Tuesday, May 28, 2013

RATATOUILLE MACARONI

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah dapat lagi kita bersua di alam maya ini~~ Malam ni yana nak jamu mata semua dengan Ratatouille Macaroni yang tersangatlah lazatnya ditekak yana..Mesti semua pernah dengar Ratatouille kan..yana pun 1st time tahu pasal Ratatouille ni masa tgk muvi si tikus yang pandai masak..banyak kali jugak layan muvi tuh^^

Ratatouille Macaroni ni yana buat minggu lepas lagi..Dah lama berniat nak mencubanya lepas Kak MaDiHaA tayang tahun lepas tapi seru nak mengerjakannya belum sampai hihii~~~Akhirnya dapat jugak merasa keenakkan dan kelazatan Ratatouille ini walaupun takde lauk pauk kat dalamnya hanya sayur je ekkksss..licin dimakan yana dgn Damia (^__*)

Tq pada Kak MaDiHaA kerana rajin mengadaptasi resepi yang meveles nih dari cik allrecipes ^_^.. Memang sedap sangat..patut ler anak2 Kak MaDihaA makan licin tak bersisa ^^ Jom semak resepinya..budak tecik dah nangis..huhuuu..malam nih tak sempat nak BW..sory yer kawan2..esok malam pasti diterjah dapur kalian semua~~~~




RATATOUILLE MACARONI
Di adaptasi oleh : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan terung panjang yang didadu ~ rendam dalam air
2 cawan hirisan zucchini
2 sudu kecil garam
1 1/3 cawan makaroni
1 cawan bawang besar yang didadu
1 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar minyak zaitun
2 biji tomato masak ~ didadu
2 sudu besar tomato puri ~ yana letak sos tomato
1 sudu kecik serbuk kasar oregano
1/2 sudu kecil basil kering
Serbuk lada sulah secukupnya
garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Terung ditoskan dan masukkan dalam bekas bersama2 dengan zucchini. Taburkan garam dan gaul rata. Biarkan 30 minit kemudian dicuci bersih dan tos.
  2. Makaroni direbus sehingga lembut dan tos.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Biarkan sehingga layu. Masukkan terung dan zucchini dan 'saute' sehingga ianya menjadi lembut.
  4. Tambah buah tomato dadu, tomato puri, oregano, basil, lada sulah dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan makaroni yang direbus tadi dan kacau sehingga rata. Pastikan ianya secukup rasa kemudian tutupkan api.
  5. Panaskan oven suhu 170c. Sapukan butter disekeliling kaserol atau loyang yang sesuai. Masukkan bahan yang dimasak tadi. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese secukupnya. Bakar sehingga nampak cheese cair sedikit. Kemudian bolehlah dihidangkan.
Hidangan ini memang menyihatkan kerana menggunakan banyak sayuran dan yang penting ianya sedappp!!

Selamat Mencuba ;-)

7 comments:

Hafizah Mohamad said...

Salam Yana...sedapnya tgk...kak fiza sukaaaa...nanti nak try gak la...sbb anak2 kak fiza suka makaroni ni...kak fiza ambik yer...he he he

zila norazila said...

akk tgk pun sedap..lbihan cheese masa buat lasagna tue ada byk lg kt umh nie..leh akk try jgk :)

rahel said...

Bestnya...pepagi dah ngadap macaroni cheese ....uuuuu tak tahan tengok lama2.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam yana..
kan betul kan.. walaupun takde bahan lauk spt daging atau ayam tp ratatouille ni tetap sedap & lazat.. anak2 pun tak perasan akan kehadiran sayur2 kat dalam tu... semua dorang makan.. hehe...

t.kasih yana sudi mencuba.. kalau ikut resepi asal ratatouille.. hanyalah campuran sayuran semata.. takde guna pasta.. dorang mkn dgn something yg lain mcm roti perancis dan sebagainya.. tp akak campur pasta supaya takyah susah2 nak prepare benda lain... keje nak senang ajekan.. hihi..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Yana
akak x penap makan tp nampak sedaplah

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...ohhhh ni sgt sesuai bagi penggemar yang bercheeseeeeee......

puan zin said...

Salam Em Rasa lemak terung tu sedap..Kak boleh x masak orijinal resepi ratatuli, nk tgok bhn orignlnya. Cerita tikus tu x sempat kaji msknya..