Monday, May 13, 2013

AYAM PANGGANG BERCAJUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

1st entry di bulan Mei (^__*)~ Lama betul tuan tanah nih bercuti kan..ekceli, yana baru balik dari kampung..bercuti sejak hari mengundi lagi ^^..seminggu lebih duk kampung tapi rasa macam kejap jew :(

Meh kita jamu mata dulu dengan Ayam Panggang Bercajun..Dah banyak kali yana buat resepi dari Kak Nor Secubit Garam nih..memang sedap..memenuhi piawaian anak tekak penghuni rumah ni hehee..Okess, tak boleh nak citer panjang lebar lagi sekarang nih..update blog sepantas yang boleh sebelum baby jaga dari lena ~jumpa lagi~~~


AYAM PANGGANG CAJUN

BAHAN-BAHAN:-

2 keping bahagian peha ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar gula perang/madu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar italian herbs
1 sudu besar extra virgin olive oil

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaul kesemua bahan-bahan kecuali ayam hingga sebati
  2. Lumur pada ayam dan perap paling kurang 1 jam ( dalam peti ais )
  3. Panaskan pemanggang/oven dan bakar/panggang ayam hingga masak ( lebih kurang 40 - 45 min )
  4. Sedia untuk dihidangkan



Selamat Mencuba :-)

10 comments:

Kakzakie said...

Huiii... mengancam betul ayam panggang Yana. Kilat dia tu yg menggoda selera yg memandang:)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..Bila tengok resipi ni, tetiba plak teringat, macam ada beli cajun hari tu tapi tak tau campak kemana..kena cari baliklah..mana tahu nanti boleh cuba resipi ni plak...

Chekgu Azrine said...

terliurnya tengok!!

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, hurmmm kalo blk kampung mmg kejap je rasa tak terasa dh seminggu.

Sedap nampak ayam tu sekata je kaler dia, dapnya

K.Nor said...

salam yana.. mekasih sudi buat lagi dan lagi ayam panggang ni ya.. mmg sedap kan, terasa rempah ratusnya tu.. cantik ayam panggang yana ni :)

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Yana.
Yana, mintak seketul..hihihii.. Nak buat malas tapi k Nadz pernah guna kacun tu.. Tak berapa nak masuklah dgn akak. Nak kena try lagi sekali kot guna kacun tu. Tgk org lain bersungguh2 jer guna kacun ni dlm masakan..

Hafizah Mohamad said...

Salam Yana...Ya Allah sedapnya ayam panggang Yana ni...ni buat kak fiza terliuq dah ni...kak fiza ambik yer resepinyer...

patut la sunyi jer umah Yana...rupanya balik kg yer...kelantan kat mana...kak fiza pernah belajar kat kelantan...tapi kejap je...kat Panji...=)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

SALAM YANA...NAMPAK SEDAPNYA AYAM PANGGANG TU :)

Amie said...

Rasanya semua bahan ada dalam simpanan, cajun yang kak Amie beli lama dah tak berbuka lagi... boleh cuba ni... nampak macam sedap je.

rahel said...

Salam Yana...kita dah berkenan dg ayam cajun ni...nampak mudah nak buat...