Saturday, August 30, 2014

BREADCRUMB SOSEJ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sarapan petang simple untuk anak2 tersayang..ibu dan ayah menumpang makan jua..abih 4 5 ketui hihii..Tq Kak Izah dan Kak Ida 1000 Resepi share idea nak salut menyalut sosej nii..Walaupun males nak main dengan tepung celup telur celup tepung tapi demi anak2 kena rajinkan diri jugak main celup2 nih heheee~~~



BREADCRUMB SOSEJ

BAHAN-BAHAN:-

3 batang sosej jumbo ( size besar ) ~ klu sosej kecik guna 6 batang
( rebus sebentar kemudian siat kulitnya dan potong dadu )
~Sosej yana & Izah guna xdpt siat kulitnya

1 cawan tepung gandum
3 sb tepung jagung
3 sb tepung ubi
sedikit serbuk pati ayam
sedikit garam
2 biji telur
Breadcrumb kuning secukupnya
mix herbs ~ yana tambah
parmesan cheese ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campurkan semua bahan tepung bersama mix herbs, parmesan cheese, serbuk pati ayam dan garam. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan kacau rata
  2. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk yang lain dan kacau
  3. Ambil sosej celupkan ke dalam telur dan lumurkan ke dalam tepung. Ulang 2 kali
  4. Kali ke 3 selepas lumur sekali lagi dalam telur, lumur ke dalam breadcrumb
  5. Buat semua dan gorengkan. Sedia untuk dimakan
Selamat Mencuba :-)

NASI LEMAK PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Apa khabar semua pengunjung DCK? diharapkan semuanya sihat dan ceria ajew ^__^.. Pagi ni jom kita bekpes dengan Nasi Lemak Pandan versi Yana..Ekceli, nasi lemak ni menu 2 3 ari lepas..bukan bekpes hari ni yer..pagi ni kami makan roti bakar je..untuk lunch tak tau nak masak apa lagi tapi me punya puteri damia dah request nak makan nasi ayam..huhuuu..jadi nasi ayam la kot lunch nanti~~

Jom kita semak resepi ni dulu..versi simple2 je Nasi Lemak Pandan versi yana..Alhamdulillah anak2 dengan incik suami berselera makan..



NASI LEMAK PANDAN

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan beras Basmathi ( cuci dan rendam 20 minit & toskan )
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
5 helai daun pandan ( kerat kecil2 * )
1/2 cawan air* ( * dikisar halus )
2 batang serai dititik
1 helai daun pandan ( disimpul )
1 inci halia ( diketuk )
1 ulas bawang putih ( diketuk )
2 biji bawang merah ( hiris halus )
1 batang kayu manis *
1 kuntum bunga lawang*( *rempah tumis )
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau ~ optional

BAHAN SAMPINGAN :-
Sambal tumis ikan bilis
Ayam goreng berempah
Hirisan timun
Telur rebus

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia dan serai yang dititik tadi hingga wangi. Tuang santan dan masukkan daun pandan yang disimpul 
  2. Masukkan kisaran air pandan tadi. Jangan lupa tapis ye ^_^..Kemudian masukkan garam dan sedikit pewarna hijau. Biarkan mendidih sekejap. Matikan api dan tuang kedalam rice cooker
  3. Masukkan beras, kacau sedikit. Tekan ON dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah masak balik2kan nasi menggunakan garfu atau chopstik. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2 tak cantik
  4. Siap..boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)

Friday, August 29, 2014

SHEPHERDS (COTTAGE) PIE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Salam hari Jumaat penghulu hari~~ okess macam biasa entry pantas jee nii..Shepherd pie yang dibuat minggu lepas lagi..baru hari ni berkesempatan nak jadikan entry..Kalau nak tahu kenapa tajuk resepi macam pelik je sila klik kat SINI dan SINI yer..males puler yana nak buat keterangan heheee..

Okess..jom semak resepinya..nampak je panjang tapi senang je nak buatnya ~~~





SHEPHERDS PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking

BAHAN KENTANG:-

1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam 
1/2 cawan susu segar 
2 s/b mentega 
garam, serbuk lada sulah 

CARA PENYEDIAAN:-

Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)

BAHAN INTI:-

500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms) ~ k.nor & yana guna kimball (mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu 
2 ulas bawang putih cincang halus 
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor & yana tak letak
1 tin kecil cendawan butang dihiris ~ k.nor & yana tak letak
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu 
1 biji lada merah dipotong dadu 
1-2 sudu besar cili serbuk ~ k.nor guna 1sb jer
1 sudu besar serbuk lada sulah 
1 kiub stok ayam 
1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum 
garam + perasa secukupnya
Saderi ~ yana tambah
sosej ~ yana tambah

Mozarella cheese untuk taburan ~ yana guna mozarella + cheddar

CARA PENYEDIAAN;-

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.

Bahan SOS PUTIH (White Sauce) :-

1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs ~ yana letak mixed herbs

CARA PENYEDIAAN:-

Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.

Cara Assembling Shepherd Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.



Selamat Mencuba :-)

Wednesday, August 27, 2014

ROTI JALA & KUAH DURIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah agak lama yana teringin nak makan roti jala dengan kuah durian..asyik makan dengan kuah kari je.. boring jugak kan..lagipun isi durian frozen banyak lagi tersimpan..Lepas ni plan nak buah kuih serimuka kalau ada kerajinan..

Okess, hari ni kita layan roti jala bersama kuah durian dulu ekkss..Ekceli bahan-bahan untuk kuah durian tu yana agak2 je..tak sempat nak sukat menyukat kalau time masak..Kalau ada yang nak menerai tu boleh lah adjust sendiri mana yang patut yer..peace ^__^



ROTI JALA

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
1 1/2cawan air
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak masak ~ yana letak minyak zaitun
sedikit baking powder
sedikit garam
Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blender semua bahan kecuali pewarna hingga sebati semua. Keluarkan dan rehatkan kejap adunan.
  2. Sediakan kuali non stick dan masukkan adunan tadi dalam botol.
  3. Tebar je dlm kuali tadi dan biarkan 1 minit atau hingga roti jala masak.
  4. Angkat dan gulung ikut citarasa masing2. 

KUAH DURIAN

5 - 6 ulas isi durian ~ ambil isi je dan lenyek sikit
2 cawan santan sederhana pekat
air
Gula pasir ~ ikut tahap kemanisan masing2
Gula merah
Secubit garam
Sehelai daun pandan ~ di simpulkan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak semua bahan di atas menggunakan api sederhana. Kacau perlahan-lahan.
  2. Biarkan hingga mendidihkan. Jika kuah nampak pekat bolehlah tambah air sedikit demi sedikit. Kuah durian jangan terlalu cair. okey siap..enak di makan bersama pulut, roti putih or roti jala.. ^__^



Selamat Mencuba :-)

Tuesday, August 26, 2014

APAM SALJU, APAM NASI, APAM BERAS ~ sama je ^_^

Assalamualaikun dan selamat sejahtera ^__^

Menu petang untuk anak2 tersayang ^__^.. Alhamdulillah..ada sedikit kerajinan hari ni..sempat lah buat kuih simple2 untuk anak2..Dari semalam lagi Kakak Damia request nak makan kuih kaler2..Dah lama ibu tak buat katanya hihii..sory sayang..ibu sibuk sikit sekarang..tak sempat nak buat sesuatu untuk minum petang kakak dan adik..stok kuih frozen pun dah kehabisan..tunggu wiken baru ibu boleh mula projek ^_^

Okess..kita layan yang ni dulu salah satu kuih kegemaran anak2 yana..Kuih Apam Beras, Apam Nasi, Apam Salju~~kuih yang sama jee ^__^ ..kalau buat kuih ni memang laku sangat.. sure cepat habis..yana guna resepi yang sama je..sedapp dan mudah~~




APAM BERAS
Resepi: Cha MyResepi

BAHAN-BAHAN:-

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe )
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

CARA NAK BUAT:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).  Setelah
hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan
    cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.  Sapukan sedikit minyak pada acuan
   kecil.  Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu
    saja.

Selamat Mencuba :-)

Saturday, August 23, 2014

AYAM LEMAK BRIYANI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry sepantas kilat ~~ Ayam Lemak Briyani menu lunch 2 hari lepas..tengok je ibundo tayang hari tu terus berkenan nak cuba..tengok bahan2 pun semua ada..Alhamdulillah..sedap tau..untuk resepi ni yana kurangkan tahap kepedasannya..maklum je laa ada 2 princess nak makan sekali..krg letak cili api banyak2 tak termakan pulak budak2 tu heheee..

Okess kita layan je la ekk..kejap lagi nak masuk dapur..hari ni tetamu dari ipoh mau datang umah.. jumpa lagii ^__^



AYAM LEMAK BRIYANI
Resepi : Ibundo

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam
1 kotak santan kara (atau santan sebiji kelapa) 
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris 
1 cm halia diketuk
1 cm lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
3 sudu besar pes cili kering (gaul dengan sedikit air dan jadikan pes) 
8 biji cili api ditumbuk halus 
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping 

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan pes cili kering dan cili api. Biarkan betul-betul masak.
  4. Masukkan halia, lengkuas dan serai. Gaul sebentar. 
  5. Letak pes rempah briyani dan kunyit.  Gaul rata.
  6. Masukkan ayam dan biar air ayam kering.
  7. Masukkan santan, garam dan asam. Biarkan mendidih kejap..boleh tutup api..siap utk dihidang..yana makan cicah roti..sedapppp ^_^

selamat Mencuba :-)

Friday, August 22, 2014

KARIPAP RANGUP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria2 selalu..Okess, pagi ni kita layan karipap2 cinta dulu ekkss..ekceli dah lama yana buat..rasanya sebelum puasa lagi..baru perasan belum jadi entry hehee..

1st time yana menerai buat karipap menggunakan 3 jenis tepung..ramai kengkawan blogger duk citer kerangupan karipap ni kat FB jadi kita pun harus cuba jugak sambil2 tu nak merasmikan acuan yang baru dibeli dari member kat FB..suka sangat anak2 makan karipap lebiu nii..Yana buat banyak2 untuk frozen sekali..jom semak resepinya~~~



KARIPAP RANGUP
Sumber cuci mata : AlongRoz & MyStyleMyWay 

BAHAN-BAHAN:-

500gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 sb gula
1 st garam
2 1/2 sb majerin*
1/4 cawan minyak* (*dipanaskan)
Air

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Campurkan kesemua bahan2 kering. Tuangkan minyak panas dan gaul rata. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut
  2. Bahagi doh kepada bebola kecil. Leperkan dan isi inti kesukaan ~ yana letak inti sardin~ Buat sehingga habis
  3. Goreng dengan minyak dalam sehingga garing..siap ;)


sebelum di goreng ^__^


Selamat Mencuba :-)

Thursday, August 21, 2014

MEE REBUS Cik Ani ( Bonda Chef Wan )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Mee Rebus ni yana buat untuk tetamu datang beraya wiken lepas..sedap tau Mee Rebus Cik Ani..Siapa Cik Ani? Hurmm..Cik Ani ni bonda kepada Chef Wan..Dah ramai kengkawan cuba resepi mee rebus ni..yana je baru cuba..Alhamdulillah..tidak menghampakan..semua tetamu cakap sedap..gumbira hati puan rumah tengok tetamu makan dengan berseleranya ^__^

Okess, kita semak je resepinya ~~



MEE REBUS CIK ANI 
Resepi : Bonda Chef Wan
Sumber Cuci Mata : Kak MaDiHaA & Kak Yatie

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA PENYEDIAANNYA:-


UNTUK KUAH MEE REBUS :- 

  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :- 
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, August 20, 2014

KEK PANDAN KEJU MELELEH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah agak lama tak buat kek cheese meleleh nii..Tiba2 pulak teringin nak makan..terus je on projek ^__^.. Ekceli kek cheese ni hanya yana je makan..anak2 dgn incik somi tak makan kek yang ada cream cheese..Kadang2 kalau teringin sangat nak makan kek bercheese yana beli je sepotong..tak berbaloi langsung nak buat kalau kita sorang je makan kan..1 bekas tupperware ni pun 3 4 ari baru dapat abiskan~~moh kita cuci mata je laa ekkksss ^__^






KEK PANDAN KEJU MELELEH
Resepi : Narimah Abd Rahman & Shakila Ab Rashid ( x dpt nk link )
Sumber cuci mata : Rahel

BAHAN-BAHAN KEK :
100 gm tepung hong kong ( kalau takde boleh guna tepung gandum )*
60 gm tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder* 1 sudu besar ovalette
100 gm gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk ( air dari peti sejuk )
75 gm mentega cair
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pandan paste

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
  2. Mix semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. sebatikan
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 45 minit

BAHAN UNTUK CREAM:

250 gm cream cheese
120gm susu pekat manis
50ml UHT whipping cream

* mix semua bahan di atas hingga sebati.adunan ini memang cair

UNTUK HIASAN :
1 buku ( 250gm ) cheddar cheese ~ diparut

CARA PENYEDIAAN:-

Kek yang masak tadi disejukkan dulu. Bahagi 2 keping, tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek..siap..masuk dlm peti ais..mkn sejuk2 lagi sedappp ^__^

Selamat Mencuba :-)

Monday, August 18, 2014

KUIH KASWI NYONYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Alhamdulillah..bersua lagi kita di hari baru minggu baru ~~agak sibuk minggu lepas dengan kerja duniawi yang tak pernah habis..maaf sangat2 sebab tak sempat nak mengunjung balas..selain sibuk masalah internet jugak membuatkan diri ini males nak berblog..tersangatlah lembab internet ni haaa..nak log in blog mmg tak boleh..sakit hati betul..rasanya sempat update satu entry je minggu lepas ~~

Hari ni kita jamu mata dulu dengan kuih feveret yana dan anak2..Kuih Kaswi Nyonya..Ekceli semua jenis kuih yang taruk kelapa macam ni memang feveret yana..susah nak berhenti makan kalau dapat hehee.. Kuih Kaswi Nyonya ni baru 1st time yana menerainya..sedap sangat..anak2 pun suka cuma bdk2 makan tanpa kelapa..kalau termakan kelapa tu asyik terbatuk jeee ^__^

Yana kopipes je dari umah Kak Yatie..males pula nak menaip :-P..




KUIH KASWI NYONYA
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inci. ) Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam
  •  3 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 1 1/2 cawan tepung beras (cap gajah)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  •  1/2 cawan tepung jagung
  • 800ml santan (400ml santan kara + 400ml air)
  • 2 sudu besar air kapur
Cara-cara
  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.
Selamat Mencuba :-)

Sunday, August 17, 2014

MEE GORENG TAUHU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pagi ni jom kita bekpes dengan mee goreng tauhu..sedapnya dapat makan panas2 bersama kopi panas..Dah banyak kali yana buat mee goreng tauhu resepi kak Yatie..memang sedap sangat bila letak tauhu hancur..

Tak leh nak bebel banyak2..kita layan je la ekk..banyak tugasan sedang menanti..ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah nanti..open house belum habis lagi..huhuuu  ^__^ ~~ 




MEE GORENG TAUHU

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn daging yg telah di rebus
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 3 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • carrot ~ yana tambah
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
CARA PENYEDIAAN:-
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati. Masukkan daging.
  4. Masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  6. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi.
Selamat Mencuba ;-)

Thursday, August 14, 2014

GARLIC ROLL ( Basic Dough ) & CREAMY CHICKEN SOUP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ini..segala puji hanya pada Mu Ya Allah..terima kasih Allah dengan nikmat yang Engkau berikan~~

Hari ni moh kita layan Garlic Rolls yana buat wiken hari tu..Dah lama cuti meroti rindu pulak rasanya nak makan roti fresh dari oven sendiri..Kali ni  yana guna resepi dari fail Kelab Roti FB..banyak ilmu meroti boleh kita dapat kat kelab tu..Hari2 tengok kengkawan tayang hasil kejadian roti dorang membuatkan kita makin giler nak meroti ^__^.. Tak caya?!! hurmm..join kelab tu and boleh lihat macam2 roti ada..sifu2 hebat yang ngajo tau heheee

Tq pada empunya resepi Liza Othman dan cikgunya..resepi ni memang best hokeyy..roti lembut dan gebuss ajew ^__^ ~~~Mintak izin yana share kat sini pulak yer..senang untuk rujukan nanti 




BASIC DOUGH

BAHAN-BAHAN:-

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver 
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

CARA PENYEDIAAN:-

Campur bahan kering dan masuk bahan cecair
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30 minit buang angin..
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c
suhu bakar ikut jenis oven anda

CARA PENYEDIAAN GARLIC ROLLS :-

  1. Selepas perap doh selama 30 minit dan keluarkan angin, bahagi doh kepada 2 bahagian. Kalau rajin boleh je timbang setiap bahagian supaya sama berat ~ yana tak timbang..agak2 jee..maless nak menimbang hehee ^__^
  2. Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inci tebal berbentuk empat segi memanjang
  3. Kemudian sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung
  4. Buat yang sama pada doh yang kedua tadi
  5. Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan. Kita akan dapat 8 potongan doh
  6. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dengan butter hingga habis
  7. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi
  8. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki garlic Spread di doh tadi
  9. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180c selama 20 - 25 minit


GARLIC SPREAD
Sumber ; Kak Yatie @ Kak MaDiHaA

50gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus 
Sedikit lada hitam kisar 
1/2 sudu besar oregano kering ~ Yana add

CARA PENYEDIAAN:-
Gaul semua bahan. Siap digunakan



*Resepi Creamy Chicken Soup yang nii mmg the best sangat..Dah banyak kali yana buat..Sejak dah tau buat sendiri creamy soup nii mmg tak pernah beli dah..buat sendiri lagi puas hati..jangan lupa cuba taw..meme sedak ;-)..Yana letak sini sekali lagi ~~

CREAMY CHICKEN SOUP
Resepi : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

50 gm butter/marjerin
1 biji bawang besar ~ dadu
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
1/2 cawan tepung gandum
1 keping dada ayam ~ hiris nipis
2 kiub ayam 
1 liter air
1/2 tin susu sejat 
1 sk dried oregano
Garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cairkan butter/majerin dan tumis bawang besar sampai layu
  2. Masukkan bawang putih dan tumis lagi
  3. Masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. Masukkan sedikit air dan kiub ayam. Masak sampai kiub ayam larut
  4. Kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai rata
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. Gunakan whisker jika perlu
  6. Masukkan susu dan masak dengan api sederhana sampai sup mendidih
  7. Perasakan dengan garam dan masukkan oregano
  8. Siap! sangat sedap dimakan bersama garlic bread
Selamat Mencuba :-)