Friday, September 30, 2011

MYSORE CHICKEN

Assalamualaikum..bersua lagi kita petang nii..n3 ringkas je nak share menu lunch tadi..MySore Chicken..sedap ayam ni coz ada rasa pelbagai jenis rempah..Nak buat pun kejap jee..Resepi ni yana terskodeng kat umah Tun..dah ramai yg mencubanya..mmg sedap..Jom kita layan jee resepi Mysore Chicken..layan :=)

MYSORE CHICKEN




BAHAN-BAHAN:-

11/2kg ayam-dibuang kulit dan potong kecil
2 bawang besar dipotong 2 dan hiris nipis
2 batang cili hijau-dipotong panjang
1 batang cili merah-dipotong panjang
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil halia kisar
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
8 sudu besar minyak
daun ketumbar

CARA NAK BUAT:-

Campurkan ayam dengan bahan2 (melainkan minyak dan 1 cawan air) di dalam mangkuk besar. Panaskan minyak dan masukkan ayam dan goreng hingga naik bau. Masukkan 1 cawan air lagi tadi, tutup dan biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan hingga ayam kering dan betukar warna brown, kacau sekejap2 supaya tak hangus. Hiaskan dengan daun ketumbar

Sources:-From Zarina Easy Cooking

Selamat Mencuba :=)

THE VERSATILE BLOGGER DARI LIFE IS BEAUTIFUL~ tq ^__^

Assalamualaikum dan bersua lagi..buka je blog tadi terus dapat award yg amat bermakna..Tak leh nak ckp byk ni coz byk homework kena buat..sebelum Damia buka mata..ibu kena siapkan dulu..kalau tak xde masa nak buat..krg cikgu potong markah pula klu antar lambat hikhik..TQVVMV pada Nani Life Is Beautiful coz sudi bagi award ni..

Seperti Nani juga, K.yana c&p je homework ni yee..betul2 nak cepat niii!!! :=) 


1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

No 1..dah settle:=)
No 2..buat simple je laa ek huhuu...

  1. YANA PEMINAT KARTUN..mcm budak2 kan tapi serius mmg yana suka yg amat kartun DRAGON BALL dan DETECTIVE CONAN..tak tahu kenapa yana menggilai watak Goku dan juga Conan..harap2 mak mertua tak tahu..kalau tak mmg malu..huhuu
  2. YANA SUKA CUCI TOILET..dahulu, kini dan selamanya..caya x..hihiii..Kalau masuk toilet mst lebih 15 minit sbb yana akan cuci keseluruhan toilet tiap kali masuk..Sejak dari kecik mmg mcm ni perangai yana..suka main dgn berus..so, semua yana gosok dan sental..maka bersih lah toilet kita..wangi selalu :=)
  3. YANA SUKA AFC CHANNEL..best tgk org makan sambil belajar masak dan juga nak deco2 makanan sikit hehee..paling digemari semestinya Jamie Oliver, Anna Olsen, French Food At Home dan Daily Cook..Kat Malaysia mesti lah Chef Wan..xde yg two..:=)
  4. YANA SUKA KUCING..mmg terlalu menyayangi kucing..Pernah bela seekor kucing betina hampir 6 tahun..nama kucing DD..DD mati sbb sakit..tak sempat nak bawa g klinik..masa tu yana tgh study kat utara so, takde sape kat umah nak bawa dia jmpa doc..hmm..xmau citer coz dah nak nangis nii..mmg yana sayang sangat kat DD.
  5. YANA SUKA MAKAN CILI API..Kat umah WAJIB kena ada..buat ulam sedap!!
  6. YANA SUKA LIPSTIK..bape banyak ek lipstik yana..hmm..banyak kot huhuu
  7. YANA  TAK SUKA LIPAT KAIN BAJU dan suka je tgk kain baju menggunung dlm bakul tapi yana suka iron baju..huhuu..ada jugak ayat nak cover tuu..ngeee
No 3..kena panjangkan award ini kepada 15 blogger lain..jeng-jeng-jeng..kita tgk siapa yang kena =)
Diharap sudi menerima dan buat homework sikit ek..bukan selalu kan hihii..yg tak tersenarai jgn kecik ati pula..lain kali kita bagi..hmm..mcm ada org nak award lg kat kita =)

Yahuuu..DONE!!!

APAM MENTEGA

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..seawal pagi lagi yana dah mengadap cik lappy..petang semalam xde kesempatan nak berduaan dgn cik lappy..ada saja gangguan dari bdk tecik yg mmg selalu jeles tgk kemesraan antara ibu dgn cik lappy..hihii..

Petang semalam sempat jugak yana mengapam skali lagi..tanpa ada sifat malas dalam diri ini yana mulakan projek mengapam..ceewwaahh..bt kuih rajin..nak lipat kain baju males..dah mcm gunung timbunannya tp mata jeling jee nengok bakul tersebut..huhuu..

Resepi apam ni dah lama yana amek kat umah Kak Izah..Buat 1/2 adunan jee..cukuplah utk perut kat umah nii..Yana mintak izin nak share kat sini pula yee Kak Fiza dan Kak Izah..nak simpan elok2..senang utk rujukan kot2 nak bt lagi..hihii..

APAM MENTEGA


BAHAN-BAHAN:- ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA NAK BUAT:-

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuang adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh ke dlm acuan pun xapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama 15 minit-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
Selamat Mencuba :=)

Thursday, September 29, 2011

IKAN SIAKAP STIM

Assalamualaikum semua..Dah lunch ke semua..ari ni yana lunch dgn ikan siakap stim jee..xnak mkn nasi laa kononnya..Lepas mkn siakap stim ni rasa ringan sikit badan coz angin dh keluar hehee..yana suka mkn bawang putih dan halia klu masak stim mcm ni..sengaja letak byk2..angin dlm badan ni mmg byk sgt lepas bersalin taun lepas..cane nak buang ek..ngeee :=)

Niat awal ikan siakap ni nak bakar berempah woku..teringin sgt nak makan lepas tgk blogger2 lain dah bt.. tapi sedikit kecewa coz keluar p pasar lambat sgt..byk daun2 yg diperlukan dah abis..hmm..tgu wiken ni je lah kita bt..dapat mkn dgn En.H lagi best..jom kita layan menu yg simple dan menyihatkan nii..layan :=)

IKAN SIAKAP STIM


BAHAN-BAHAN:-


1 ekor ikan siakap 
3 ulas bawang putih ( mayang )
1/2 labu bawang besar holand  ( mayang )
1 batang serai ( potong serong )
2 biji limau nipis ( ambil jusnya )
1 biji tomato ( potong bulat )
2 helai daun limau purut ( hiris nipis  )
4 biji cili api ( potong )
1/2 kiub stok ayam knorr
2 inci halia ( potong memanjang )
1 sudu kecil serbuk lada hitam


CARA NAK BUAT :-

  1. Gaulkan ikan siakap yg telah dibersihkan dgn sedikit garam, kiub stok ayam dan serbuk lada hitam. Perap 10-15 minit.
  2. Kemudian tabur semua bahan yg telah dihiris dan dipotong tadi keatas ikan yg sedia dikukus. Jangan lupa tabur gula sikit yee.
  3. Last, perah jus limau nipis dan boleh lah dikukus selama 30 minit.
Selamat Mencuba :=)

Wednesday, September 28, 2011

APPLE PIE

Assalamualaikum dan selamat petang semua..dh mkn petang ke..klu belum jom join yana mkn Apple pie..Penuh kesabaran betol nak bt pie nii..nasib baik jadi dan yg penting mmg sedap..Ekceli yana beli epal hijau ni coz nak bt kerabu..hmm..xsangka pula jadi pie..hikhikk..xpe..esok kita bt kerabu ek..yana xpernah merasa lagi kerabu epal hijau..

Resepi Apple Pie ni yana amek kat umah Kak Liza..dah lama simpan resepi..ari ni baru menjadi..mintak izin yee kak Liza..yana nak share kat sini pula utk rujukan akn dtg..Jom layan Apple pie bersama lemon tea panas..segarnyaa :=)

APPLE PIE


BAHAN-BAHAN:- ( Yana buat 1/2 adunan jee )


UNTUK INTI PIE:-



6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
200 g gula perang
50 g kismis
20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air



UNTUK DOH PIE :-

500 g tepung gandum
200 g mentega 
2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
200 g gula halus (saya kurangkan sukatan gula sbb inti pie tu dah kira
    manis-yana kurangkan juga)





CARA NAK BUAT:=



  1. Dalam periuk masak gula  hingga cair . Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Sejukkan pie sebelum dimakan.Nanti melecur lidah tu sebab filling tu panas.  
Selamat Mencuba :=)

WORDLESS WEDNESDAY #7

Assalamualaikum..


Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai :=)




Tuesday, September 27, 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum semua..bersua lg kita skali lg..sempat pula nak bern3 mlm ni..Damia asyik masyik main..dia bt xtau je tgk ibu pgg lappy..ayah pula dah layan bola..so, ibu bleh nak berfoya2 kat alam maya jap hehe..Just nak share menu kami tadi..nmpknya malam ni dah terlebih mkn sudah hikhik..

Jom kita intai resepi Spaghetti Bolognese yg mmg best nii..yana terskodeng kat umah Kak Yatie ratu kuih talam kita tu..sape tak kenal kan..mcm2 kuih ada kat umah Kak Yatie..suka sgt singgah kat sana..Males nak ckp byk..krg bdk kecik tu kacau plak..kita layann jee :=)

SPAGHETTI BOLOGNESE



BAHAN-BAHAN:-
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 1 helai daun bay kering ( yana xletak, xde stok )
  • 400 gm daging kisar
  • 400 gm tomato dalam tin 
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging ( yana xletak, xde stok )
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – ( yana guna jenis linguine )
  • Parutan keju secukupnya ( xletak )
  • Gula & garam secukup rasa
  • ( Yana tambah sosej )


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.
Selamat Mencuba :=)

PAU GEBU CMG~ bekpes kami ^__^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..pagi ni tibe je tekak nak mkn pau..apa lagi, tanpa segan silu lepas solat subuh tadi terus je mulakan projek mengepau..bestnya mkn pau dikala cuaca yg sejuk dingin jee kat Kepala Batas ni..Semalam hujan lebat dari pagi smpai la pagi tadi baru benti..matahari baru keluar dgn sinaran yg cukup indah..hmm..kain baju ku belum disidai lagi nii..byk plak membebelnya..ngeee..

Pau resepi CMG ni yana buat inti sambal bilis lebihan lauk smlm and kaya utk damia..mmg terasa kegebuannya..mkn sebijik cam xckp jee..ari ni kita mkn pau je lah..xyah mkn nasi dh heheee..jom layann :=)

PAU GEBU CMG

tgn bdk tecik x sabar nk mkn..:=)


BAHAN DOH PAU :-

500 gram tepung pau 
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast


CARA NAK BUAT:-
  1. Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. 
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba :=)

Monday, September 26, 2011

KERABU MAGGI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..hari ni pagi2 lagi dpt pgg cik lappy..2 hari bercuti..biasalah hari minggu..xde kat umah pun..asyik merayap jee kejenya hehee..pagi yg indah ari ni yana nak share satu resepi sempoi jee..Hmm..sape penah mkn kerabu megi? Yana penah mkn skali ms blk klate bulan puasa ari tu..mmg sedap akak Thailand tu bt..Biasa lah org Thai kan..mmg kaya dgn makanan berasaskan kerabu nii..mcm2 jenis kerabu ada..yana paling suka kerabu kaki ayam thailand..mmg sedap sgt..

Jom je lah kita layan resepi yg mmg simple sgt..bahan-bahan ikut citarasa masing-masing yee..yang ni yana main campak2 bahan yg ada kat umah jee hehee..Kerabu maggi ni rasa mcm maggi je cuma ada rasa pedas yg terlebih dan masam jus limau nipis..mmg feberet yana..ngee..jom layann :=)

KERABU MAGGI


BAHAN-BAHAN:-



1 bungkus mi maggi perisa kari
4-5 ekor udang sederhana besar ( potong kecil )
3-4 tangkai cili api ( potong )
2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang merah ( mayang )
1 biji tomato ( potong nipis )
1 tangkai cili merah ( potong )
Kubis secukupnya ( celur dan hiris memanjang )
Jus asam limau 
Sedikit garam & gula





CARA NAK BUAT:-



  1. Celur udang, kubis dan mi maggi. Tos dan ketepikan. 
  2. Dalam mangkuk lain masukkan cili api, bawang merah, buah tomato. Gaul semua bahan.
  3. Kemudian masukkan udang, kubis, cili merah, sos ikan dan mi maggi, perencah kari maggi serta garam dan gula. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
  4. Last, perahkan jus asam limau..gaul dan siap untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba :=)

Friday, September 23, 2011

NASI KUNING SHEILA RUSLY

Assalamualaikum semua..rasa mcm dah lama tak jenguk dapur maya ni..semalam byk sgt halnya..bila dh cuti tu kan biasa lah..susah nak start blk..penyakit 'M' ni pun mcm dah dtg jee hehee..'M' nak snap pic..'M' nak pegang cik lappy..best jee dpt tgk tv sambil bergurau senda dgn damia..ngeee..

Malam ni juz nak post resepi Nasi Kuning Sheila Rusly..nasi ni yana dah bt sekali masa bulan puasa ari tu tp xsempat nak snap pic..resepi asal dari Akak Sheila Rusly kita tuu..alaa rancangan Ketuk2 Ramadhan..Yana sempat jugak tgk ms dia bt nasi ni tp tgk je lah..xde mood nak salin resepi..nasib baik lepas tu terskodeng umah Kak Naz yg dh buat nasi kuning ni..bleh je yana kopis..tq Kak Naz cayang..hikhikk

Dah byk la plak membebelnya..tadi males nak menaip..mintak izin yee Kak Naz yana nak share kat sini plak..Nasi ni yana juz mkn dgn ayam masak madu..simple mimple jee..jom layann..:=)

NASI KUNING
Resepi asal: Sheila Rusly-Ketuk-Ketuk Ramadhan





BAHAN-BAHAN :-
  • 2 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 1 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • Sedikit garam halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 tsp serbuk kunyit







CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan juga serai. Biar hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan gaul rata.
  3. Masukkan air dan susu cair.
  4. Masukkan garam dan juga daun pandan. Kacau rata.
  5. Taburkan serbuk kunyit dan gaul rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Apabila nasi telah kering, taburkan kismis atau gajus sekiranya suka.(part ni, Sheila Rusly tak buat..Naz tambah sendiri-yana xletak).

Selamat Mencuba :=)

Wednesday, September 21, 2011

APAM KENTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..ari ni xmasak apa2 utk tengah ari..mcm males je nak mkn tapi petang td yana sempat plak mengukus kuih apam kentang hikhikk..orang lain dah lama buat apam ni..yana je ketinggalan..duk perap resepi dlm almari smpai naik berganda hehee..

Jom je lah semak resepi ni..mmg tak mengecewakan..sedap dimkn bersama kelapa parut..yana kopis je dari umah Kak Yatie kesayangan ramai..suka sgt singgah umah Kak Yatie..mcm2 ada..mintak izin share kat sini pulak yee kak utk rujukan yana ms hadapan..ngeee..jom kita layann :=)

APAM KENTANG



BAHAN-BAHAN:-

3/4 cwn gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
1 cwn kentang rebus
3/4 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sk yeast
1 sk b.powder
pewarna hijau/pandan paste
250 ml santan.


CARA NAK BUAT:-

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut. 

Selamat Mencuba :=)