Tuesday, March 31, 2015

PENCOK AYAM PANGGANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu lunch wiken yang lalu..Baru ada masa nak jadikan entry..Pencok Ayam Panggang yang sedap sangat hokey..Sesuai dimakan dengan nasi berperisa tapi yana makan dengan nasi putih jee..Takde kerajinan nak masak nasi spesel hihii..takpe lain kali kita buat lagi~~


Ni kes salah baca resepi..patutnya nenas tu tabur je atas ayam bila dah hidang tapi yana terus masak sekali dalam kuah tapi sedap juga..lagi terasa masam manisnya dalam kuah ^__^ Okess..jom semak resepi.. Puan tanah nak berbw kejap..dah lama tak singgah umah kengkawan..~~Peace~~

PENCOK AYAM PANGGANG
Resepi : Noreen


BAHAN-BAHAN:-

6 keping chicken thigh/leg
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan
segenggan daun basil - diracik halus ~ yana letak dried basil je
1 sudu besar air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya
nenas - dipotong kecil ~ yana guna nenas dalam tin ^__^

BAHAN-BAHAN KISAR:-

5 biji cili merah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm lengkuas

CARA PENYEDIAAN:-

  • gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah
  • kemudian panggang pada suhu 180C selama 25 min
  • sementara itu panaskan kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan santan, air asam jawa, gula merah, garam dan daun basil
  • kacaukan rata dan biarkan reneh selama 15 min
  • kemudian masukkan ayam panggang tadi dan gaulkan rata supaya ayam menyerap kepada kuah
  • keluarkan ayam dan bakar lagi selama 30 min
  • masak kuah sehingga pekat
  • selepas ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya dan ditaburkan dengan nenas

Thursday, March 26, 2015

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH MUFFIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Layan mapin cakelet dulu pagi ni deh..buatnya minggu lepas lagi..Tak sempat nak buat entry..Minggu ni agak bizi sikit..Kena amek tugas incik suami huhuuu..Beliau berkursus pulak seminggu kat Bangi..alahaii lambatnya Jumaat menjelma..sudah mula rindu nii hehee ^__^


Muffin coklat kegemaran anak2 dan bapaknya..Sebelum ni buat muffin vanilla kurang dapat sambutan..Last ibu yang kena habiskan huhuuu..Nasib baik buat setengah adunan jee..


Tq Tun untuk resepinya..K.yana share kat sini pulak yer..Bukti dah buat dan merasainya hihii..Jom semak resepi..sedapp tau..kaya dengan rasa cakelet ^__^


CHOCOLATE BUTTERSCOTCH MUFFIN
Resepi : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-
1 3/4 cups (219g ) tepung gandum
2 tsp baking powder
1/4 cup (28g) cocoa powder
1/2 cup butterscotch chips
75g butter
1 cup (190g) gula ~ yana letak 180g gula kastor
2 biji telur
1/4 cup air kopi ~ bleh guna air masak
1/2 cup susu ~ yana guna susu segar

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Ayak tepung, baking powder dan cocoa powder. Masukkan butterscotch chips dan gaul dengan garfu
  2. Cairkan butter dan masukkan telur, gula dan susu. Pukul adunan hingga campur rata
  3. Tuang adunan ke dalam tepung dan gaul menggunakan senduk kayu hingga bercampur. Jangan over-beat ye..nanti muffin jadi tak gebu kalau still ada ketul2 sikit tu takpe
  4. Tuang dalam muffin cup. Tabur butterscotch chips kat atas jika suka. 1 adunan ni dapat 12 biji muffin size biasa. Bakar Pada suhu 200c selama 10 minit
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, March 24, 2015

MEROTI LAGI ^__^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Meroti lagi kita..request dari kakak damia..selagi tak buat mulut asyik bising je nak roti sosej..Nak bawak bekal g tadika katanya~~


Tq pada empunya resepi..antara resepi yang terbaekk jugak nih..1st time belajar buat roti dulu memang selalu guna basic bread nii~~~okess..layan pic je lah ekk..roti semua dah sold out ^__^


BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Puan Roshayati Johari ( no link )
Sumber : Mamafahmi

BAHAN A
500 g tepung roti
100 g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener - optional ~ yana x letak
1 sk bread improver - optional 
4 sk yis @ 11 g yis mauripan

BAHAN B
250 ml air
1 biji telur - pukul sedikit ~ yana letak telur kuning je

BAHAN C
80 g marjerin

BAHAN D
Gula kasar - yana x letak

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Gaul sebati bahan A
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin
  3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
  4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30 - 40 minit
  5. Tumbuk2 untuk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan sedikit air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda
  6. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dan sapu dengan majerin untuk permukaan yang berkilat.
ATAU

KAEDAH BM
  1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dlm Bread Maker, pilih setting doh ( dlm sejam setengah )
  2. Bila BM dah siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 untuk buang angin dia.
  3. Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. Susun dalam loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 30 minit.
  5. Bila dah masak keluarkan dan sapu dengan majerin untuk dapat permukaan yang berkilat.

Selamat Mencuba :-)

Sunday, March 22, 2015

VANILLA MUFFIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Vanilla Muffin untuk makan petang 2 3 hari lepas..Kakak Damia mintak nak kek tapi ibu agak kemalasan nak keluarkan mixer bagai..Buat muffin je lah senang..Godek2 dengan whisk je..Kali ni try resepi dari Kak Nina Mirza..Resepi asal letak kismis kat dalam muffin tapi yana takde stok kismis..kosong je lah kat dalam tu..Atas pulak main tabur jee dengan badam cincang + rice kaler2 tu..


VANILLA MUFFIN

BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran ( Yana & Kak Nina guna minyak jagung)
1 1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula ~ yana 3/4 cawan gula halus
secubit garam

BAHAN C
kismis ~ yana tak letak xde stok

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven pada suhu 180 - 190c
  2. Ayak bahan B dan satukan dalam mangkuk
  3. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  4. Dalam mangkuk yang lain masukkan bahan A kacau rata ( masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi sehingga kesemuanya rata dan sebati, ( Yana & kak Nina guna whisk
  5. Lalu tuangkan bahan A ditengah2 lubang mangkuk berisi tepung tadi
  6. Kacau rata kaup balik TIDAK melebihi 20 kali senduk ajer ( adunan akan nampak berketul2 sedikit - tak mengapa )
  7. Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5 minit. Kacau bulatan 2 kali
  8. Tuang adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  9. Letak kismis kat atas dan dalam muffin tadi. ( yg dalam Nina tekan bagi masuk )
  10. Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuningan ( bergantung pada oven masing2 )
Selamat Mencuba :-)


Friday, March 20, 2015

ASAM PEDAS VERSI MAK MERTUAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu yang simple2 aje untuk lunch kami semalam..Asam Pedas Versi Mak Mertuaku orang kedah punya hehee..Yana suka sangat asam pedas tak kiralah asam pedas utara ke johor ke melaka ke klate ke my negeri semua suka..Terasa nikmat sangat dapat hirup kuah yang pedas2 masam gitu..


Asam pedas orang utara ni agak cair sedikit..macam klate jugak cuma klate punya warna kuning.. ~~Sekarang ni kalau buat asam pedas wajib letak ubi keledek..ajaran dari mak mertua tersayang..sedap rupanya..terasa manis2 ubi keledek dalam asam pedas..Satu lagi kalau mak mertua yana buat asam pedas beliau letak satu jenis ulam..namanya 'lamje'..1st time yana makan dalam asam pedas mak mertua terus jatuh cinta..sedap jugak ulam tu..rupanya seakan ulam raja tapi buka ulam raja..


Okess..layan je la ekk..Dah kecur air liur tengok pic asam pedas nii..Macam nak buat je lagi hari nii hehee~~ Peace ~~

ASAM PEDAS VERSI MAK MERTUAKU

BAHAN-BAHAN:-

6 - 7 ekor ikan kembung saiz kecil 
2 keping asam keping
1 batang serai ~ dititik
Beberapa tangkai daun kesum
Air secukupnya
Kacang bendi
1 biji ubi keledek oren ~ saiz sederhana
Garam & serbuk perasa

BAHAN TUMBUK/KISAR:-

6 tangkai cili kering ~ dibuang bijinya
5 ulas bawang merah
sedikit belacan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan bahan tumbuk/kisar, air, asam keping, serai, daun kesum dan ubi keledek ke dalam periuk
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
  3. Perasakan denga garam dan serbuk perasa jika perlu..
  4. Kemudian masukkan kacang bendi dan ikan. Jangan masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
  5. Ok siap, boleh dihidangkan...
Selamat Mencuba:-)

Thursday, March 19, 2015

DONUT MAYONIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Donut untuk makan petang semalam..Dah lama rasanya yana tak mendonut..Malas bebenor nak main uli2 sekarang nii..Tapi bila tengok kengkawan duk tayang donut yang gebus gebas kat FB harus terguda jua daku maka terbuatlah jugak ~~


Donut Mayonis ni dah banyak kali jugak yana buat..senang bahan2 semua ada kat dapur..Kali ni males nak salut coklat bagai..tabur dengan powder sugar je..Nasib baik anak2 tak bising mintak nak salut coklat..Dia tau kot ibu males hihiii ^__^



DONUT MAYONIS

BAHAN-BAHAN:-

330 gm tepung gandum ~ yana guna tepung high protein
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit menggunakan garfu )
140 ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gm yis ( 1 1/2 sudu kecil )
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo nanti

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Buat doh, Kaedah 1 penggunaan Bread Maker ( BM ), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan Start, tunggu siap di uli dan boleh terus ke langkah no 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tip untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik tu, ramas2 beberapa minit, lebih kurang 5-10 minit. Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik 2 kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama  6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia unuk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Monday, March 16, 2015

STRAWBERRY MILKSHAKE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Jom layan Strawberry Milkshake..projek nak habiskan strawberry..last week g cuti2 satu malam kat Cameron Highland..banyak jugak borong buah strawberry..Anak2 dah puas makan celup coklat mintak buat jus pulak~~


Alahai bestnya dapat minum yang sejuk2 macam ni dikala waktu panas membahang..Suka sangat Kakak Mia dapat minum milkshake ni cuma adik je tak layan..adik tak suka susu segar..minum je terus buat muntah..siap cakap tak sedap lah ibu..huhuuu..anak ibu yang sorang ni memang tak suka bau susu..

J

STRAWBERRY MILKSHAKE

BAHAN-BAHAN:-
10 biji buah strawberry
1 cawan susu segar
1 cawan susu segar perisa strawberry
1 cawan ais krim vanilla
Sedikit gula ~ jika perlu ~ yana x letak
Sedikit ketulan ais

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cuci buah strawberry, Toskan dan potong 2
  2. Masukkan buah strawberry, susu segar, ais krim dan gula ke dalam blender
  3. Blender/kisar hingga halus
  4. Hidangkan dalam gelas dan letak sedikit ketulan ais..siap untuk diminum..slurppp ^_^
Selamat Mencuba :-)

Friday, March 13, 2015

AYAM PORTUGIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..dapat jugak update blog..minggu yang penuh kemalasan..malas sungguh nak update blog semenjak dua menjak ni..Hari ni merajinkan diri sikit..Banyak pic tertunggak..karang penuh folder...~~~


Pagi ni layan Ayam Portugis dulu..Resepi yang dah lama simpan baru dapat menerai.. Yana masak sekali dengan Udang Garing Daun Kesum ari tu..Alhamdulillah..sedap jugak Ayam Portugis ni..Sesuai di makan bersama nasi putih..nasi kaler2..cicah dengan roti pun sedap jugak nii..


Terima kasih tuan empunya resepi..Anak2 dan incik lalink suka sangat..InsyaAllah lepas ni harus ada siaran ulangan..lauk sedap kan..Ada kelainan sikit dari segi rasanya..jom semak resepi~~~

AYAM PORTUGIS
Resepi : Siti Latipah Yusop
Sumber cuci mata : Rohana Sulaiman. norlieharumaini & Damai Qalbu

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong kecil
20 tangkai cili kering *
20 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 batang serai* (* kisar bersama )
4 sudu besar biji sawi ~ kisar berasingan
1 mangkuk santan ~ yana guna 300 ml santan sederhana pekat
1 biji bawang besar ~ hiris
4 tangkai cili merah ~ hiris ~ yana x letak xde stok
sedikit cuka/ air limau kasturi
4 biji bawang merah ~ hiris
garam
gula ~ optional
Minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Goreng hirisan bawang merah ( bawang kecil ), masukkan rempah kisar dan tumis hingga naik aroma. Masukkan biji sawi kisar dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan santan
  2. Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan cuka, masak hingga kuahnya pekat. 
  3. Masukkan pula hirisan bawang besar dan cili merah. Balik2kan dan angkat.. sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :)

Saturday, March 7, 2015

NASI AYAM PALING SEDAP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama rasanya yana tak masak nasi ayam untuk insan2 tersayang kat rumah nii.. Last buat puasa tahun lepas kot..lama sungguh..Semalam tak tahu nak masak apa terus je fikir nak buat nasi ayam..Kali ni yana try buat nasi ayam resepi kengkawan blogger..spesel sikit resepi nasi ayam ni sebab letak susu full cream dan bay leave~~


Alhamdulillah..sedap sangat nasi ayam nii..dulu selalu buat Nasi Ayam Ipoh resepi Kak Q..sekarang jatuh cinta pulak dengan resepi nii..patutlah ramai kengkawan yang letak nama Nasi Ayam Paling Sedap sebab memang betul2 sedap tau..




NASI AYAM PALING SEDAP
Resepi : Nani Rostam
Sumber cuci mata : Kak Azie

BAHAN-BAHAN LAUK AYAM:-
1 ekor ayam
halia
bawang putih
bawang merah

BAHAN PERAP:-
 Sos Tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit
  2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. 
  3. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang2nya satu jam.
  4. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut di tepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak
  5. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang

NOTA :
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau 4 sahaja

NASI AYAM
Mentega
Bawang merah
bawang putih
halia2 helai daun pandan
1 helai daun salam ( bay leave )
Susu full cream ( yana letak 1/2 cawan )
serbuk ayam
garam
gula 
rempah penumis ~ bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
sedikit serbuk kunyit ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker
  2. Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi bersama rempah penumis. Masukkan juga daun pandan dan daun bay
  3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam, serbuk kunyit dan gula mengikut rasa.
  4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi. Jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa
  5. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang
SAMBAL CILI
5 biji cili padi merah siam ~ yana & kak Azie guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia ~ yana & kak Azie tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rerbusan ayam ~ yana & Kak Azie tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blend cili padi merah dengan halia dan bawang putih
  2. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam
  3. Masak dengan api kecil sehingga likat
SAMBAL KICAP
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak didalam kuali sehingga mendidih. Angkat dan hidang

KUAH SUP
Jeruk kubis
garam
Serbuk ayam
daun bawang ~ tabur
bawang putih goreng ~ tabur

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam
  2. Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang
Selamat Mencuba :-)

Thursday, March 5, 2015

UDANG GARING DAUN KESUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Udang Garing Daun Kesum..simple tapi sedap sangat..makan dengan nasi panas2..alahaiii makan tak hengat..Sekarang mood tak nak makan yang berkuah..suka yang kering2 macam nii..gaul dengan nasi..penyek pulak cili api..huhuuu..meletop dalam mulut hehee..





Resepi asal dari Chef Kamarul yang fofular tu..yana skodeng kat dapur kak ummi..Tq kak Ummi share resepinya..Moh semak resepi..sempat lagi kalau nak buat untuk lunch nanti..g pasar beli udang dulu ^_^

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi : Chef Kamarul @ Majalah Saji
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home sweet Home

BAHAN-BAHAN:-
500 gm udang ( sederhana besar )
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN PERAP:-
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

BAHAN CINCANG:-
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih ( yana & kak ummi x letak )
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah ( yana letak cili api )

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. ( yana perap 1/2 jam )
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar2 garing. angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum, daun kari dan daun selasih. sentiasa kacau supaya tidak hangus
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas..
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, March 4, 2015

AYAM BETAWI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Ayam Betawi menu 2 hari lepas..Sedap sangat makan dengan nasi panas2..penyek cili api..alahaii layan sungguh lah hehee~~


Resepi yana skodeng kat dapur kak Ayu singapore..Dah lama rasanya Kak Ayu tak update blog..rindu pulak..semoga Kak Ayu sekeluarga berada dalam keadaan sihat2 aje..Jom semak resepinya ~~puan dapur dah takde idea nak tulis apa ~~peace ^_^



AYAM BETAWI
Resepi : Mesra.net
Sumber cuci mata : Kak Ayu

1 ekor ayam
*4 batang serai
*8 cm lengkuas
*3 cm halia
*8 ulas bawang merah
*5 ulas bawamg putih
*3 cm kunyit hidup ~ yana guna serbuk kunyit je
*15 tangkai cili padi ~ yana x kisar..just letak 5 biji
2 sudu teh jintan putih ~ yana letak serbuk jintan putih
2 sudu teh jintan manis ~ yana letak serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar ~ yana & k.ayu tambah
1 tin susu cair
4 sudu makan minyak masak
200 ml air
garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam dan potong menjadi 20 ketul. Perapkan dengan bahan2 yang bertanda * yg telah digiling/kisar selama setengah jam. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi
  2. Biar sehingga naik baunya. Kemudian masukkan air. susu cair, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
  3. Tudungkan periuk sehingga ayam tadi masak dan kuahnya pekat. Angkat dan hidangkan..
Selamat mencuba :-)

Monday, March 2, 2015

KEK COKLAT KUKUS ( MOIST )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah..dapat jugak hupdate blog hari nii..InsyaAllah..Kalau sempat yana BW umah kengkawan..dah lama yana tak berkunjung balas..bizi memanjang..Hupdate je blog terus shutdown lappy..banyak tugasan menanti ^__^~~~


Entry pertama bulan baru..Kek Coklat Kukus Moist..Request dari kakak mia..dah lama tak makan katanya..Jom layan..Antara resepi kek coklat kukus terbaekkk niih..Suka sangat2~~~~

KEK COKLAT MOIST KUKUS
resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 


Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum  
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1 sudu kecil Baking Powder

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
Selamat Mencuba :-)