Tuesday, May 10, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Assalamualaikum dan salam tengah hari..dah siap masak ke semua..menu yana tengah hari nii simple jee..asam pedas ikan kembung..ingatkan nak buat ikan tenggiri nak try resepi Florence Tan Dapur Nyonya..tak jadi jugak..ikan tenggiri tak de..lain kali je lah masak ikan tenggiri plak..jom layann yang nii jee..:)


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN KISAR:-

15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN:-

3 ekor ikan kembung
1 ikat daun kesum
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 batang bendi
Air asam jawa secukupnya
Air biasa secukupnya
garam
gula 
serbuk perasa
minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau.
  2. Masukkan daun kesum dan juga bendi. Kacau jap dan tambah air biasa sikit. Masukkan ikan dan rasakan dgn garam, gula serta serbuk perasa. Dah cukup semua rasa tunggu je ikan masak. Sebelum tutup api masukkan buah tomato..Siap untuk dihidangkan..Slamat mencuba..:-)

6 comments:

cik cek said...

Memang fav kak cek ni....sedapnya bendi tu....:)

Mas said...

sedapnya masak asam pedas lagi2 bubuh bendi, nyum..nyumm...

YANA SHAIFUL said...

k.cek: bendi kna taruk byk2.. mr.abe suka mkn bendi hehee

YANA SHAIFUL said...

Mas: tak sah asam pedas klu tak letak bendi kan hehehee

Iera Daniera said...

salam kak yana. sori lama tak bw sini. kena penyakit mals bukak tenet kat umah. kat opis takat dpt view jer, xdpt nak comment. huhu.. sedih. homeork akak insyaallah akan dibuat;)


sedap asam pedas, org utara memang wat gini kan. ritu husband demand asam pedas melaka...huhu. camno lah nak wat pekat2...

YANA SHAIFUL said...

best mkn asam pedas tp xleh slalu sgt mkn..xsedar bertambah2 nasi tuu..ira tgk je lam tenet byk resepi asam pedas melaka yg pekat tuu hehee