“ Ya Allah! Berilah aku petunjuk Mu. Apa yang perlu aku buat, aku tak nak jadi anak derhaka pada ibu aku atau mungkin ini balasan yang harus aku terima kerana aku banyak menyakitkan hati Yaya dulu. Dia tak pernah buat salah pada aku, dia cuma suka pada aku tapi aku...”, Alif menadah tangannya memohon petunjuk dari Allah. Fikirannya buntu. Dia memejamkan matanya rapat dan menarik nafas panjang.
“ Pak Haji, Alif dah setuju dengan cadangan kita nak jodohkan dia dengan Yaya,” kata Mak Esah sambil tersenyum.
“ Betul ke ni Esah? Alhamdulillah. Kita boleh teruskan rancangan kita selepas ini. Kalau boleh saya nak langsungkan secepat yang mungkin. Yaya mesti gembira,” sambung Haji Sulaiman dengan wajah yang ceria. Dalam kegembiraan dia menjerit memanggil isterinya di dapur.
“ Kenapa Abang Hajinya, terkejut saya. Ada berita gembira ke?,” tanya Mak Haji sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.
“ Mesti lah berita gembira, Alif dah setuju nak kahwin dengan Yaya. Saya dah tak sabar lagi nak terima menantu seorang doktor. Awak telefon Yaya sekarang, mesti dia gembira. Dah lama dia menunggu berita gembira ni,” kata Pak Sulaiman pada isterinya. Wajahnya masih tersenyum tanda gembira.
“ Syukur Alhamdulillah. Saya takut sangat Alif tak setuju. Kalau tak mesti Yaya kecewa, dia terlalu berharap sangat,” balas Mak Timah pula. Dia duduk di sebelah suaminya Haji Sulaiman dan memegang erat tangan Haji Sulaiman.
“ Yaya pasti gembira kan Bang,” sambung Mak Haji lagi. Tiba-tiba air matanya menitis.
“ Kenapa awak menangis ni Mak Hajinya,” soal mak Esah. Dia terkejut melihat Mak Haji tiba-tiba menangis.
“ Maafkan saya Esah, saya terlalu gembira. Akhirnya doa Yaya dimakbulkan. Terlalu lama dia menunggu Alif dan sekarang..,” Mak Haji tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terlalu gembira dengan berita yang disampaikan oleh Mak Esah tadi.
“ Esah,” tiba-tiba Pak Sulaiman bersuara perlahan dalam suasana yang hiba. Dia melepaskan genggaman tangan isterinya yang masih menangis.
“ Kenapa Pak Haji, ada yang tak kena ke?,” tanya Mak Esah hairan. Dia dapat merasakan air muka Pak Haji berubah.
“ Engkau pasti ke Alif setuju. Aku tak nak kau paksa dia terima Yaya, kalau dia tak nak aku tak kisah. Yaya mesti faham,” kata Pak Sulaiman. Dia kemudian memandang wajah isterinya di sebelah.
“ Betul tu Esah. Aku tak mahu Alif menyesal sebab kahwin dengan Yaya. Kau dah tanya dia ke kot-kot dia dah ada yang lain. Budak-budak zaman sekarang ni semua nak cari sendiri,” sambung Mak Timah pula.
“ Aku tak pernah paksa dia, Alif tak ada siapa lagi. Selama ni dia asyik belajar je, tak pernah fikir benda lain. Aku yakin dia terima Yaya dengan ikhlas. Pak Haji dan Mak Haji jangan lah risau, anggap je semua ni dah jadi,” balas Mak Esah yakin namun dalam hatinya dia tahu Alif masih marah padanya kerana memaksa dia berkahwin dengan Yaya. Sejak dari zaman sekolah lagi dia tidak menyukai Yaya.
“ Alif masih marahkan Ibu?”, tanya Esah. Dia tahu Alif masih marah padanya. Sejak dari semalam Alif tidak bercakap dengannya. Mak Esah juga tahu Alif kecewa dengan keputusannya tapi hati Mak Esah tetap mengatakan bahawa Alif akan bahagia kalau berkahwin dengan Yaya.
“ Tak”, jawab Alif pendek. Dia terus bangun dari kerusi rotan dan berjalan menuju ke bilik. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan ibunya. Hatinya masih kecewa dan sedih.
“ Ibu tahu Alif masih marahkan Ibu tapi Alif kena faham, Ibu buat semua ni untuk kebahagiaan Alif “, kata Mak Esah. Dia cuba menahan air matanya dari keluar. Dia mesti kuat untuk menjayakan rancangannya mengahwinkan Alif dengan Yaya.
Alif berhenti melangkah apabila ibunya masih lagi bersuara dan bercakap mengenai jodohnya dengan Yaya. Alif menarik nafas panjang.
“ Ibu rasa Alif akan bahagia ke kalau kahwin dengan Yaya? Hmm..Tak pe la, kalau Ibu rasa Alif akan bahagia Alif akan kahwin dengan dia”, kata Alif sambil memejamkan matanya. Hatinya terasa cukup pedih ketika ini.
“ Maknanya Alif setuju lah terima Yaya? Ibu pasti Alif akan bahagia dengan Yaya. Percaya lah nak”, kata Mak Esah dengan wajah yang ceria. Mak Esah terus bangun menuju ke dapur. Dia meninggalkan Alif dan Ani di ruang tamu.
TO BE CONTINUED..