Wednesday, February 27, 2013

BAKED APPLE FRENCH TOAST

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah..dapat jugak bersiaran pada waktu pagi yang indah ini..Dah lama yana tak dapat bersiaran waktu pagi..Kesibukkan tugas yang makin bertambah menghadkan masa bersantai depan cik lappy tersayang..Sorry dan mintak maaf banyak2 yer kengkawan sekiranya yana xsempat nak berkunjung balas..bukan kita sombong tau..cuma xde masa..InsyaAllah..ada masa terluang nanti yana pasti berkunjung jua..moga ikatan persahabatan di alam maya ini terus kukuh ^^

Okess, pagi ni jom kita layan dulu Baked Apple French Toast hasil terskodeng kat dapur AlongRoz sedikit masa lalu..mmg dh lama yana nak mencubanya..masa Along tayang dulu sekitar tahun lepas, yana tengah mabuk cinta huhuu..xde mood nak masak waktu tu..lepas habis mabuk cinta terus terlupa pasal resepi nih and now, hasil mabuk cinta tersebut dah berusia 5 bulan baru teringat balik resepi Baked Apple French Toast nih kuikuiii^^

Tq kepada Wendy & Along sudi share resepi yang simple jer nak membuatnya..kepada peminat french toast macam yana nih boleh lah cuba..sedap sangat~ suka sangat bau cinnamon yang harum mewangi ^__^




BAKED APPLE FRENCH TOAST
Resepi : Wendy@Tablefor2

BAHAN-BAHAN:- ( hidangan 6 org/8" x 12" casserole )
12 keping roti sandwich ~ yana guna 8 keping 
5 bj kecil epal fuji - kopek & hiris - 3 bj utk filling & 2 biji utk topping ~ 
100 g soft brown sugar*
1 st serbuk kayu manis* (*campur)
4 bj telur ~ yana guna 3 bj gred B
1/4 st garam
250ml susu ( yana guna susu cair )
1st vanilla essense

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Pukul telur, garam, susu & VE sehingga sebati.
  2. Celup 6 keping roti ( jgn smpai kembang ) ke dlm bancuhan telur di kedua2 belah & susun di dlm kaserol tahan panas yg telah diminyakkan.
  3. Gaulkan 1/2 campuran gula dgn epal filling & tabur ke atas kepingan roti tadi.
  4. Celup baki 6 keping roti ke dlm bancuhan telur & susun atas taburan epal.
  5. Tuang rata lebihan bancuhan telur.
  6. Susun kepingan epal & tabur 1/2 lebihan campuran gula.
  7. Bakar 180(fan)/200c selama 20-30minit hingga keperangan.

Selamat Mencuba :-)

Tuesday, February 26, 2013

IKAN PESMOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^__^

Sepantas kilat update blog pada tengah malam yang sunyi sepi ^^ ~Ikan Pesmol ni yana buat untuk makan malam semalam..Lepas Ct tayang kat FB ari tu mmg dah masuk list..nak cuba merasa jugak resepi dari Chef tersohor kita Datuk Chef Wan..Alhamdulillah..meme sedap sungguh^^..Rugi kalau xcuba tau..Lain kali yana nak buat dengan ikan siakap pulak..dah tergoda tengok Ikan Siakap Pesmol Kak Ratna..besar punya hihii..

Tq Kak Nur yang jauh dimata namun dekat dihati kerna sudi share resepi yang maveles nii..Tq jugak pada Ct yang promote baekk punyer resepi ikan pesmol niii ^__^




IKAN PESMOL
Resepi asal : Chef Wan

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap dibersihkan ~yana guna 3 ekor ikan kembong
garam, lada hitam yg baru dikisar
1 batang serai ~ dititik
2 cm lengkuas ~ dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam ( MaDiHaA & yana x letak )
2 cawan santan pekat ~ yana guna susu cair
Air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

BAHAN KISAR

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
  5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
Selamat Mencuba :-)

Saturday, February 23, 2013

LEPAT PISANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^

~ Jom cuci mata dulu dengan kuih Lepat Pisang..1st time yana buat sendiri..biasa beli jer..Minggu lepas dapat pisang abu dan daun pisang sekali dari jiran baru yang baik hati^^ Alhamdulillah..Jiran2 kat sini memang pemurah sangat..hampir setiap hari dapat pemberian sampaikan kita pulak asyik fikir nak balas apa pulak..tak kan nak bagi pinggan kosong je kan ^^

Lepat pisang nih yana buat untuk makan petang semalam..Tak sangka pulak damia suka..biasa kalau beli dia tak makan..agaknya kuih ibu dia buat sedap kot hihii..pe2pun kita cuci mata jelah ekkkss..yana nak merempit ke rumah kengkawan pulak..jumpa lagi ^__^


LEPAT PISANG
Sumber cuci mata : Kak Mas Dunia Ku

BAHAN-BAHAN:-

12 biji pisang abu ( dilenyek )
3/4 ~ 1 cawan tepung beras
3 sudu besar gula ~ yana ganti gula merah
1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
secubit garam
daun pisang ( dilayur di atas api dipotong 15cm setiap satu - anggaran sahaja )
Sedikit santan ( yana tambah )

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Campurkan tepung dan gula bersama pisang yang sudah dilenyek, kacau hingga sebati, ( kalau cair tambah sedikit tepung lagi ~ agak2 mcm buat cekodok tapi adunan cair sikit )
  2. Gaulkan garam bersama kelapa parut dan ketepikan.
  3. Kemudian ambil daun pisang dan letakkan adunan pisang sebanyak 2 sudu makan atau 1/2 senduk.
  4. Kemudian letakkan kelapa parut diatas adunan tadi.
  5. Lipat daun pisang tu,ala macamkita beli tu dan susun dalam loyang pengukus sehingga adunan habis.
  6. Panaskan air dalam pengukus dan kukus lepat pisang tadi bersama2 selama 20 - 30 minit ( tak perlu tunggu air mendidih 

Selamat Mencuba :-)

Thursday, February 21, 2013

AYAM LAKSAMANA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~Tension betul..punyer lah lembab pergerakan intenet malam nih..dekat satu jam baru dapat upload satu pic.. Nak masuk blog kengkawan pun kena tunggu lama..hmm..sabo je lah^^

Pe2pun pic dah berjaya di upload setelah sekian lama menanti~ kita cuci mata dulu dengan Ayam Laksamana resepi ciptaan sifu CMG yang tengah hot skg nih..dah keluar magazine tau..finally, dapat jua menatap wajah CMG walaupun dalam kekaburan hehee ^^

Resepi nih dah lama masuk dalam list tapi asyik tertangguh nak mencubanya..minggu lepas baru berkesempatan..Alhamdulillah..sedappp..menepati citarasa kami sekeluarga^^..Kak MaDihaA dan Kak Diana pun dah cuba resepi nih..Tq pada CMG kerana berkongsi resepi2 yang superb2 semuanya..Izinkan yana share kat sini pula yer..senang nak buat rujukan nanti ^^ 




AYAM LAKSAMANA
Sumber cuci mata : Kak MaDihaA & Kak Diana

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan  sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar2
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-

2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut (nutmeg)

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi tapi jangan sampai garing, biar lembab2 saja. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan..
Selamat Mencuba :-)

Sunday, February 17, 2013

SIAKAP GORENG KICAP BIJAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^

Apa khabar semua pengunjung DCK? Moga semua sihat dan ceria2 jew ^_^..Hampir seminggu tak berkesempatan nak menjenguk blog atas sebab kesibukan :-) Minggu lepas kehidupan yana sibuk sikit sebab ada tetamu bertandang ke rumah..Bukan orang lain..abang dan kakak ipar serta anak2 datang bercuti dari kelate..4 malam bermaustatin kat rumah maka sebagai tuan rumah sekali gus menjadi pemandu pelancong agak sibuk bawak dorang semua jalan2 ke sekitar Lumut, Teluk Batik dan kawasan2 yang sewaktu dengannya ^^

Semalam dorang dah balik ke Kelate..maka hari ni bermula lah edisi kemas mengemas rumah huhuu.. Biasa lah kalau ada budak2..rumah dah macam tongkang pecah ^^..Walaupun penat tapi kena masuk dapur jugak..En.Suami dah tak selera nak makan kat luar..Pagi tadi dia ke pengkalan nelayan tunggu ikan yang segar bugar..Senyum memanjang bawak balik ikan siakap besar punya..Adusss..kita macam dah tak larat nak masak tapi digagahi jua demi suami tercinta^^

Dalam kepala duk fikir resepi apa yang paling senang nak buat..Teringat pulak dengan resepi Siakap Goreng Kicap Bijan Kak Yatie..Memang dah masuk list nak cuba sebab masak kicap..confem En.Suami dan Damia suka^^..Alhamdulillah..memang dorang suka sangat..Damia makan sampai tak pandang ayam goreng kegemarannya..Asyik nak fish jew..Pada kengkawan yang belum cuba resepi nih, boleh lah cuba nanti..nak buat pun simple je..paling best bila bau minyak bijan menusuk ke hidung..wangi yang membangkit selera..Tima kasih Kak Yatie share resepi nih..InsyaAllah pasti akan dibuat lagi ^^


Siakap nih besar sangat xmuat pinggan..terpaksa kena potong dua ^^
SIAKAP GORENG KICAP BIJAN

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap sederhana
1 biji tomato ~ belah 6
1 batang serai ~ dititik
5 biji cili padi
1 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang besar ~ di hiris nipis
4 sudu besar kicap manis jalen
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar minyak masak untuk menumis
1/2 cawan air ( bancuh dengan 1 sudu kecil tepung jagung )
Daun sup + daun bawang ~ hiris sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Bersihkan ikan, kelar sikit, cuci dan toskan. Sapukan rata sedikit garam dan lumur dgn tepung jagung
  2. Kemudian goreng garing, angkat, toskan dan letak dalam pinggan bersesuaian. Tinggalkan dalam 5 sudu besar minyak, tumiskan bawang putih yang dicincang. Masukkan bawang merah, dan cili padi.
  3. Tumis sehingga naik bau. Masukkan serai. Masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan buah tomato, bawang besar dan minyak bijan. Kacau lagi sehingga mendidih. Tutupkan api dan siramkan keatas ikan yang di goreng tadi.
  4. Taburkan dengan sedikit daun bawang dan daun sup. Boleh hidang ^_^
Selamat Mencuba :-)

Monday, February 11, 2013

APAM POLKADOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Masih dalam mood holiday~ holiday kat rumah je^^..Cuti panjang tapi kami kat rumah je..En.Suami kena stand by so, tak boleh nak keluar jauh..setakat jalan2 p Lumut pahtu pusing2 ke Teluk Batik..makan kopok ikan sambil main kejar2 dgn anak kat tepi pantai..seronok jugak kan~ saje nak sedapkan hati sebab tak leh p holiday jauh huhuu :P

Petang ni moh kita layan dulu dengan Apam Dot Dot kegemaran ramai..dah lama yana tak buat..Lepas subuh tadi terus jalan kan projek dot2 sepantas kilat sebelum baby jaga dari lena..kalau baby jaga confem kena stop 2 3 jam baru boleh sambung balik..Kali ni yana cuba pula resepi dari Lilydvalley@MyResepi lepas terskodeng dari rumah Kak Hana..Terima kasih untuk kedua2 penyumbang resepi apam yang mengebus nih ^^..


APAM POLKADOT
Sumber Asal : Lilidvalley@MyResepi

BAHAN-BAHAN:-

3 biji telur ~ dari peti sejuk
275 gm tepung gandum ~ kurang sedikit jadi 250g
220 gm gula halus ~ hana kurangkan sedikit 200g
170 gm susu segar@ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling blueberry@ strawberry secukupnya ( masukkan ke dalam piping beg )
Pewarna

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dna pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna kedalam piping beg ( atau plastik yang bersih )
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.

Selamat Mencuba :-)

Sunday, February 10, 2013

DONUT MAYO

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Selamat bercuti CNY semua~ pagi yang indah ini kita bersarapan dulu dengan donut yang gebuss ~Donut Mayo..Kat rumah ni kalau buat donut, mesti kena ada sekali Bege Malaysia sebab yana tak makan sangat donut..yana lebih suka Bege Malaysia dengan sambal yang pedas meletopss ^^..

Pagi ni jimat masa sikit..Doh yang sama boleh jadi 2 jenis kuih untuk bekpes..Tq pada Ros untuk resepinya..Mintak izin yana share kat sini pulak yer ^__^..Jom kita makan dulu..kejap lagi nak keluar  bersuka ria bersama suami dan anak2 tersayang ^^


DONUT MAYO

BAHAN-BAHAN:-

330 gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit menggunakan garfu )
140 ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gm yis ( 1 1/2 sudu kecil )
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo nanti

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Buat doh, Kaedah 1 penggunaan Bread Maker ( BM ), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan Start, tunggu siap di uli dan boleh terus ke langkah no 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tip untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik tu, ramas2 beberapa minit, lebih kurang 5-10 minit. Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik 2 kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama  6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia unuk dihidangkan.
Bege Malaysia pun ada ^__^
Selamat Mencuba :-)

Thursday, February 7, 2013

TALAM GULA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~Ketandusan idea nak membebel malam ni^^..Kita layan je lah Kuih Talam Gula Merah yana buat 2 hari lepas..Tibe je teringin nak makan

Kuih Talam Gula Merah ni resepi dari Ratu Talam kita Kak Yatie..memang selalu jadi pilihan yana kalau buat kuih talam..konfem jadi punyer^^..Untuk kali ni, yana buat 1/2 adunan je..buat dalam bekas lap u mcm ni senang sikit nak ngap..xpayah nak potong memotong ~ sebenarnya sengaja buat dlm bekas ni sebab fail lg nak potong kuih talam..mesti xcantik potongannya heheee...




TALAM GULA MERAH

BAHAN LAPISAN BAWAH
200gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cwn air biasa
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
  2. Sementara itu, panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak cakar2 sedikit di atas permukaan dan tuang adunan lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS
3 cwn santan pekat
1 cwn tepung beras
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN;-
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak ( selama 20 minit )
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, February 5, 2013

MEE REBUS SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Dalam kesibukkan melayan anak2 dan tugas harian yang makin bertambah, hanya yang simple2 dapat dihidangkan buat suami tercinta..Alhamdulillah..terhidang juga Mee Rebus Simple yang lazat nih..suami makan hingga menjilat mangkuk hehee..

Resepi Mee Rebus Simple ni memang selalu yana buat..Resepi asal menggunakan daging tapi yana dah tukar pada ayam..Tetap sedap rasanya..Terima kasih pada tuan empunya resepi sharmah@MyResepi..mintak izin yana share kat sini pula yer..layan^^


MEE REBUS SIMPLE

BAHAN-BAHAN:-

BAHAN A ( Rebus )
1/2 kilo tetel/tulang kambing/lembu ~ yana guna ayam je ^^
2500ml air

BAHAN B ( Kisar )
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
3 cm lengkuas
1 sudu makan udang kering
2 sudu makan ikan bilis
3 @ 4 sudu makan rempah kari daging

BAHAN C

3 biji keledek rebus ( saiz kecil ) kisar halus
1/2 cawan kacang goreng ( tumbuk setengah halus )
2 sudu makan taucu ( lenyek, hancurkan sedikit ) ~ yana x letak xde stok

BAHAN SAMPINGAN  

Telor rebus, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada hijau, kicap manis, limau kasturi 
1 kg mee ~ yana guna spagetti
Sedikit taugeh ( optional )
Sawi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Rebus bahan A hingga daging setengah empok, masukkan bahan kisar. Masak sampai daging empok.
  2. Masukkan pula bahan C. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan pekat. Tambah sedikit tepung gandum dan tepung jagung/kanji kalau kuah kurang pekat.
  3. Bila sudah cukup rasa dan kepekatan yang diinginkan, siap untuk dihidangkan dengan mee dan taugeh yang dicelur dan bahan taburan..sedap ^^
Selamat Mencuba :-)

Monday, February 4, 2013

APAM MEKAR TEPUNG BERAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Selamat pagi semua ^^..Jom kita cuci mata dulu dengan bekpes hari ini..Apam Mekar Tepung Beras Kak Fida..Semalam meronda2 kat MyResepi mencari resepi baru terjumpa ler resepi apam baru Kak Fida..ramai yang dah hantar report walaupun baru je Kak Fida tayang kat MyResepi..Nak buat pun senang jer..sambil joging dari dapur pahtu ke bilik intai si kecik tu sedang lena..siap jugak menu simple pagi nihh..cian Kak Long Damia..dah lama tak makan apam ibu buat..hari ni betul2 dia makan..mulut plak xbenti cakap..sedap bu sedapp..bangga ibu..hikhikk..

Tapi kan..satu kejadian pelik telah berlaku..yana letak 2 kaler untuk apam nih..hijau dan pink tapi yang keluar dari kukusan..hijau dan brown..Tak tahu ke mana hilangnya kaler pink tersebut..Tak pernah pulak jadi sebelum nih ^^..Pe2pun..apam yang gebus dan lembut ni dah abis..yana buat half adunan jer..dapat 14 biji saiz comel2~~~


APAM MEKAR TEPUNG BERAS

200g tepung beras * ( 2 cawan )
2 sk baking powder * ( * diayak bersama )
180g gula halus ( 2/3 cawan + 1/8 cawan )
1 cawan susu segar/cair/santan cair~ yana guna susu cair
1 sk esen vanila ~ yana guna perisa pandan & ros
pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
  2. Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil kacau hingga gula larut dan sebati. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.
  4. Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom
Selamat Mencuba :-)