Tuesday, May 17, 2011

BIHUN GORENG KUNYIT BERCENDAWAN~bekpes kami

Assalamualaikum..dah bekpes ke semua..mesti dah kan..dah nak tengah hari pun hehee..pagi cuti yang indah nii kami bekpes simple jee..kejap lagi masuk dapur plak..tak tau nak masak apa lagi nii.. pe2 pun kita layan resepi simple kami tadi..layannn..



BIHUN GORENG KUNYIT BERCENDAWAN

Bahan-bahannya:-

Bihun secukupnya
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 ulas bawang merah ( mayang )
Cendawan tiram secukupnya 
Fish cake ( gaul bersama 1/2 sudu besar serbuk kunyit )
carrot
kubis
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
  2. Masukkan fish cake dan carrot. Gaul rata.
  3. Kemudian tambah air secukupnya dan masukkan garam serta bahan perisa. dan cukup rasa masukkan bihun. Gaul lagi. Last skali masukkan kubis dan juga cendawan. Gaul kejap dan bleh lah tutup api..siap utk dihidang.. Slamat mencuba :-)

4 comments:

Hafizah Mohamad said...

budak2 mesti suka bihun ni yana sbb x pedas...=)

YANA SHAIFUL said...

ari ni msk x pedas..hubby ngadu sakit perut smlm..yana kna tmbh cili api 2 3 biji br bleh mkn hehee

Iera Daniera said...

eh sama la pulak. ira pun goreng bihun. bukan bfast jer, sekali mkn tengahari terus. ira wat style bihun merah tu :)

YANA SHAIFUL said...

hubby akak wajib mkn ns tengah ari.. klu akak bihun ni pun dh ckp.. saje tukar kaler plak ari nii.. heheee