Friday, July 8, 2011

KARI AYAM

Assalamualaikum dan salam tengah hari Jumaat..nak masa jap je nii coz nk kemas umah..petang krg en.hubby ajak blk kg dia plak kat Pendang..terkoja koja kita nk kemas apa yg patut.. Jom kita intai jap menu tengah ari kami ari nii..simple jee tp feveret en.hubby dan my baby..yana pun xtau nape my baby suka sgt dgn kari..selera je dia mkn klu masak lauk kari.. xikut perangai ibu yg lebih suka makan bersup dan masam masam pedas gituu hehee.. jom kita layannn :-)


KARI AYAM

Bahan-bahannya:-

6 ketul ayam
1 biji buah tomato ( potong kecil )
1/2 biji bawang besar 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih )
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 inci halia ( tumbuk )
Ubi kentang
3 sudu besar Rempah kari ayam Baba's
1/2 cawan air asam jawa
1/2 kiub ayam maggi
Daun kari
Garam
Serbuk perisa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Nak Masak :-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama serbuk jintan manis dan jintan putih
    hingga naik bau.
2. Kemudian tu masukkan 4 sekawan tadi bersama dgn bawang putih, halia, buah tomato dan 
    daun kari.
3. Dah naik bau sikit baru masukkan ayam & ubi kentang. Gaul rata. Lpas 5 minit masukkan  
    rempah kari. Gaul lagi sambil dimasukkan air tapi jangan banyak. Kemudian masukkan kiub
    ayam maggi. 
4. Tutup dulu periuk biar ayam dan kentang masak sepenuhnya.
5. Masukkan sedikit air asam jawa dan kacau rata.
6. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Last skali masukkan bendi dan masak lg 5
    minit.
7. Bleh tutup api dan siap untuk dihidang..Slamat Mencuba ;-)


CENDAWAN GORENG TEPUNG ALA KFC



Lauk sampingan..sekali lagi goreng cendawan..mmg feveret kami cendawan goreng tepung nii..Yana goreng cendawan ni guna tepung goreng ala kfc resepi Ijan blogresepi..ari tu goreng ayam mmg best sgt..tadi try goreng dgn cendawan plak..mmg best jgk..tq tuan empunya resepi..jom je lah kita layann..:-)


CENDAWAN GORENG TEPUNG ALA KFC

Bahan Untuk Perap Ayam

1 bungkus
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
secubit baking powder
secubit serbuk perasa
sedikit garam


Bahan untuk tepung

1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras ( guna tepung jagung 2 cawan pun xpe)
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
sedikit garam
secubit baking powder
secubit serbuk perasa



Bahan Tambahan

1 biji telur 
Minyak secukupnya 

Cara2

1. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
2. Kemudian celup cendawan dalam telur dan salut pula dgn campuran tepung tadi.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan. Cicah dgn sos kegemaran..sedap..:-)

Slamat Mencuba :-)




8 comments:

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer yana kari ayam tu...ni kalau cicah dgn roti jala ni mmg sedap ni...he he he

cendawan grg kfc tu mmg sedap..kak fiza dgn anak2 mmg hantu cendawan ni...x kiralah masak apa pun mesti suka...=)

cik cek said...

Yana...kak cek nak mintak sikitlah kari ayam...nak cecah ngan roti...sedap ni...:)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum yana..
wah sedapnya ... kedua2 fav akak... cendawan lg ler... goreng plak tu.. mmg sedap kan yana

Nuwairani said...

kak yana...konon2 tak nak makan malam la ni...tengok kari ayam tu tetibe rasa nk makan roti jala pulak. heheh...

suke makan cendawan goreng rangup mcm tu...cicah cili sos sedapnye!!!

Yana Shaiful said...

K.Fiza: Haah kak..klu xabis esk bleh la menjala lg hehee

Kat umah ni pun mmg laku cendawan ni..ltk dlm tomyam mmg sedap kan kak..:=)

Yana Shaiful said...

K.Cek: jom k.Cek..yana pun mkn dgn roti je nii :=)

Yana Shaiful said...

K.Diana: wksalam..

Dua2 mmg sedap..cendawan setakat 1 bungkus mmg xckp laa hehee

Yana Shaiful said...

Nani: nnt kita menjala sesama ek..best cicah kari :-)

semua suka cendawan goreng kan ;=)