Wednesday, May 29, 2013

BINGKA CORNFLAKES

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~ Tengah2 malam buta baru boleh ngadap lappy..mata dah mengantuk tapi ditahan jua untuk mengupdate blog malam nih^^

Terus jer terjah Kuih Bingka Cornflakes resepi dari Kak Fida yang femes amos kat MyResepi ^__^.. Dah lupa bila yana buat..masa buat kuih nih ada tetamu datang rumah..sempat lah bagi dorang merasa..Alhamdulillah..semua cakap sedap ^^

Terima kasih Kak Fida sudi berkongsi lagi resepi bingka yang sedap..mintak halal yana letak kat sini pulak untuk rujukan yana dan kawan2 lain (^__^)  



BINGKA CORNFLAKES/EMPING JAGUNG
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:- ( loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8

150 gm cornflakes/emping jagung - dikisar halus
3/4 cawan tepung jagung ~ ayak
3 biji telur
1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air )
1 1/2 cawan susu segar
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega - Kak Yatie & yana tambah
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning~ yana x letak
bijan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata guna whisk hingga adunan sebati.
  2. Sapukan acuan dengan mentega/majerin/minyak di sekelilingnya dan panaskan sebentar dalam oven.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega tadi dan taburkan bijan dipermukaannya.
  4. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau hingga kuih kelihatan garing.
  5. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.
tinggal yg ni je ler utk kami merasa..Alhamdulillah ^__^
Selamat Mencuba ;-)

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam...hemmm menarik tu kuih bingka ni...tang atas tu garing2 sdp...dlm pun npk lembut je

tun_telani said...

salam kak yana.. sedapnyer.. tun suka mkn bingka, pastu bakar lama2 kasi extra garing. xpenah lg try bingka cornflakes ni, sbb jarang2 beli cornflakes.

Bbwana adienia said...

salam..

wah, tertarik la dengan bingka cornflakes ni..suka makan cornflakes..so, bila dah jadik bingka pasti lagi sedap kan..

rahel said...

Uwaaa...jeles la tengok bingka ni...nampak sedap banget....