Friday, May 27, 2011

MAGGI GORENG TOMYAM~ pedas berapi

Assalamualaikum dan slamat pagi..semua dah bekpes kee..klu blum jom sama2 bekpes dgn yana..pagi nii tibe je tekak terasa nak mkn maggi..boring jgk tiap ari bekpes mkn roti jee..tanpa segan silu pg nii maka jadi lah maggi goreng tomyam..nak tau resepi.. jom kita semak jap..layaannnnnn :)

MAGGI GORENG TOMYAM



BAHAN-BAHAN:-

2 bungkus maggi ( rendam dan tos kan )
5 ekor udang saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu besar pes tomyam
1 batang serai ( diketuk )
3 helai daun limau purut
1/2 biji buah tomato ( potong dadu )
4 biji cili api ( potong )
Carrot
Garam
Bahan perasa

CARA NAK BUAT:-


  1. Tumis bawang putih, buah tomato dan serai hingga naik bau. Masukkan pes tomyam dan kacau.
  2. Masukkan daun limau purut, cili api dan carrot. Kacau lagi.
  3. Kemudian tambah sedikit air dan masukkan udang. Kacau jap dan rasakan dgn bahan perasa. 
  4. Masukkan maggi dan gaul hingga rata. Dah siap bekpes kita..Slamat mencuba :) 

2 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnya Yana...rasanya lama dah kak fiza x makan magi nih...tgk magi yana rasa cam nak makan megi pulak...sllluuurrrpppp....=)

YANA SHAIFUL said...

mmg sedap kak..ni pun kes lama sgt tak mkn..bgn pg td trus je buat heheee