Thursday, June 30, 2011

IKAN PERCIK PUTIH

Assalamualaikum dan slamat petang..jap g dh nak msk magrib..mst ramai yg nak berbuka kan..ekceli, Yana baru je sudah masak..Alhamdulillah my baby dh makin sihat..badan dia pun dh mula berpeluh and tengah ari tadi dia start aktiviti yg dh lama dia xbuat..panjat sana panjat sini..Epy je ibu tgk dia dh gelak sambil duk ckp dgn 2 ekor kawannya tuu..rabbit and patrick..dah 4 ari dia bt xtau je kat kwn2 dia tuu..

Tengah ari tadi duk fikir nak masak apa ek..asyik goreng nasi je utk en.hubby..mst boring..My baby tido je tadi trus yana masak dapur and duk ketang ketung tibe2 jadi ikan percik hahahaa..dah lama x mkn percik..blk klate ari tu pun xsmpt nak mintak my mama msk..ari ni kita msk sndiri je lah..yana suka percik putih..xde pewarna tambahan hehee..jom kita layann..jap je masak nii..bakar je lam oven..layannn:-)


BAHAN-BAHAN:-


2 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah ( tumbuk kisar )
2 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
1 inci halia ( tumbuk/kisar )
1 batang serai ( tumbuk/kisar )
1 keping asam keping
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
1 batang serai ( diketuk)
Garam
Gula
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-

  1. Lumur ikan dengan sedikit bahan tumbuk/kisar dan perap kejap. yana perap 1/2 jam je. Kemudian bakar.
  2. Dalam kuali @ periuk masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan bahan2 perasa dan kacau sentiasa hingga mendidih.
  3. Perasakan dengan bahan perasa dan masukkan tepung jagung yg dicampur dgn sedikit air. Kacau 5 minit hingga pekat. Tutup api dan siram sedikit kuah percik ke atas ikan yg sedang dibakar tadi. Ulang 2 @ 3 kali hingga ikan masak. Slamat Mencuba ;-)








MACARONI SUP~ bekpes & pujuk my baby mkn

Assalamualaikum dan slamat pagi..semua d bekpes ke..yana baru je lepas bekpes sambil pujuk my baby damia mkn..hmm..riso plak tgk dia xnk mkn..ari ni try masak macaroni sup plak..biasa dia suka mkn macaroni sup..tadi dia mkn jgk tapi tak mcm biasa laa..mkn org xsihat kan..dah 4 ari dia xslera..nasib baik susu dia nak minum..Demam dia pun xok sgt g..kejap stabil kejap bdn dia panas blk..hmm..hrp2 xberlanjutan laa..riso ibu..nk mkn nk tido pun xsenang..

Jom je laa kita semak menu bekpes kami pagi nii..tengah ari krg tgk mood cane..kot2 demam my baby dtg lg..maknanya x masuk dapur laa..ayah dia kna beli nasi kedai laa..jom kita layann..:-)



MACARONI SUP AYAM

5 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 biji buah tomato
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih ) serba 1 je
3 biji cili api
1 biji ubi kentang
kiub ayam maggi
garam
serbuk perisa
limau nipis
air secukupnya
daun bawang & daun ketumbar
bawang goreng
minyak untuk menumis
Macaroni ( jangan lupa rebus dan tos kan )

CARA NAK BUAT :-

  1. Panaskan minyak sikit dan tumiskan bawang putih, bawang merah, buah tomato dan 4 sekawan sampai wangi. Lepas tu masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul kejap biar rata dengan tumisan tadi. kemudian masukkan air secukupnya. Tutup periuk jap biar ayam dan ubi kentang masak.
  2. Lepas tu kacau dan masukkan garam,serbuk perisa dan kiub ayam maggi. kalau rasa dah ok maknanya dah ok la tu hehee..Last sekali masukkan macaroni dan kacau jap. bleh la kita hias kita daun bawang, daun ketumbar dan juga bawang goreng. perah sikit limau nipis..pasti terangkat..slamat mencuba :-)

Wednesday, June 29, 2011

NASI GORENG BERSOSEJ~ campak2 jee =)

Assalamualaikum dan slamat malam semua..ari nii rasa malas nk masak..still penat jaga baby yg xsihat nii..baru sorang..cane laa klu tambah lg kan..hehee..Hubby blk tadi juz gtau dia nak goreng nasi jee..dia ok jee..janji mkn nasi..suka ati kita..lepas magrib trus je masuk dapur..campak2 je yg mana ada lam esbox tu dan jadi laa dinner utk mlm nii..

Jom kita intai je resepi yg simple jee..masak sambil mata rasa nk tutup je tadi..ngantuk..dah 3 mlm xlena tido..jom layannn.. :-)



NASI GORENG BERSOSEJ

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan nasi ( relaikan )
1 sudu besar planta
1 ulas bawang merah ( tumbuk halus )
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
2 btg sosej ( potong sesuka ati )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
carrot
Garam
Gula
Serbuk perasa




CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan planta dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Kacau kejap dan masukkan sosej bersama carrot. Kacau lagi. Perasakan dgn garam, gula dan juga serbuk perasa.
  3. Kemudian masukkan nasi. Gaul rata 5 minit dan bleh tutup api. Siap untuk di hidangkan bersama ayam goreng tepung ala kfc..Slamat Mencuba :-)

DOUBLE CHOCOLATE SHAKE~ segarnyaa :=)

Assalamualaikum semua dan slamat petang..n3 ringkas jee nii..nak tayang air yg sedang menunggu my hubby blk utk meneguknyaa..Tq Kak Sue utk minuman yg best nii..mintak izin share kat sini plak ye kak.. :-)


DOUBLE CHOCOLATE SHAKE
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Kisar 1 cawan(250ml) susu coklat sejuk bersama 4 scoop ice cream perisa coklat di dalam pengisar sehingga halus.
Tuangkan di dalam gelas dan hiaskan dengan coklat yang diparut.
Sedia untuk dinikmati..selamat mencuba!

AYAM GORENG TEPUNG ALA KFC

Assalamualaikum dan slamat petang..lmbt betul bleh bersiaran ari ni..xsmpat nk pgg lappy..my baby still demam tapi dh semakin ok..cuma mkn je xselera sgt g..xtau nk msk apa dh utk baby sorang nii..

Jom je lah kita intai resepi ayam goreng ala KFC nii..yana terskodeng kat umah ct minggu lepas g and semalam terjenguk plak kat umah Kak Madiha..tengah ari tadi try test bt mkn sorang2 jee hehee..mmg best laa..tq pada tuan empunya resepi Ijan Blogresepi..mintak izin share kat sini plak ek.. tq juga pd Ct and Kak Madiha coz berjaya goda diri ini utk bt ayam goreng nii..lepas ni say bye je laa kat kfc hikhikk..Jom layann :-)



AYAM GORENG TEPUNG ALA KFC

Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
secubit baking powder
secubit serbuk perasa
sedikit garam


Bahan untuk tepung

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras ( guna tepung jagung 2 cawan pun xpe)
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
sedikit garam
secubit baking powder
secubit serbuk perasa



Bahan Tambahan

1 biji telur 
Minyak secukupnya 


Cara2

1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Slamat Mencuba :-)

Tuesday, June 28, 2011

TALAM DURIAN~ 1st time menalam ^___^

Assalamualaikum dan slamat petang..ari ni xsmpt nk jenguk umah akak2 dan adik2..mst semua dh tayang resepi yg best2 kan..My baby still xsihat..bdn panas..mkn pun xslera g..cian my baby..Pagi tadi ms my baby tido yana smpt msk dapur and buat kuih talam..dah 2 ari duk mimpi nak bt talam durian..ari tu terskodeng kat umah Kak Nieza yg jauh nun di Finland..nmpk cam best jee..Kebetulan plak mak mertua yana kirim durian kat adik ipar 5 biji yg besar2 g haa..dlm kepala duk fikir nak bt kek ke kuih talam..hmm..akhirnya nk menalam juga..

Tak sangka jadi lee..sukanyaa..lepas ni bleh menalam lagi..utk Kak Nieza tq coz best sgt talam durian nii.. berbaloi akak derhaka dgn Akak Chef Hanieliza..sorry hikhikk..resepi asalnya adalah Talam pisang dari Chef Hanieliza and Kak Nieza jadikan plak Talam Durian..Jom kita semak je resepi yg juz c&p dari umah Kak Nieza..mintak izin share kat sini plak ye kak..


TALAM DURIAN





Source : Kak Hanieliza @ Kak Liza (Talam Pisang)

BAHAN LAPISAN BAWAH

1 cawan durian ( dilecek)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
  2. Gaul semua bahan dan tuangkan dalam loyang
  3. Masukkan dalam kukusan dan kukus selama 30 minit.
  4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.


BAHAN LAPISAN ATAS

1 cawan tepung beras 
3 cawan santan pekat
2 s/b tepung jagung (nieza tambah)( yana tmbh jgk)
1 s/k garam


CARA NAK BUAT:-
  1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
  3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan bawah.
  4. kukus lagi 20 minit.
  5. Sejukkan betul2 dan potong utk dihidangkan..Slamat Mencuba ;-)


Monday, June 27, 2011

APAM SNOW WHITE~ bz & penat

Assalamualaikum dan slamat petang..ari skali lg terlambat nak bern3..betul2 penat..My baby Damia demam semalam..aduhhh..dah lama damia xdemam teruk cani..last demam cani masa bln 2 ari tu..3 ari ibu xleh tido..damia asyik jaga jee..and semalam ibu xleh jugak tido..riso ibu klu kepala damia panas..ibu asyik basahkan kepala Damia jee..ayah syok jee tido hehee..

Pagi tadi bawak damia p klinik..lepas tu p bank..p byr utang..bayar bil la tuu hikhikk..dah  pkl 2 br smpai umah..kepala ibu dh pening..xckp tido..Semalam damia xselera nak mkn..bg bubur nasi xnk..nasi goreng feveret damia pun xnk..hmm..last skali ibu buat kuih apam..ibu tau damia suka kuih nii..wahh..selera damia mkn..skali mkn 2 biji..best kot mkn yg panas2 g..pagi tadi ibu bt g..damia mkn g..suka ibu tgk damia mkn..mlm ni damia nak mkn apa plak..xkan nak mkn apam lg kot..hehee..

Jom kita semak resepi apam yg sedap ni..yana c&p je dari umah K.Yatie..Resepi asal dari qnq0910 MyResepi..Tq pd kedua2 akak ek..kita layan je lah..My baby dah jaga..xleh nak bebel byk..sory semua coz xleh nk BW ari ni..tgu my baby sihat dulu br nk intai umah teman2 semua..layannn..

APAM SNOW WHITE

sedap dan senang..dh byk kali buat..:)

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air


Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
  2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
  4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.
  7. Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

campur semua kaler hehee..

Slamat Mencuba :-)

Sunday, June 26, 2011

NASI GORENG BERIANI~bekpes kami :=)

Assalamualaikum dan slamat pagi semua..pagi ni lmbt plak dpt bern3..en.hubby dari pagi duk pgg lappy..bz memanjang dgn cik lappy..ada je yg dia nk godek dgn lappy kita nii..heheee..Tak nak citer panjang kita terus je terjah ke dapur..Nasi semalam ada lebihan lagi so, kita jadikan nasi goreng plak..maknanya pagi ni kami heavy bekpes and tengah ari tak yah masak..hooree angkat tangan cani..hikhikk..melampaunya..bini sape nii..;-)

Jom kita layann je Nasi Goreng Beriani..goreng ala2 nak masak nasi beriani gituu..best je bau rempah beriani..layannn :-)


NASI GORENG BERIANI


BAHAN-BAHAN:-

2 cawan nasi ( relaikan )
1 sudu besar planta
1 ulas bawang merah ( tumbuk halus )
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1/2 labu bawang besar
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 biji tomato ( potong dadu )
1 sudu besar rempah beriani + 4 sudu air
1/2 cawan susu cair
1 helai daun pandan
Garam
Gula
Serbuk perasa



CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan planta dan tumis semua jenis bawang bersama kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan juga buah tomato.
  2. Kemudian masukkan rempah beriani dan juga susu cair. Kacau kejap dan perasakan dgn garam, gula dan juga serbuk perasa.
  3. Tunggu hingga kering sedikit baru masukkan nasi. Gaul rata. Last masukkan sedikit pewarna kuning. Bagi ceria nasi goreng kita..Gaul rata and bleh tutup api. Siap untuk di hidangkan bersama ayam goreng berempah..Slamat Mencuba :-)

Saturday, June 25, 2011

ROTI PURI KENTANG & JIMI ASMARA~syoknyaa ^__^

Assalamualaikum dan slamat petang..ari ni tak sempat nak tayang bekpes and lunch..baru blk beronda-ronda di ari minggu hehee..blk je td trus msk dapur coz dh beberapa ari duk tringin nak mkn roti puri kentang..tergoda tgk kat umah Kak Izah pastu terjenguk plak kat umah Ct..Gulai darat semalam x abih g..kira ok la tuu bleh mkn dgn roti puri kentang..

Mmg best roti ni mkn panas2..xckp..Mula2 susah gak rasanya nk goreng roti nii..xnk kembung.. msk yg ke3 br elok nak kembung..InsyaAllah lepas ni bleh bt biar semua kembung..kembung ke x yg penting sedap dan dah abih pun hehee..Tq pada Kak Fida MyResepi..semua resepi akak mmg best..Mintak izin share kat sini plak ye kak..

ROTI PURI KENTANG


sumber: kak Fida@Myr
C&P : Kak Izah Muffin Lover


BAHAN-BAHAN :- ( 8 keping )

125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
120 g tepung gandum (1 cawan rata)
1 sk garam
50 ml air hangat (10 sb)
secukup minyak masak untuk goreng terendam

CARA NAK BUAT:-
  1. Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
  2. Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
  3. Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
  4. Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
  5. Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
  6. Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
  7. Siap untuk disajikan

SLAMAT MENCUBA :-)


Makan roti bergoreng ni mst nak minum air yg sejuk kan..Yana teringat plak jus yg terskodeng skali g kat umah K.Ummi Kuantan..Nak tgk kat umah CMG kita pun ada..jus Jimi Asmara..mmg best leee..syoknyaa..sejuk tekak yg panas kuar jln2 td hehee..Tq pada resepi Jimi Asmara yg asal Kak Ann MyResepi..mintak izin c&p je K.ummi yee..jom kita layannn :-)




JUS JIMI ASMARA

Bahan: ( 1 jug/ 4 - 6 orang)
  • 4 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick (jangan terlebih, nnt x jadi lak)
  • 1 sudu kecil esen pisang (banana essence)
  • beberapa titis pewarna hijau
  • Air masak putih secukupnya
  • Ais ketul
Cara Menyediakan:-
  1. Masukkan gula dalam jug. Larutkan dengan sedikit air panas.
  2. Masukkan oren sunquick, esen pisang, pewarna hijau dan air.
  3. Kacau sebati. Masukkan ais.
  4. Siap untuk diteguk...slurrrppp!!!....Errrkk!! Bestnyaaa...

    SLAMAT MENCUBA :-)

Friday, June 24, 2011

GULAI DARAT AYAM

Assalamualaikum..kita bertemu skali lagi..semua dah mkn mlm ke..yana baru je menjamu selera..kenyang betul..Ekceli ari ni yana tak mkn tengah ari pun..bz kemas umah..petang tadi br msk..jom kita intai resepi my mama..gulai darat ayam..gulai ni biasanya org klate mkn dgn nasi berlauk waktu pagi..blk kg ari tu tiap pagi yana and hubby mkn nasi berlauk..takpun nasi kerabu..rsnya 3 kali sehari kami mkn nasi..biasalah klu blk klate..semua rs nk mkn..

Resepi ni stail family yana msk..lain org lain caranyaa..yg ni simple jee tp sedap..perasan la plak hikhikk..selain ayam bleh gak nak tukar selera dgn daging..jadi plak gulai kawah mcm mkn kat kenduri org klate..yana and hubby xmkn daging sgt..rasanya sejak duk bersama ni baru sekali yana msk daging..dia mkn skit..yana xmkn langsung hehee..

Byk plak membebel..maklumlah dh byk ari bercuti..Jom je lah kita intai resepi nii..layannn :-)


GULAI DARAT AYAM

BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam
1 ulas bawang putih (mayang)
1 ulas bawang merah (mayang)
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan pekat
2 sudu besar rempah gulai darat
5 ulas bawang merah ( kisar)
4 ulas bawang putih ( kisar)
1 inci halia ( kisar)
1/2 inci lengkuas
1 keping asam keping
1/2 sudu besar gula melaka
1 biji ubi kentang (potong 6)
2 biji  cili merah
2 sudu minyak masak
garam
serbuk perasa


mkn dgn roti pun best jugak..:-)

CARA NAK BUAT:-


  1. Gaul rata ayam bersama rempah gulai darat dan bahan yg dikisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yg dimayang hingga sedikit garing. Kemudian masukkan ayam yg telah digaul tadi.
  3. Gaul ayam hingga rata dan masukan ubi kentang. Kacau lagi.
  4. Masukkan semua santan dan asam keping. Kacau. Kemudian masukkan gula merah dan cili merah serta perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
  5. Biarkan ia mereneh seketika dan bleh tutup api. Siap untuk dihidangkan. Slamat mencuba :-)