Tuesday, May 31, 2011

NASI MANDHI & AYAM PANGGANG ALA KR~ maveles~

Assalamualaikum..lewat tul nak bern3 ari ni..so bz..dh malam baru dpt nak n3 hehee..Ari ni yana buat Nasi Mandhi..dah lama sgt nak mkn..ari ni baru sempat nak buat..Tq pada tuan empunya resepi Puan Raidah dan Tq jugak pada Kak Ummi Kuantan coz yana C&P jee dr sana..mintak izin ye kak Ummi..hehee..sedap tul nasi nii mkn dgn ayam panggang KR..juga C&P je dari umah Kak Ummi..Jom kita layan jee..sorry pic kurang menyelerakan coz nak cepat mkn..lapar sgt2..hehee..dah lah membebel..En.Hb nak guna lappy plak jap g..jom layann..

NASI MANDHI




BAHAN-BAHAN:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(#) Step (4) yana ni tak buat jgk sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut eh..rajin2 sikit.

Slamat Mencuba :)


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS



AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Sumber: Che Mid
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan2 untuk perap ayam : -
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- (*akak guna gula perang)
  • 2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



Cara-cara:-
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )


Slamat Mencuba :)

4 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnya Yana...tgk nasik mandy Yana ni rasa lapo la pulak...makan pulak ngan ayam KR mmg terangkat lah...he he he...bak sepinggan...=)

Mas said...

kak mas dah try nasi ngan ayam ni.....
memang best gila....

Yana Shaiful said...

Kak Fiza: jom kak mkn sesama hehee..

Yana Shaiful said...

Kak Mas: haah..mmg best kan..tapi xsmpt buat sambal nenas tuu..klu tak mst lagi best kan..lain kali plak buat hehee