Thursday, May 19, 2011

IKAN MASAK HALIA SIMPLE

Assalamualaikum..dah makan tengah hari ke semua..Yana ari ni simple jee tapi mmg ari2 simple je masak hikhikk..Seperti biasa bila je masuk dapur harus pantas dan tangkas..kna cepat2 masak sblm my baby sedar.. klu tak kna masak sama2 dgn dia sambil duk jerit..Jom lah layan resepi simple nii..layann..:)



IKAN MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan ( goreng dulu yaa )
2 biji bawang putih ( tumbuk )
1 inci halia ( tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
Cili merah ( hiris memanjang )
Halia ( hiris memanjang )
Bawang besar ( potong bulat)
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

    1. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
    2. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata dan tambah air. Kalau nak kuah banyak boleh lebihkan air. Kemudian perasakan dengan serbuk perasa.
    3. Masukkan cili merah, halia dan juga bawang besar Kacau lagi hingga mendidih.
    4. Tutup api dan tuang kuah atas ikan yang telah digoreng kunyit dan garam tadi.. simple je kan.. Slamat Mencuba :)

8 comments:

Diana @ Melley Mey said...

masakan simple mcm nie yg best nie kan... kekdg masak mcm nie sedap sungguh d makan ngan nasi putih kan..

YANA SHAIFUL said...

Haah..msk cani mmg laju je mkn tmbh skit dgn ulam..:)

chikadakbiru said...

sedap buat makan tengahari nih...lagi byk halia...lagi byk bagus..kasi buang itu angin kus kus heheheh

Wattie said...

Salam ziarah,
sedapnya ikan masak halia, akak tak pernah buat lagi

cik cek said...

Yana....masak cam ni simple lagi sedapkan....

YANA SHAIFUL said...

CB: Betul tu..sbb tu yana letak halia byk2..kuar semua angin :)

YANA SHAIFUL said...

K.Wattie: Kna buat ni kak..best mkn sesekali mkn cani :)

YANA SHAIFUL said...

K.cek: mmg sedap..mkn dgn ulam cicah budu plak mkin lee sedap hehee