Monday, March 31, 2014

VANILLA CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pagi ni nak tayang Cupcakes Vanilla yang sangat sedap okess..tak tipu punye ^__^ ~~ Ekceli, cupcakes ni projek dgn my doter beberapa bulan yang lalu..saje nak main deko2 dgn dia..ibu main hentam je nak deko..xpe lah..janji ada penyeri kat atas cupcakes tuu kan hehee :P



VANILLA CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan butter (6oz )
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour ( saya guna tepung gandum )
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster ( kurang sedikit ~ yana kurangkan 2 sudu besar )
3 sk vanila ~ boleh lebihkan
1 1/4 cawan susu ~ Kak azie guna buttermilk
2 1/2 sk baking powder

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170c.
  2. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
  3. Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama15 - 18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak
  6. Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

BUTTERCREAM

BAHAN-BAHAN:-

80 gm butter
250 gm krimwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Potong butter kecil. Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
  2. Gula aising diayak. Kemudian masukkan gula aising dan golden sirap ke dalam butter yang telah dipukul kembang tadi.
  3. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati
  4. Kemudian bolehlah diletakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  5. Masukkan butter cream dalam piping beg dengan nozel pilihan dan bolehlah paip pada kek
Selamat Mencuba :-)

Saturday, March 29, 2014

BINGKA ROTI JAGUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama betul pic ni terperap dalam folder..dari tahun lepas lagi hehee..Bingka/kuih bakar kegemaran ibu tapi anak2 dgn incik suami tak layan kuih macam nii..biasa buat untuk diri sendiri je..Kadang2 bagi jugak jiran untuk merasa ^__^

Sedap je kuih ni kat tekak yana..kadang2 pelik jugak kenapa lah budak2 ni tak nak makan kuih sesedap nii..kalau buat asyik ibu yang kena habiskan ~~ Layan pic je la ekk..kuihnya sudah habis..nak rasa sila buat sendiri..senang ajee hehee


BINGKA ROTI JAGUNG
saiz tin : 8"/9" persegi

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan gula ~ yana guna 3/4 cawan gula kastor
1 cawan santan
1 cawan susu segar
1 1/4 cawan air
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil gara,
14 keping (520g) roti ~ potong kecil2
2 batang jagung ~ ambil bijinya sahaja
beberapa titik pewarna kuning
Biji bijan utk tabur

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blend kesemua bahan2, kecuali roti & jagung sehingga sebati. Masukkan jagung & blend sebentar sahaja. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi roti & rendam selama 5 minit sehingga kembang.
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam tin. Ramas adunan roti & tuangkan ke dalam tin yang berisi minyak panas.
  3. Taburkan biji bijan & bakar 180c selama 1 jam

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, March 26, 2014

KARI AYAM PAKISTAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kari Ayam Pakistan ni dah jadi menu kegemaran kat rumah ni..dah banyak kali jugak yana buat lepas ct Zaliedana tayang kat FB dulu..tengok Kak MaDiHaA pun dah buat jugak..memang sedap kan kak walaupun proses nak membuatnya agak lama sikit tapi berbaloi taw hehee ^__^ Tima Kasih banyak2 pada Ummi Maria Hakem sudi kongsi resepinya..Rasanya dah banyak resepi Ummi Maria yana kongsikan kat sini..simple dan mudah jee..yang penting sedappp..




AYAM MASAK KARI PAKISTAN
Resepi : Ummi Maria Hakem @ FB
Olahan : Kak Amie
Sumber Cuci Mata : Kak MaDiHaA & Ct Zaliedana

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ potong 16 bahagian
4 biji bawang besar ~ cincang
4 biji tomato merah ~ cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar

1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak

* Hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur.( Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam! )
  5. Masukkan ayam dan gaul rata.
  6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. ( Yana dan MaDiHaA tambah jgk air biar ayam betul2 empuk ) perasakan dengan garam. Tambah yogurt.
  7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. ( sebaiknya jangan sampai kering )
  8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
mkn dgn roti jala pun sedapp ^__^
Selamat Mencuba :-)

Thursday, March 20, 2014

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama kat rumah ni tak masak menu daging..sesekali ada tetamu baru nak cari daging sebab tuan rumah tak gemar sangat makan hehee..Daging Goreng Halia & Munyak Bijan resepi yang simple dari Kak Nor Secubit Garam..suka sangat bau minyak bijan ^__^ Pasni nak try versi ayam pulak..daging goreng ni tetamu je makan byk..sedap katanya..tuan senyum dpt pujian hehee..Tima kasih byk2 Kak Nor untuk resepinya..Minta izin yana share kat sini pulak yer..In Sha Allah lepas ni boleh buat lagii ~~~



DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketukdan dicincang
1 inci halia muda ~ dihiris
1/3 biji capsicum merah ~ dipotong panjang / dadu
1/3 biji capsicum hijau ~dipotong panjang / dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1 inci
minyak secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan
  2. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 minit. Angkat dan ketepikan
  3. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar
  4. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan
  5. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum.Goreng seketika.
  6. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam
  7. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/4 cawan )
  8. Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau
  9. Bila kuah hampir keering masukkan daun bawang.
  10. Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, March 18, 2014

PUDING MILO LAPIS OREO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Edisi nak clearkan pic dalam folder lagi heheee..ekceli, puding fofular ni dah lama yana buat..bulan puasa tahun lepas lagi :-P.. Masa bulan puasa hari tu memang langsung tak ada kesempatan nak update blog.. Maklum je lah anak makin membesar dengan aktifnya..ibu makin kurang masa untuk diri sendiri heheee

Okess, kita layan pic je la eekk..sape2 yg belum cuba lagi puding ni harus cuba ye..memang sedap..tq pada Along Roz resepinya..mintak izin yana share kat sini pulak yer untuk rujukan akan datang ^__^




PUDING MILO LAPIS OREO

BAHAN-BAHAN :-

1 bungkus @ 10g jelly ~ serbuk agar-agar
750ml air
160gm gula ~ yana guna 140gm
1 tin @ 400g susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus ( 137gm ) oreo cookies ~ patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campur milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk
TIPS UNTUK MELAPIS
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris2kan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
Selamat Mencuba :-)

Sunday, March 16, 2014

NASI DAUN LIMAU PURUT & AYAM BURMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Nasi Daun Limau Purut dan Ayam Burma gandingan yang mantop gitew ^__^.. Dah banyak kali jugak yana buat ayam burma nii..kalau tak ada idea nak masak apa memang ayam burma ni jadi pilihan..bahan2 memang selalu ada dalam esbox..Pada kengkawan bolehlah cuba gandingan Nasi Daun Limau Purut ni yer..nasi ni pun memang sedap..rasa seakan2 nasi lemak pun ada cuma bau aroma daun limau purut yang wangi membangkitkan lagi selera..

Tq pada Chef Zaidah untuk resepinya..Yana kopipes dari dapur Kak Ita and terskodeng kat dapur Kak Zila..tq pd dua2 akak yang terer masak itu ~~~




NASI DAUN LIMAU PURUT
Resepi : Chef Zaidah Mohd Noor ~ Buku Masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

BAHAN-BAHAN:-

2 sudu besar margerin ~ yana letak butter
1.5 cm halia ~ kupas & hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras basmathi ~ dicuci bersih & toskan airnya
4 titik pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan margerin di dalam periuk. Tumiskan bahan2 hiris hingga wangi.
  2. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar. Apabila dah harum, masukkan air, garam, santan, stok ayam dan beras
  3. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
  4. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya


AYAM BURMA
Sumber cuci mata : Cheq Sue

 BAHAN-BAHAN:-

500 gm ayam~ potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit* (*disatukan, gaul dan perap 20 minit )
1 camca besar rempah kari daging ( mat guna rempah Baba's )
1 cawan air 
1 kiub pati ayam
1 biji tomato ~ belah 4
15 helai daun pudina ~ yana ltk 4 helai jer..stok akhir ^^
Secubit garam
1 biji ubi kentang ~ yana tambah

BAHAN KISAR HALUS;-

3 biji cili merah ~ buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai ~ hiris halus

CARA NAK BUAT:-
  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam ( hancurkan ) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hangat..

Selamat Mencuba :-)

Thursday, March 13, 2014

SIAKAP PANGGILAN PULAU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Layan menu kami beberapa bulan yang lalu :-P ..masa tu memang malas sangat nak update blog..snap pic je lah untuk simpanan kot2 terajin nak update nanti..Ikan siakap Panggilan pulau resepi yang simple je dari Datin Lulu..Yana terskodeng kat dapur Kak Yatie..Alhamdulillah sedap..rasa seakan2 masak 3 rasa cuma ada aroma wangi dari kayu manis jee..Jom kita semak resepinya ^__^


SIAKAP PANGGILAN PULAU
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap ~ cuci, toskan dan kelar2kan permukaannya
1 sudu serbuk kunyit + 1 sudu kecil garam ~ utk goreng ikan
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 biji tomato ~ dadu kasar
garam secukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
1/2 cawan air panas
1 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
minyak secukupnya

BAHAN HIRIS & TUMIS

1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai ~ diketuk
1 batang kulit kayu manis

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Ikan yang siap digaul dgn garam dan serbuk kunyit hendaklah digoreng sedikit garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/4 cawan minyak dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis ~ gaul sebati diikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkan maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkan tomato. Kecilkan api. Biarkan kuah mereneh perlahan2 hingga tomato layu. Tutup api/
  5. Curahkan kuah @ sos keatas ikan yg digoreng tadi. Bolehlah dihidangkan panas2.

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, March 12, 2014

DONUT LABU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Donut labu yang tersangatlah gebus gebas kejadianya..Dah banyak kali jugak yana buat sebab seisi rumah suka..buat banyak2 untuk frozen..senang kalau rasa nak makan goreng jee..and kalau ada tetamu datang boleh je kita jamu ^__^



DONUT LABU
Resepi : Rima
Sumber cuci mata : CMG

BAHAN-BAHAN:-

200 gm tepung gandum
1 1/2 camca teh instant yeast
100 gm labu manis ~ kukus hingga lembut dan dilecek halus
50 gm gula halus
1 1/2 camca besar mentega
1 kuning telur
1/2 camca teh garam
1 camca besar susu pekat
1 camca teh esen vanila ~ CMG tambah ~ yana xletak
60 ml air
Coklat masakan, kekacang atau gulahalus utk hiasan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan diatas kecuali air dan bahan untuk hiasan. Gaul rata hingga sebati. Tuang sedikit air dan sambung menggaul hingga mendapat doh yang lembut dan elastik, pastikan tuang air sedikit2 dahulu. Kemudian rehatkan doh selama 15 - 20 minit.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tekan2 sedikit dan canai setebal 1cm, terap dengan acuan donut, letak atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan lagi untuk 20 - 25 minit.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan keemasan pada semua bahagian donut. Hias ikut kreativiti anda samada menggunakan coklat, kekacang atau gula halus. Boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, March 11, 2014

AYAM ALA BALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^


AYAM ALA BALI
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-

950 gm ayam yg telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia ~ dihiris
1/2 inci lengkuas ~ dihiris
2 batang serai ~ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut ~ dimayang/dicarik2
serbuk kunyit
garam
Minyak untuk menggoreng

BAHAN2 KISAR ( kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing2 )

BAHAN2 A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos cili maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukupnya ~ boleh menggunakan gula melaka
Garam jika perlu

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tadi, tinggalkan sedikit minyak tu utk menumis ) dan tumis bahan2 kisar hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan halia dan lengkuas. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  3. Tambahkan bahan2 A dan gaul rata ( Yana & MaDiHaA tambah setengah cawan air masa ni ) setelah mendidih dan sedikit pekat bolehlah dimasukkan ayam gorengan tadi dan gaul rata.
  4. Masak seketika dan sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, March 5, 2014

APAM PISANG KUKUS TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Kuih Apam Pisang Kukus Tanpa Telur ni yana buat untuk minum petang beberapa bulan yg lampau :-P.. Masa tu virus M melanda..malas sangat update blog..okess lah layan je laa kuih apam nii..sedap tau walaupun tak menggunakan telur dgn minyak..Pernah jugak dulu try resepi lain tapi kurang sikit kegebuannya sebab tak perap lama2 kot..yang ni yana perap 2jam..memang jadi gebus dan lembut gituu..Tq Kak Q atas resepinya..~~ tiba2 rindu pulak kat Kak Q..dah lama xnmpk dia kat blog ngn FB ^__^




APAM PISANG KUKUS TANPA TELUR
Resepi : Kak Q @ quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan pisang masak ranum ~ lecek dulu baru sukat dlm cawan ye
1/3 cawan gula ~ nak manis buat 1/2 cawan
1/2 sudu besar soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum ~ diayak
kelapa putih
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 lecek pisang. Kemudian sukat 2 cawan dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan gula dan soda bikarbonat. Lecek lagi bersama pisang hingga keluar buih dan gula hancur.
  2. MAsukkan tepung yang telah diayak. Kacau2 rata. Kemudian perap 1 jam. ( yana perap 2 jam ) Panaskan kukusan. Sapu acuan dgn minyak. Kemudian isikan adunan dalam acuan. Bila air kukusan dan didih masukkan loyang kukusan. Kukus 25 minit guna api besar.
  3. Dah masak boleh keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut yang telag digaul dgn sedikit garam ( kukus dulu kelapa 3-5 minit ) utk pastikan kelapa tahan lama. Nak makan gitu pun sedap jugak apam nii
( Nota : Tips Kak Q ~ nak dapatkan warna apam warna gelap guna 2 jenis pisang dan baru la rasa apam ni lagi sedap dan warna yg cantik. Timbul urat2 dia tu. Lain kali cuba perap lama sikit dalam 2 jam tgk mcm mana pulak kejadianya..)

Selamat Mencuba :-)

Saturday, March 1, 2014

CUCUR UDANG RANGUP

Assalamualaikum dan selamat pagi ^__^

Bekpes yang simple mimple je utk hari ini..Cucur Udang Berjagung Rangup..rangup di luar lembut di dalam..dah feberet kami seisi rumah..Yana suka sangat guna resepi ni..sebelum ni memang fail kalau buat cucur..cepat keras and tak rangup..Terima kasih Kak MaDiHaA cayang sudi share resepi cucur nii..mintak izin yana share kat sini pulak yer ^__^


CUCUR UDANG RANGUP
Resepi : Kak MaDiHaA
Sumber cuci mata : Ct Zaliedana, Kak Izah 

BAHAN-BAHAN:- 

3 1/2 cawan tepung gandum *
1 sudu besar ( penuh ) baking powder* ( diayak bersama )
2 cawan isi udang 
1 cawan isi jagung ( yana & ct add )
3 cawan air sejuk
2 sudu besar knorr Pasti Sedap ( jika tiada boleh ganti dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam ) ~ yana & ct letak serbuk ikan bilis
1 1/4 sudu kecil garam @ secukup rasa
1/2 cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm
1/4 biji kubis ~ dihiris halus, cuci & toskan ( Yana & ct xletak )
1 1/2 biji bawang besar ~ potong dadu
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air dan telur
  2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air dan kacau rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana
  4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur ( sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu ) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur membentuk menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali
  5. Bila cucur dah timbul..cerai2kan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah
  6. Bila dah garing, angkat dan toskan
  7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupanya

Selamat Mencuba :-)