Saturday, May 14, 2011

RENDANG AYAM~mkn dlm keredupan

Assalamualaikum..mesti semua dah menjamu selera tengah hari kan..ekceli ari ni yana plan nak masak lain tapi jadi lain plak..hubby keje so kna masak simple2 je la walaupun ari sabtu..klu tak bleh gak masak nasi mandy ari ni..dah lama teringin nak mkn..hmm..tgu next week plak kita bt..esok ada plan lain dgn mr.hubby.. Jom kita semak resepi rendang nii..tengah hari ni just rendang and ikan pekasam jee tapi ckp menyelerakan coz ada ikan pekasam :)...


RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN KISAR:-

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam
2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
1 batang serai ( dititik)
1 helai daun kunyit ( hiris halus )
2 helai daun limau nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT :-

  1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, daun limau purut, garam, gula dan bahan perasa ke dalam kuali. Kacau sebati dengan api yang sederhana.
  2. Kacau sekali skala hingga mendidih dan ayam lembut.
  3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa, daun kunyit dan juga daun limau purut. Kacau lagi
  4. Masak hingga kuah pekat. Tutup api dan siap untuk dihidangkan..Slamat Mencuba :)

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Yana..Sedapnya rendang ayam ni...pekat berkuah, nampak sgt menyelerakan

cik cek said...

Salam Yana...

Pepagi kak cek dah sampai sini...lama dah singgah menyinggah ni...
Wah! ada rendang ayam....mkn ngan nasi lemak sedap ni kan....:)

YANA SHAIFUL said...

sue@ nenie: wksalam..tq..rasa cam ari raya plak klu mkn rendang kan..sgh menyelerakan hehee..

YANA SHAIFUL said...

k.cek: wksalam..mmg best klu mkn dgn nasi lemak tapi bertambah lah jugak lemak yg sedia ada niii hehee..