Friday, May 27, 2011

BAYAM MASAK LEMAK BERTEMPE

Assalamualaikum semua..cepat masa berjalan..rasanya baru je lepas bekpes..tibe je dah mkn tgh ari hehee.. ekceli nak masak malas tapi perut asyik lapo jee..cane tu nk berdiet konon.. tgh ari ni layan plak kuah lemak berkrim..xpe, esok ajak en.hb kuar jln2..kita bakar semua lemak yg dah makin membesar dlm badan nii.. jomlah kita tgk dulu menu simple nii..my baby tgh syok tido..sblm dia jaga dan mula buat keje kita ke dapur dulu yee..layannn :)

BAYAM MASAK LEMAK BERTEMPE



BAHAN-BAHAN:-

1 ikat bayam
1/2 bungkus tempe ( potong kecil )
2 ulas bawang merah ( mayang )
2 ulas bawang putih ( mayang )
2 sudu besar ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 tangkai cili merah ( potong 4 )
Suun
Fucuk
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-


  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan santan ke dalam periuk. Gunakan api yang sederhana.
  2. Bila dah sedikit mendidih masukkan tempe, fucuk dan rasakan dgn serbuk perasa. Kacau.
  3. Masukkan bayam dan juga suun. Kacau semua bahan.
  4. Last, masukkan cili merah. Bila bayam dah layu boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..Slamat memcuba :) 


No comments: