Tuesday, May 17, 2011

NASI LOBAK MERAH~ versi derhaka

Assalamualaikum..sejuk jee ari nii..hujan turun lebat tul..baru je lepas menjamu selera..hujan plak seperti mahu mengundang bantal jee..perut kenyang mst laa mengantuk kan..tambah2 plak hujan..lagi laa mengantuk hehee..pe2 pun kita layan dulu resepi versi derhaka nii..mintak ampun byk2 tuan empunya resepi asal Chef Hanieliza tapi yana C&P dari umah Kak Ummi Kuantan..tak tau la nk ckp cane..resepi asal nasi jagung tapi yana try buat nasi lobak merah..still sedap.. Nasi lobak merah ni yana mkn dgn ayam masak merah lagiii :)..jom layan je laa ek..yana buat half dari resepi asal nii..:)



NASI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ( cuci dan toskan )
2 cawan lobak merah ( disagat @ hiris halus )
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
2 biji buah tomato ( potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula

BAHAN TUMIS:-

5 ulas bawang merah ( mayang )
3 ulas bawang putih ( mayang )
2 cm halia (mayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan ( disimpul )



CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah beriani dan biarkan naik minyak.
  3. Kemudian masukkan beras, lobak merah, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar. 
  4. Lepas tu masukkan air secukupnya dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa. Dah siap.. 
Slamat Mencuba :)


No comments: