Wednesday, April 18, 2012

SIAKAP STIM SIMPLE

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua hari ni..diharapkan semuanya sihat2 jer..lunch yana hari ni simple jer..masak apa yg ada dlm esbox..Siakap Stim Simple..3S lg haaa ^_^..Makan sorang2 bleh lah layan menu macam nii..Husben yana xlayan sgt kalau msk stim..dia lagi suka yang garing2 gitew :-)..

Xleh nak membebel panjang2..nk berBW pulak..semalam xsempat singgah umah kengkawan..bizi jaga anak hahaa..alasan lapuk..mcm lah kita sorang ada anak hihii..sebenanrnya skg ni yana asyik berebut lappy dgn damia..Pantang ibu pegang lappy dia yg paling sibuk.." angry bird..upin ipin..cat.."hmm..xleh buat apa ibu..kdg2 pelik jugak tgk damia..umur belum 2 tahun tapi dh pandai main angry bird..ayah & ibu xpenah pulak ajar..sendiri jer dia belajar..Jom je lah kita layan menu sihat nii..sedap mkn ratah mcm tu jerr  ^_^

SIAKAP STIM SIMPLE


BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap 
3 ulas bawang putih ( mayang )
1 batang serai ( potong serong )
2 biji limau nipis ( ambil jusnya )
1 biji tomato ( potong bulat )
2 helai daun limau purut ( hiris nipis  )
4 biji cili api ( potong )
1/2 kiub stok ayam knorr
2 inci halia ( potong memanjang )
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA NAK BUAT :-
  1. Gaulkan ikan siakap yg telah dibersihkan dgn sedikit garam, kiub stok ayam dan serbuk lada hitam. Perap 10-15 minit.
  2. Kemudian tabur semua bahan yg telah dihiris dan dipotong tadi keatas ikan yg sedia dikukus. Jangan lupa tabur gula sikit yee.
  3. Last, perah jus limau nipis dan boleh lah dikukus selama 30 minit.
Selamat Mencuba :=)

8 comments:

Qhaifa Nur said...

akak minggu lepas makan ikan siakap stim....
terliur ni tengok...

tun_telani said...

salam kak yana. aik? pakat2 ngan kak ct ye nk stim siakap? siakap mmg masak apa2 pun sedap kak.. tp lari bajet kalau nk beli tiap2 minggu.. last time tun beli sekor lebih 20inggit! sekali makan je. huhu

Amie said...

Assalamualaikum Yana,
sedapnya ikan stim... menyihatkan!

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam Yana :)
kat rumah nie mmg suka mkn ikan stim..tak cukup kdg kala...

izahdaut said...

aduii terliur betui la. ramai tunjuk emnu ikan hari ni.semua ikan best2 lak tu

rahel said...

Ikan siakap klu distim memang sedap betul..suka ngan kepala dia..lemak..segar rasanya.

Nuwairani Ismail said...

tak mampu nak beli ikan siakap..mahal....tapi kat sabah ni kire ok sikit la kot harga siakap.. cuma nani tak pernah beli lagi ikan siakap kat sini. kalau masak stim memang best ikan ni.

Zaliedana said...

Yana baru jenguk sini,wah sama menu kita eks..tapi ct msk dah kat 2mggu dah..Ikn siakap beli kat mydin ritu fresh n murah lak,xsmp rm10 pon sekg..Hb ct mmg suka sgt,tapi dia sorng jerlah mkn,huhu..