KUKUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

~1st n3 di bulan Disember ^__^..Alhamdulillah dapat juga jari jemari ku menari atas keyboard di malam yang sunyi ini ~ anak2 dh tido of cos la sunyi hehee..Kehidupan seharian yang semakin sibuk sejak bertambah ahli keluarga..takde masa langsung nak menjenguk dapur maya..Lepas n3 malam ni belum tahu lagi bila dapat kembali..Hmm..seminggu sekali nak post 1 n3 pun susah skg ni..

Apa2 pun kita layan dulu Kek Karamel Coklat Moist yang sudah hampir sebulan yana buat..Dah ramai kawan2 yang dah cuba buat kek ni..yana jer yg baru ada keberanian nak mencuba ^__^ mula2 nak buat kek ni takut juga sebab tengok punya lah panjang resepinya tapi bila dah buat sendiri takde lah rasa susah sangat..Alhamdulillah menjadi dengan sedapnya ^__^..Untuk resepi Karamel yana guna resepi Kak Anna dan kek coklat pulak macam biasa kek coklat kukus Munira Baharum yang selalu menjadi pilihan :-)

Hmm..Dah tak tau apa nak membebel..mata dah makin layu..bantal sudah memanggil..InsyaAllah panjang umur kita bersua lagii..rindu semua kawan2..Maaf banyak2 sebab yana xberkesempatan nak menyinggah ke rumah kawan2..InsyaAllah ada masa yana singgah yerrrr ^__^




KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Resepi : Kak Anna Qawina & Munira Baharum FB
Sumber cuci mata : Kak Izah @ IML

BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir ditabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
( Bahan B )

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan semua bahan B dan tapis ke dalam loyang gula hangus tadi

STEP 5:
Bakar karamel secara steam bake pada suhu 180c selama 15 minit

BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil dikacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C
4 biji telur- pukul dgn whisk atau blend

CARA PENYEDIAAN:
Satukan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam BAHAN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk.
Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi
Bakar secara steam bake pada suhu 180c selama sejam atau hingga masak..bergantung kpd oven masing2.
Dah masak, biar kek sejuk atau hingga kek merenggang baru diterbalikkan kek.
Sedia dihidangkan

* Note : Yana guna kaedah mengukus..kukus puding karamel 15 minit lepas tu tuangkan adunan kek coklat dan kukus selama 40 minit..siap ^__^


Selamat Mencuba :-)

7 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum Ana...moga sihat...sdp tu dua gabungan yg menarik...cantik kejadiaan kek ni...bila dikukus basah2 gitu akk suka....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sgt sedaplah yana... entah bila akak nak mencuba..
p/s: tahniah dgn kehadiran ahli keluarga baru ye... patutlah senyap je skrg.. sibuk ngan baby ye..

Qhaifa Nur said...

sedapnya..suka sangat kek yang dikukus....

Amie said...

Walaupun ada baby kecik, Yana sempat juga ke dapur ye... cantik betul kejadian kek tu Yana!

Gee® said...

Sedapnyaaa....terliur

tun_telani said...

Salam kak yana cayangggggg~~~ windu! hihi... mesti x terkejar nk buat kerja umah bila ada baby ni kan. nnti free upload la gmbr bb ye.

Nuwairani Ismail said...

wah! kak yana lagi uptodate sekarang. nani jugak yang ketinggalan. susah betul nak update sekarang. takde sumber tenet. ni pun curi2 je guna. nanii belum buat lagi kek ni. rasa mcm nk try buat versi kukus mcm kak yana jugakla. nampak senang je...