ROTI GULUNG SARDIN RANGUP
BAHAN-BAHAN:-
5 keping roti gardenia ( gelek/leperkan)
1/2 tin sardin kecil ( hancurkan )
1/2 labu bawang besar ( cincang )
1/2 biji cili merah ( hiris memanjang )
1/2 biji buah tomato
1/2 sudu besar mayonis
1 biji telur
Kobis ( hiris halus )
CARA NAK BUAT:-
- Buat inti dulu. Gaul semua bahan kecuali roti, telur dan bread crumbs. Gaul sebati semua bahan. Nak pedas bleh tambah cili api.
- Letakkan inti dalam roti yang telah digelek tadi dan gulung. Lekatkan hujung roti dengan tepung gandum yg dicampur sedikit air.
- Celupkan roti ke dalam telur kemudian golek2 atas bread crumbs.
- Goreng roti dalam minyak yang panas hingga keemasan.
- Boleh angkat dan hidangkan..siap bekpes kita..Slamat Mencuba :)
No comments:
Post a Comment