Thursday, May 26, 2011

AGAR-AGAR ROTI MARBLE~again

Assalamualaikum..cuaca indah pagi nii..matahari bersinar2 kat luar tuu..pagi nii bekpes simple jee..bakar roti sapu planta bersama kopi panas..pagi ni juz n3 skali lagi agar2 roti..ari tu mak mertua yana datang umah..so, buat lah agar2 nii..senang dan mudah jee..mula2 igt nak masak yg spesel skit mak mertua dtg tapi sape laa nk tlg tgk my baby yang aktif sgt tuu..agar2 tu pun yana bt masa dia lena.. bt cepat2 sblm dia buka mata..Jomlah kita imbas kembali resepi dari dapur K.Mas Duniaku.. kali ni buat  agar2 roti marble plak..layannn :)


Agar - agar Roti
Sumber : Mas Duniaku

Bahan :
  • 20 gram agar2 bertali @ sepeket serbuk agar2  - 10 gram
  • 6 cawan air 
  • gula pasir - ikut manis @ 200gram
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti 
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila 


CARA NAK BUAT :-
  1. Roti, susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan 2 bahagian dengan dibahagi sama banyak. Masukkan 1 bahagian dgn serbuk koko dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna di bahagian tgh dan diikuti dengan warna lain, tak payah tunggu keras. tuang berselang seli smpai habis.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong. Slamat Mencuba :)

2 comments:

Mas said...

cantiknya agar2 roti marble dia :) menyelerakan!

YANA SHAIFUL said...

Hehee..simple jee marble..tq