Saturday, April 21, 2012

PAU KASTARD

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu semua..hujan masih membasahi bumi Kepala Batas pada waktu ini..sejuk dan nyaman jerr ^_^..sebelum tuan tanah nk sambung tido bersama puteri kesayangan kita jeling2 dulu kuih pau kuning nii..xmau citer panjang pasal pau yang sedang ngetop skg nii..Pau Kastard hasil olahan Kak MaDiHaA cayang dari resepi asal Pau Pulut Hitam air tangan Rahel..InsyaAllah klu ada kesempatan nak jugak merasa kegebuan Pau Pulut Hitam tuu..dh tergoda kat dapur Rahel..klu skg ada tepung pulut hitam tu dah lama yana cuba ^_^..

Jom kita cuci mata je lah ekk..pau gebu dan tembam nii dah abis pun..yana buat inti kaya jer..klu buat inti kelapa kureng sikit lakunya ^^

~pau kastard ku yg tembam & gebu gitew ^^
PAU KASTARD
Sumber cuci mata: Tun Telani  & Kak Sheila

BAHAN-BAHAN:-

230 g tepung pau ( MaDiHaA & Tun guna tepung gandum-yana guna tepung pau )
50 g tepung kastard
2 sudu teh yis segera ( mauripan )
15 g susu tepung
50 g gula kastor
1 biji telur putih
115 ml air
20 g shortening


CARA NAK BUAT:-

  1. Campur tepung pau, tepung kastard, yis susu tepung dan gula kastor. Gaul rata. Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati. Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit ( tutup doh )
  2. Kempiskan adunan. Timbang masing2 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit. Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit atas kertas atau daun pisang yg dipotong bulat.
  3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
  4. kukus selama 8 minit.
Selamat Mencuba :-)

9 comments:

Mas said...

merata2 dah pau kastart ni..
sedappnya tengokk...

Anonymous said...

weh bila la nak menge'pau' ni.. sana sini nengok pau diraja ni. geramm jek tengok.

izahdaut

tun_telani said...

salam kak yana ^^
sedap jugak letak inti kaya ni kan. tun pun kurang sket kalau inti kelapa. pau akak nmpk lg gebu dr yg tun punya lah. hihi

rahel said...

Yana,tolong hulur dua ketul..nak hidang dengan milo panas...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Yana..saya pun duk ngintai2 gak pau ni, tapi tak tau bila dapat kerajinan utk menguli ni...

Sheila Shafeareen said...

Hehhe Salam Yana heheh wooo ada di sini yee..ni yg akk jalos lg ni nak pulak cun pau mu itu ,,,letak inti kaya lg lele negoknya :-)...kena buat lg ni sbb atas pemintaan abah akk dia suka sgt mkn kuih pau...

Nuwairani Ismail said...

kak yana!!! nak sebijik!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam yana..
dah menjadi ye pau kastardnya.... letak inti kaya lagi syok mkn... akak pun suka inti kaya... aritu pakai letak je inti kelapa sbb ada inti lebih buat kuih bom pulut hitam.. inti kelapa kalau buat dr kelapa yg muda sikit sedap.. tp kalau kelapa yg tua mmg kurang best.. kasar2 sket.. ehehehe... nnt akak linkkan n3 ni kat n3 pau kastard akak ye... tq mencuba..

quinnie said...

wahh yana pun dah buat ye...kita pun teringin nak buat tapi kena buat inti dulu..heheheh