Sunday, May 26, 2013

STEW AYAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Menu yang sudah beberapa kali di ulang sejak ditayang oleh Kak Amie cayang..Stew Ayam..sekarang ni memang yana selalu mencari resepi yang simple untuk dimasak..Kesibukan melayan anak2 yang sedang membesar membataskan waktu untuk berlamaan di dapur so, kena masak yang simple tapi lazat gitew huhuuuu~~~

Terima kasih pada tuan empunya resepi Kak Maria Hakem yang suka berkongsi resepi sedap tapi simple dan senang nak menyediakannya..Terima kasih juga pada Kak Amie yang memanjangkan resepi Stew Ayam ni diblognya..sungguh tergoda yana melihatnya ^__^~~~ jom semak resepinya.. harus dicuba taw ^^


STEW AYAM
Resepi : Kak Maria Hakem
Sumber cuci mata : Kak Amie @ Amie's Little Kitchen

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ( anggaran 1.5 kg ) - potong ikut citarasa
3 labu bawang besar ~ mayang kasar
4 biji tomato ~ belah 4 - lebih baik jika ada tomato chopped utk warna kuah yang lebih merah
1 sudu bawang besar kisar
1 sudu halia kisar
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam biji ~ yana letak serbuk
bunga cengkih ~ pilihan
1 sudu makan serbuk cili
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
3 tangkai daun ketumbar ~ hiris halus
7 biji cili padi ~ hiris nipis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk / kuali
  2. Tuangkan minyak ke atas ayam. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan bawang besar, tomato, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang putih, halia, serbuk cili dan lada hitam biji.
  4. Kacau sehingga bawang besar serta tomato pecah dan daging ayam keluarkan air.
  5. Tutup periuk / kuali, tetapi pastikan kuah tidak menjadi kering dan api sentiasa perlahan.
  6. jika kuah terlalu kering sebelum daging ayam masak, boleh tambah sedikit air ~ kak Amie & yana tidak bubuh air
  7. Setelah daging ayam empuk, perasakan dengan garam/gula/perasa pilihan
  8. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata.
  9. Tutup api
  10. Hidangkan bersama taburan hirisan cili padi
Ringkas dan mudah bukan cara penyediaannya ?
Menurut Kak Maria, ambil sejemput-sejemput je buah pelaga, lada hitam & cengkih. Jika ada tomato chopped, lebih baik sebab warna masakan menjadi merah cantik


Selamat Mencuba ;-)

5 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, akk tak pernah masak ayam mcm ni, boleh juga di cuba ni

Bbwana adienia said...

salam yana..

stew ayam tu nampak menyelerakan sangat..kalau makan gerenti menambah nasik..heheh..

Amie said...

Yana cayangggg....
sedapkan stew ayam gaya kak Maria tu... kak Amie suka sangat dengan resepi2nya sebab semuanya yang ori, mudah dan tak banyak bahan digunakan.

tun_telani said...

salam kak yana cayangg... x penah buat lagi sblm nih. tun pun suka resepi2 yg mudah. lagi2 skrg ni selalu busy dgn study, mmg sesuai la kumpul resepi2 mcm nih.

rahel said...

Nampak pun dah tau yg stew ayam tu memang menyelerakan..