Monday, April 23, 2012

KUIH BAKAR PISANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Yana agak kebizian semalam and hari nii..dah petang baru dapat pegang cik lappy..kejap lagi nak ronda2 kat umah kengkawan pula..semalam xsempat nak meronda..Pe2pun petang ni yana nak jamu dengan kuih yang senang jer proses pembikinannya..Kuih Bakar Pisang..eheh pisang lagi..byk benor pisang kat umah yana ni kann heheee..ekceli, yang ni pisang pemberian jiran sebelah umah..Dah xtau nak bt apa..tekak ni pulak xnak mkn kek..muffin pun xnak..hmm..akhirnya teringat pulak resepi yang dah lama tersimpan rapi nii..rasanya terskodeng kat umah Kak Ummi..resepi asal dari K.Dzana..dah rmai blogger lain buat..yana jer baru cuba..resepi yg senang keje..semua main campak dalam blender jer pastu bakar ^^

Rasa kuih nii? hmm..mestilah rasa pisang xkan rasa keledek pulak kan hahaaa..sedap sangat rasanya bagi penggemar pisang mcm yana nii..yana letak 10 biji pisang..sory yer yana buta huruf sikit klu jenis pisang nii..setakat pisang berangan tu tau lagi..selain tu mmg yana xtau jenis pisang..tau mkn jer ^^..jemput makan semua yer :-)

KUIH BAKAR PISANG


BAHAN-BAHAN:-

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji ) di lenyek kasar
1 cawan tepung gandum* 
3/4 cawan gula*
1 cawan santan*
1 cawan susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
Sedikit garam


CARA NAK BUAT:-
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180c selama 1 jam or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat
  5. Sejukkan..baru potong..masuk peti ais lagi sedap.

Selamat Mencuba :-)

7 comments:

tun_telani said...

kak yana!! tun xmasak apa2 utk minum petang.. nk tumpang makan!!! tun bawak air teh o ye.. hihi

Amie said...

Ha hahahhh Yana... samalah dengan Kak Amie, kelmarin tu tak tau apa nama pisang, terus je masuk blend sekali harung sampai takde rupa pisang, urat-uratnya pun tak nampak, jadilah apam pisang mentega... sayangkan Yana kalau ada banyak pisang, lepas tu terbiar tak diusik... kesian pisang, baiklah kita buat apa-apa yang boleh dimakan!

dZana said...

aslmkum yana.. trasa nama disebut2 tu yg cepat2 dtg.. slm kenal2 dari akk yer.. akk pun trasa nak makan bingka pisang pulak..

Nuwairani Ismail said...

dah lama nani tak masak sesuatu berasaskan pisang..teringin juga nak buat CBBS tu..

izahdaut said...

Wahh mmg sedap sangat bingka pisang ni. Wangiii jek masa bakor tu. Dah buat jugak. Tapikan cantik je potongan kuih yana ni. :-)

rahel said...

Sedapnya kuih bakar pisang tu..dah lama gue tak buat kuih bakar pisang..asyik buat kek pisang jer..hehe..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Yana..betul tu, kadang kala bila tgk pisang tergolek2, sedih rasanya..nak buat kek/muffin, tekak plak tak mau...nak dibiarkan saja, sayang plak nanti membazir...sesekali cuba resipi macam ni, bagusss gak kan....