Thursday, May 31, 2012

SUP AYAM HADNYAI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..cepat masa berlalu..hari ni dah bertemu khamis kembali ^^..hari ni juga kembali merelaxkan diri..petang semalam xtau kenapa tibe jer bleeding..Ya Allah! mmg betul2 terkejut..xpernah terjadi sebelum nii..terus bgtau en.hubby..dah lah masa tu dia tgh siap nak p keje..yana suh dia p keje dulu..klu keadaan makin serius call jer suh dia blk..


Alhamdulillah..bleeding xberterusan..tgk pagi ni dah xde apa2 tapi still nak p jumpa puan doc kejap lagi..semalam terasa sakit jugak kat perut nii..hope semuanya xde apa2 lah..risau jugak sbb xpernah terjadi..skg dah minggu 25..masa 1st preggy dulu xde pulak jadi cani..


Apa2 pun meh layan Sup Ayam Hadnyai kegemaran rmai nii..dah rmai kawan2 yg mencubanya..yana jer br terbuat utk lunch semalam..sedap sangat dapat hirup sup berempah nii..lepas jer makan sup ni terus badan kepanasan..sebab tu making Double Chocolate Shake pulak..terasa sejuk kembali badan hihii ^^



SUP AYAM HADNYAI
Resepi : PYONNDA @ MyR
Sumber Cuci Mata : Kak Q, Tun_Telani, Kak IkaKak Nor

BAHAN-BAHAN;- ( 3 orang makan )

Sebelah ayam dipotong-potong
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
3 biji cabai*
4 cm halia*
7 cm lengkuas ~ hiris sederhana nipis dan tumbuk utk pecahkannya
5 batang serai ~ ditimbuk utk pecahkannya
2 sudu besar ketumbar ~ ditumbuk lumat
1 sudu kecil jintan manis ~ ditumbuk lumat
1 sudu kecil jintan putih ~ ditumbuk lumat
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
Daun sup, daun bawang, daun saderi dan batang saderi
2 biji kentang ~ yana tambah
1 biji tomato ~ belah 4 ( yana tambah )

> Bahan bertanda * ditumbuk lumat

CARA NAK BUAT:-
  1. Tumiskan bahan bertanda * bersama ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang, buah pelaga. kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa ke dalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata. tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang saderi.
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan gara, secukup rasa dan sedikit saja gula utk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. hiriskan daun bawang. daun sup dan saderi. Taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup..:-)
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, May 30, 2012

DOUBLE CHOCOLATE SHAKE..layan ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..bersua lagi kita..cuaca panas sangat hari ni..biasanya kat Kepala Batas ni hujan turun dgn lebatnya tengah2 malam hingga subuh..Tengah hari hingga petang memang terasa bahang kepanasanya..selalu jer kena mandi nak hilangkan tahap kepanasan nii ^^

Jom kita hilangkan dahaga dengan Double Chocolate Shake yang lemak berkrim disukai rmai ^^..yana selalu buat utk en.hubby tercinta..dia mmg suka sgt klu yang berperisa cekelet..skg ni dah jadi kesukaan damia pulak..yana kureng skit klu cekelet tapi klu yang berberries memang xkan tolak..suka sangat rasa masam manisnya ^^..Sebelum tu mintak izin sekali lagi yer kak Sue yana share kat sini untuk kesekian kalinyaa ^_^


DOUBLE CHOCOLATE SHAKE

Kisar 1 cawan ( 250 ml ) susu coklat sejuk bersama 4 scoop ice cream perisa coklat  di dalam pengisar sehingga halus.
Tuangkan di dalam gelas dan hiaskan dengan coklat yang diparut.
Sedia untuk dinikmati ~

Selamat Mencuba :-)

HAPPY 3rd ANIVERSARY SAYANG KU ^_^

Assalamualaikum semua penduduk alam maya ^_^..Hari ni xde entry masak2 lg yer..InsyaAllah malam nanti br ada KOT ^^.. Hari ni sajer nak mengedikss sikit..bukan selalu pun..skali setahun ajer hahaaa...

Hari ini 30 MEI 2012 genap 3 tahun kami Yana & Shaiful melayari bahtera sebagai suami isteri..semoga rumah tangga kami sentiasa sejahtera di bawah lindungan Allah SWT..Ameenn..


Lelaki itu ku temui
Lelaki itu ku kenali
Lelaki itu ku rindui
Lelaki itu ku sayangi
Lelaki itu ku cintai
Lelaki itu sentiasa di hati
Lelaki itu paling mengerti
Lelaki itu sabar menanti
Dan kini
Aku isteri lelaki itu
Lelaki itu suami ku
Hanya dia lelaki itu
Kini dan Selamanya sayangku ♥♥

Monday, May 28, 2012

PASTA FUSILI GORENG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah dapat bersua lagi kita pada hari ini walaupun tuan rumah dilanda sedikit kebizian..asyik bizi jer kan ^^..Tengah hari ni kita layan pasta lagi..xselera pulak nak makan nasi..hmm..semalam seharian melantak roti..bekpes roti paratha+sardin, lunch kat luar beli ajer roti tuna, petang roti tuna beli lagi..malam melantak 2 bijik big apple donut plak..adooiii mmg xleh naik penimbang minggu nii hihii..

Moh je lah layan pasta campak2 jer nii..yana nak berBW plak..bleh cari idea nak masak apa dinner nanti..cian my laling asyik makan pasta dgn roti ajer ^^


PASTA FUSILI GORENG

BAHAN-BAHAN:-

1 mangkuk pasta Fusili ~ rebus hingga lembut dan toskan
1/2 labu bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1/2 biji buah tomato ~ potong dadu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Isi ayam secukupnya
1 keping tauhu ( potong & goreng dahulu )
Sweet peas
Kubis bunga
Cili merah ( potong memanjang )
Garam, gula & serbuk perasa
Minyak zaitun 


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitum dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan isi ayam. Goreng sebentar.
  2. Masukkan buah tomato dan semua jenis sos. Gaul biar sebati.
  3. Kemudian masukkan fusili dan juga kubis bunga. Gaul dan masukkan garam, serbuk lada sulah dan juga gula.  Tambah sedikit air jika pasta terlalu kering dan gaul lagi.
  4. Last masukkan sweet peas, tauhu dan juga cili merah. Gaul rata dan biarkan masak kejap. Bleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Saturday, May 26, 2012

RENDANG UDANG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..xmau cakap banyak pagi ni yer..ada keje yang perlu disetlekan..moh kita layan jer pasangan Nasi Lemak Kuning semalam.. Rendang Udang yang tersangatlah sedap..resepi dari Kak Fida MyR selalu tidak mengecewakan..rasa rendang ni lain dari rendang biasa..nak tau rasa mcm mana?..sila buat sendri yer..yang ni punyer dah abis hihiii..


RENDANG UDANG
Resepi : Kak Fida@MyR 

BAHAN-BAHAN:-
1 kilo udang harimau ~ bersihkan dan toskan
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
4 sudu besar serbuk kari
2 batang serai ~ dititik
2 lembar daun kari ~ sipetik2
1 cawan santan ~ daripada 1/2 biji kelapa
3 sudu besar penuh kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT :-

  1. Kisar bahan2 yang bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam dan kerisik. Gaul rata. 
  4. Tambah sedikit air dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan udang dan gaul rata. Masak hingga udang berubah warna. Mastikan api. Siap untuk disajikan.
Selamat Mencuba :-)

Friday, May 25, 2012

NASI LEMAK KUNING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Hari Jummat yang bahagia ini yana kepinginan nak mkn nasi lemak bersama rendang udang..Semalam bermimpi dapat makan nasi lemak kat Kg.Baru..Ya Allah..punya lah lama xmakan nasi lemak international kat sana..dulu masa keje kat KL tiap malam minggu keluar bersama abg and family dia cari makan kat Kg.Baru..masa tu anak dara lagi..hmm..rindu pulak suasana kat KL yg sibuk itu ^^

Okeylah citer pasal nasi lemak pulak..Lepas subuh tadi terus jer on projek melemakkan nasi dan merendangkan udang..Alhamdulillah..puas hati  dan kekenyangan sudah :p..Yana buat simple jer..Nasi Lemak Kuning dengan Rendang Udang jer..xmau telur or sambal bilis..memang nak makan berlaukkan rendang udang jer..Jom kita semak resepinyaa..Nasi lemak biasa2 ajer..dah jadi kaler kuning nmpk meriah pulak ^^


NASI LEMAK KUNING

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan beras
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 cm halia ~ hiris nipis
1 sudu kecil halba
1 batang serai ~ dititik
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air ~ ikut jenis beras
1 helai daun pandan ~ simpul
Sedikit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak utk menumis


CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan juga serai hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan santan dan juga air serta serbuk kunyit. Masukkan sekali daun pandan. Kacau dan masukkan garam.
  3. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan tadi. Lepas tu masak jer seperti masak nasi biasa..
Selamat Mencuba :-)

Thursday, May 24, 2012

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

Assalamualaikum..mula2 skali nk mintak maaf byk2 coz bizi betul tuan umah semenjak dua menjak ni..xsmpt nak singgah menyinggah umah kawan2..Terima kasih kepada semua yg sudi singgah ke umah kecik yana walaupun tuan umah kejap ada kejap xde ^^..

Jom je lah kita layan Chocolate Chips Brownies yg best nii..yana buat untuk minum petang semalam..caya tak kami ber3 dapat menghabiskan sebijik brownies nii dalam masa  kurang 30 minit..makan ms brownies tgh suam2 mmg sedap..xsedar dah abis sebijik kami makan huhuu..Tq pada Kak Hana sudi share resepi brownies ni..mintak izin yer kak Hana, yana panjangkan resepinya kat sini pulak..jom layan ^^


CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan oven 180c. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  4. Bakar 25-30 minit sehingga masak. Potong dan hidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, May 22, 2012

KERABU MANGGA Kak Amie ^_^

Assalamualaikum dan salam 1 Rejab semua..Alhamdulillah dipertemukan lagi kita di alam maya ini..ekceli, mood nak masak dan update blog agak merudum  2 3 hari nii..dah terasa penat kot.. baru sedar perut dah makin membesar hihii..Alhamdulillah syukur hari ni genap 6 bulan..makin aktif  pergerakannya ^_^

Untuk cuci mata hari ni yana juz nak tayang menu sahur pagi tadi..buat Kerabu Mangga lagi haa konon nak bagi selera makan tapi mmg cukup berselera dapat makan sesuatu yang pedas dan masam2..Resepi Kerabu Mangga ni yana skodeng kat umah Kak Amie..Sedappp..kalau dah peminat kerabu mmg semua kerabu sedap hhehee..Menurut Kak Amie kerabu mangga ni hasil air tangan kakaknya iaitu Kak Rosilah..tq pada Kak Amie dan jugak Kak Rosilah kerana sudi share resepi kerabu nii..yana mintak izin nak panjangkan kat sini pula yerr ^_^


KERABU MANGGA
Resepi : Rosilah Simon

BAHAN-BAHAN:-
1 biji mangga udang ~ yana guna mangga muda ~ kupas dan cincang/sagat
3 biji bawang besar ~ mayang halus
1 mangkuk ikan bilis ~ goreng dan tumbuk ( yana xgoreng-tumbuk kasar jer )
1 mangkuk kerisik
20 biji cili padi ~ hiris
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau nipis ~ perah jusnya

CARA NAK BUAT:-

  1. Gaul semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Tuangkan jus limau nipis. Gaul rata.
  3. Siap utk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Monday, May 21, 2012

KASWI PANDAN LEMAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..xmo cakap banyak pasal kuih yang sedang hangat di alam maya skg nii..Kaswi Pandan Lemak..dah ramai kawan2 blogger yang dah mencuba antaranya Kak Q, Kak Sue, Kak Mas, Kak Sheila..hmm..sape lagi ekk..sory yer klu yana terlepas pandang..ramai sangat ^_^


Tq pada Kak Besah yang selalu ajer berkongsi resepi2 yang mantop gitew..suka sangat mencuba resepi beliau yang memang menepati citarasa penghuni rumah ni ^_^




KASWI PANDAN LEMAK
Resepi : Kak Besah @ MyR

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu @ tepung jagung ( Yana & Mas guna tpg jagung )
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan ( 3 helai )
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur ( x kira saiz )
beberapa titik pewarna hijau
secawan kelapa parut ( putih sahaja ) + secubit garam

CARA NAK BUAT :-
  1. Kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. Pastu campurkan kesemua bahan2 lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ini.
  2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Jangan lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. Pastu kukuslah hingga masak dlm 20-25 minit. ( oleh kerana penyediaan xambil masa lama, eloklah panaskan pengukus sebelum mengadun adunan )
  3. Bila kaswi dah sejuk, bolehlah dipotong & digolekkan dalam kelapa parut yg telah dicampur dgn secubit garam.
Selamat Mencuba :-)

Saturday, May 19, 2012

CHAPATI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Alhamdulillah dapat juga bersiaran hari ini walaupun agak sibuk dan kepenatan sikit..sambil layan bola kat tv tu moh kita cuci mata kejap dgn menu dinner yana malam ni..Chapati bersama gulai darat ayam..percubaan pertama membuat chapati sendiri..bleh tahan jugak kejadiannya.. pembakaran pertama xjadi sgt sbb yana canai terlampau nipis..masak jer terus kekerasan and lepas tu ok dah..memang lembut kejadiannya..makan sebijik kenyang sangat..hmm..harap2 lembut lagi pagi esok..bleh berbekpes pulak hihii..kita layan je lah pic yang x cun nii..snap masa nak mkn dah ^^..


CHAPATI
Resepi : LynnSham @ MyR


BAHAN-BAHAN:-

225 gm tepung atta
1 sudu besar minyak sapi
125 ml air suam
secubit garam
sedikit minyak sapi utk dilenser pada chapati
sedikit tepung atta utk proses mencanai


CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam, ke dalam mangkuk.
  2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
  3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
  6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
  7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula ( boleh nmpk bahagian lain akan kembung juga )
  8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
  9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dgn paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
  10. Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.
Selamat Mencuba :-)

Friday, May 18, 2012

PASTA LINGUINE GORENG TOMYAM

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari..tak tahu nak membebel apa pagi nii..tibe pulak  xde idea..jom je lah kita layan menu simple lagi ringkas ini..banyak bahan dah berkurangan dalam peti besi yg sejuk itu..tadi juz bekpes dgn ni and dibawa pula ke lunch ^_^..yana suka sangat pasta kalau digoreng tomyam..rasa pedas and extra masamnya buat makin berselera tapi lepas makan bersiap sedia lah garu mata garu hidung..yana ni sebenarnya alergic dgn cik udang serta kawan2 dia yg dikenali sebagai seafood itu tapi hati meronta2 jugak nak mkn so, sabo je lah..sendiri cari penyakit kan ^_^


PASTA LINGUINE GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:-

200 gm pasta ( yana guna jenis linguine~ anggaran ajer )
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 labu bawang besar ( dicincang )
1 batang serai dititik
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
6-7 ekor udang sederhana besar
1/2 kiub tomyam maggi
1 biji tomato ( didadu )
2 helai daun limau purut
4 biji cili api ( potong serong ~ nk pedas bleh tambah lagi )
Garam & gula
Limau kasturi - ambil jus
Minyak zaitun utk menumis


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih, bawang merah, tomato serta serai hingga tomato lembut. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
  2. Masukkan cili padi, kiub tomyam dan daun limau purut. Kacau lagi dan masak hingga kesemua bahan garing.
  3. Masukkan udang dan tambah sedikit air. Kacau kejap dan bolehlah dimasukkan pasta linguine.Gaul biar semua bahan rata. Perasakan dengan bahan garam dan gula. Gaul lagi.
  4. Ok siap..boleh tutup api..sebelum makan jgn lupa perah jus limau kasturi jika suka..
Selamat Mencuba :-)

Thursday, May 17, 2012

CHICKEN POT PIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..bersua lagi kita di alam maya..Lambat dapat beronline hari ni..lepas sahur and solat subuh tadi sambung buat kerja rumah tangga..dah setle semua baru terasa badan ni dah penat sangat..terlebih buat keje kot..kononnya nak relax jap atas tilam empuk..tanpa disedari terlena jua diri ini ^_^

Okeylah, citer pasal menu dinner semalam..Chicken Pot Pie..buat nak abiskan pastry puff yg dh lama bertapa dlm esbox..lepas ni kita cari stok baru pulak ^_^..pastry puff ni mmg slalu kena ada dlm esbox..keje senang kot2 ada tetamu nak dtg umah..mcm2 boleh buat dgn pastry ni juz kena godek2 inti jer..En.hubby dgn Damia mmg suka sgt kalau dpt makan yang suam2 gitew..rangup jer bila gigit ^_^..Simple resepi ni yana terskodeng kat umah sifu CMG..suka sangat tgk kreativiti CMG buat dgn pastry puff..mcm2 bentuk ada kat dapur beliau..Kali ni kita layan dulu Chicken Pot Pie..nak tgk cara buat? sila tekan SINI yer..yana xde kerajinan nak snap pic byk2 hihii..


CHICKEN POT PIE

BAHAN-BAHAN:-

150 g daging ayam, cincang halus
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih *
1/3 inci halia * (* tumbuk halus )
1/2 camca teh lada hitam biji ~ tumbuk halus ( yana xletak, abis stok )
2 helai bay leaf ( yana xletak, xde stok )
1/2 cawan susu sejat 
1/4 cawan air
Carrot ( yana tambah )
Mozarella cheese ( yana tambah )
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun utk menumis
5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pd suhu bilik
Kuning telur, utk disapu
Bijan utk ditabur


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bay leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pad meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemaskan.
  3. Isi dengan no.1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemaskan. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190c, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, May 16, 2012

APAM TEPUNG GANDUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga alam maya ^_^..Semoga semuanya berada dalam keadaan yg baik dan sihat2 ajer..Pagi ni Yana nak jamu mata dengan Apam Tepung Gandum resepi dari Kak Fida..Apam ni menu bekpes kami tadi..amat senang nak menyediakannya dan paling penting sedapp..suka sangat tengok Damia makan..lepas satu satu ditelannya ^_^..Tq yer Kak Fida untuk satu lagi resepi yg simple dan sedapp nii..mintak izin yer Kak, yana panjangkan resepinya kat sini pulak untuk dijadikan koleksi resepi pilihan yana  ^_^


APAM TEPUNG GANDUM
Resepi : Kak Fida @ MyR
Sumber cuci mata : Kak Mas @ Duniaku

BAHAN-BAHAN:-

4 1/4 cawan tepung gandum - diayak ( aka guna 1/2 kilo )
3/4 cawan gula hitam ( Yana & Mas ikut Kak Fida guna gula perang dan gula pasir - dicampur )
2 1/2 cawan air - Mas letak lebih sikit sbb adunan nmpk agak pekat
1 peket yis Mauripan
secubit garam- opt - Yana dan Mas letak
Sedikit pewarna - Yana & Mas tambah
Kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam & daun pandan yg digunting kecil-utk makan bersama apam


CARA NAK BUAT:-

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
  3. Tepung gandum dan gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis tadi sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk @ senduk hingga adunan sebati, licin dan tidak berbintil2.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Jadi jangan tuang adunan ke dalam loyang penuh yerk..biarkan berbaki 1/2 loyang supaya adunan tak melimpah nanti.
  5. Panaskan kukusan dan terus kukus adunan apam tadi selama 30 - 40 minit.
  6. Biar apam benar2 sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa parut.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, May 15, 2012

AYAM SOSHA ISTIMEWA

Assalamualaikum semua..apa khabar? semoga semua kawan2 dan pengunjung DCK sentiasa sihat dan ceria2 hendaknya..Maaf byk2 semalam..Yana xsempat nak jalan2..banyak perkara nak setle..komen pun xsempat berbalas..lepas je post n3 terus shut down lappy..Hari ni insyaAllah, boleh nak singgah menyinggah kejap..


Berbalik pada n3 hari ni..nampak menyelerakan tak ayam ni? hahaa..mmg menyelerakan.. rugi siapa tak cuba..Ini lah dia Ayam Sosha Istimewa hasil mengskodeng kat umah Kak Wattie beberapa minggu yang lepas..yana terus je mark bila nmpk ayam yg sungguh mengiurkan ini ^_^..Kalau tgk pada bahan2nya punyer lah panjang tapi nak buat xde lah susah sgt..berbaloi membuatnya..Ayam Sosha Istimewa ni yana gandingkan dengan Nasi Yogurt n3 semalam.. sedapp..sila percaya yer..satu gandingan mantop gitew..tambah pulak ada pajeri or acar..memang makan xnak benti lah..hihihiii..


Tq pada tuan punya resepi asal Hjh Fatimah Hj Ahmad@Asmah Laili kerana sudi share resepi yg maveles ni..tq juga pada Kak Ayu dan Kak Watie berjaya goda yana utk mencuba resepi ni..mintak izin yana panjangkan kat sini pulak yer..Jom kita semak jer resepinya ^_^


AYAM SOSHA ISTIMEWA
Resepi : Hjh, Fatimah Hj Ahmad@Asmah Laili
Sumber cuci mata : Kak Wattie @ Wattie's homeMade

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ buang kulit dan segala lemak dan potong 12
( lumur kepingan ayam dgn sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak )
5 cm kulit kayu manis
5 biji pelaga ( Ayu gunakan 4 biji aje )
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan cili kisar

BAHAN KISAR HALUS

2.5cm halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah

BAHAN-BAHAN LAIN

1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 tin tomato puree
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
Sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato ~ belah 4
1/2 kilo bawang kecil dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis ~ digoreng dan ketepikan
1/2 cawan gajus ~ digoreng dan ketepikan
1 biji tomato ~ dihiris utk hiasan
Sedikit kacang peas utk tabur
Sedikit minyak utk menumis
garam + perasa secukupnya


CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing. Kemudian barulah masukkan serbuk kunyit. Kacau rata.
  3. Masukkann pula tomato puree dan sos tomato. Balik-balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar,tinggalkan 1/4 utk hiasan.
  4. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
  5. Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng. Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
  6. Semasa menghidang taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.
*Enak disajikan dgn nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari



Selamat Mencuba ;-)

Monday, May 14, 2012

NASI YOGURT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga alam maya ^_^..tuan tanah xleh nak bebel banyak2 lagi..nak keluar dating dgn en.hubby sambil setle apa yg patut kejap..Layan dulu menu kami semalam ekkss..malam nanti yana BW yer..jumpa lagiii ^_^



NASI YOGURT
Sumber cuci mata : noorsha@ 1001 cerita 1001 rasa

BAHAN-BAHAN:-

3 cawan beras basmathi
1 cawan yogurt tanpa perisa
2 cm halia ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 labu bawang besar ~ dicincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
1 kiub ayam
sedikit garam
1 sudu besar gula
5 cawam air
Kismis secukupnya
Pewarna kegemaran ( yana tambah )



CARA NAK BUAT;-
  1. Cuci beras dan rendam selama 20 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan juga mentega. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga bahan yang dicincang sehingga wangi. Masukkan beras dan kacau sehingga sekata.
  3. Masukkan air, kiub ayam, yogurt, gula, gula, garam. Masaklah nasi macam biasa.
  4. Bila air dah kering, masukkan kismis dan kacau nasi biar semua bahan2 sekata.
  5. Titikkan pewarna kegemaran ketika nasi sudah masak. Kemudian gembur2kan nasi hingga bercampur kesemua warna.
Selamat Mencuba ;-)

Sunday, May 13, 2012

TAUHU BAKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berhujung minggu semua..cuaca kat Kepala Batas hari ni agak redup kerinduan..hujan turun dengan lebat sekali awal pagi tadi..rasanya bermula jam 3.30 pg sampai lah pukul 7 pagi baru berhenti..mmg syok sambung tido ^_^

Okeylah, kita citer pasal menu yana semalam pulak..Tauhu Bakar..rasanya dah ramai kawan2 yang dah mencuba resepi dari Che'Iza ni..yana pun dah banyak kali buat..tak tau laa, sejak preggy ni kegilaan terhadap tauhu makin menjadi2..macam2 jadi dgn tauhu tu..tiap kali p pasar wajib kena beli 3 4 keping..kalau tak bakar jadi tauhu goreng..kdg2 jd sambal tauhu..kalau tak pun yana campak ajer dlm sup sayur..waaa terasa nikmat jer bila dapat makan..xde lauk lain pun xpe..janji ada tauhu ^_^..

Panjang pulak membebel pagi nii..nak tayang Tauhu Bakar ajer hihii..jom layan..Yana nak BW umah kawan2 pulak..cuci2 mata sambil cari resepi tengah hari ni pulak...Daaa..jumpa lagiii ^__^


TAUHU BAKAR
Resepi: Che'Iza @ MyR

BAHAN-BAHAN:- ( 2 orang )

4 keping tauhu
100 gm taugeh
1/2 batang timun
1/2 biji sengkuang ( yana xletak xde stok )
1/2 biji carrot ( yana tambah )
3 sudu besar cili boh / cili giling
1 ulas bawang putih ( dititik )
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
sedikit garam
1 sudu besar bijan ( digoreng tanpa minyak )
Kacang tanah utk tabur atas tauhu

CARA NAK BUAT:-

  1. Bakar tauhu hingga masak dan ketepikan.
  2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
  4. Untuk sos~ masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pada citarasa masing2 tapi baik buat pekat sikit sbb tauhu akan keluarkan air jgk nnt. Bila kuah hampir siap masukkan bijan. Kacau rata dan matikan api.
  5. Potong tauhu kecil2, letak kan taugeh, sengkuang dan timun. Bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit dengan kacang tumbuk, siap untuk dihidang.
  6. Sos boleh simpan dlm fridge dan boleh tahan lama. Sesuai jgk utk keropok lekor, popia dan karipap sayur..
Selamat Mencuba :-)