Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^
Dah lama betul pic ni terperap dalam folder..dari tahun lepas lagi hehee..Bingka/kuih bakar kegemaran ibu tapi anak2 dgn incik suami tak layan kuih macam nii..biasa buat untuk diri sendiri je..Kadang2 bagi jugak jiran untuk merasa ^__^
Sedap je kuih ni kat tekak yana..kadang2 pelik jugak kenapa lah budak2 ni tak nak makan kuih sesedap nii..kalau buat asyik ibu yang kena habiskan ~~ Layan pic je la ekk..kuihnya sudah habis..nak rasa sila buat sendiri..senang ajee hehee
BINGKA ROTI JAGUNG
Resepi : AlongRoz@HomeKreation
saiz tin : 8"/9" persegi
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan gula ~ yana guna 3/4 cawan gula kastor
1 cawan santan
1 cawan susu segar
1 1/4 cawan air
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil gara,
14 keping (520g) roti ~ potong kecil2
2 batang jagung ~ ambil bijinya sahaja
beberapa titik pewarna kuning
Biji bijan utk tabur
CARA PENYEDIAAN:-
- Blend kesemua bahan2, kecuali roti & jagung sehingga sebati. Masukkan jagung & blend sebentar sahaja. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi roti & rendam selama 5 minit sehingga kembang.
- Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam tin. Ramas adunan roti & tuangkan ke dalam tin yang berisi minyak panas.
- Taburkan biji bijan & bakar 180c selama 1 jam
Selamat Mencuba :-)
2 comments:
assalam
sedapnya wat sarapan pagi
akak memang peminat kuih bingka he hee
kenyang makan 2-3 ketul bingka roti ni kan yana... sedap pun iye.
Post a Comment