Tuesday, May 31, 2011

NASI MANDHI & AYAM PANGGANG ALA KR~ maveles~

Assalamualaikum..lewat tul nak bern3 ari ni..so bz..dh malam baru dpt nak n3 hehee..Ari ni yana buat Nasi Mandhi..dah lama sgt nak mkn..ari ni baru sempat nak buat..Tq pada tuan empunya resepi Puan Raidah dan Tq jugak pada Kak Ummi Kuantan coz yana C&P jee dr sana..mintak izin ye kak Ummi..hehee..sedap tul nasi nii mkn dgn ayam panggang KR..juga C&P je dari umah Kak Ummi..Jom kita layan jee..sorry pic kurang menyelerakan coz nak cepat mkn..lapar sgt2..hehee..dah lah membebel..En.Hb nak guna lappy plak jap g..jom layann..

NASI MANDHI




BAHAN-BAHAN:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(#) Step (4) yana ni tak buat jgk sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut eh..rajin2 sikit.

Slamat Mencuba :)


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS



AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Sumber: Che Mid
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan2 untuk perap ayam : -
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- (*akak guna gula perang)
  • 2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



Cara-cara:-
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )


Slamat Mencuba :)

Monday, May 30, 2011

HAPPY 2nd ANIVERSARY~YANA ♥ SHAIFUL~


Today is my ANIVERSARY DAY..:)..Ari ni 30 Mei 2011 genap 2 tahun aku bergelar isteri kepada suami yang amat aku cintai..kejap je dah 2 tahun..Semoga cinta kita akan sentiasa indah dan diberkati oleh ALLAH S.W.T..

KARI IKAN BAWAL~ala mamak

Assalamualaikum dan salam ceria.. ari ni yana betul2 ceria+gembira..waahhh..padahal ari2 mmg cani pun hehee..pagi ni juz nak tayang menu kami semalam..Krg tak sempat lak nak bern3..byk keje nak setle.. Tak mau bebel panjang2..jom kita ke dapur..layannnn..:)

KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK



BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan bawal
5 ulas bawang putih ( mayang )
3 ulas bawang merah ( mayang )
1/2 biji bawang besar ( hiris halus )
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 biji bendi
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Tumis jintan manis, jintan putih dan halba campur hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan semua jenis bawang, daun kari dan juga tomato. Kacau 5 minit dan masukkan serbuk kari ikan. Kacau lagi.
  3. Masukkan air biasa dan juga air asam jawa. Kacau dan rasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.
  4. Selepas itu masukkan bendi dan juga ikan. Kacau lagi dan tunggu hingga ikan masak. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.. Slamat Mencuba..:)

Saturday, May 28, 2011

BINGKA SUSU

Assalamualaikum dan slamat petang..ari tak sempat BW..byk keje nk setle..nak amek masa kejap je nii nak tayang menu petang kami..buat pg tadi g..bingka ni kena bagi sejuk dulu baru bleh dipotong and makan..so, sempat laa buat pg tadi and terus je masuk esbox..resepi simple je tapi sedap..My baby Damia suka..en.hb plak kureng skit kalau jenis kuih lembik cani tapi mkn gak coz xde kuih lain dah hehee..Byk plak membebel nii..jom kita semak jap resepi asal oleh K.FIDA myresepi tapi yana C&P dari K.YATIE..terima kasih kedua2 akak kerana sebarkan resepi best nii..hehee.. layannn..:)


BAHAN A :-

1 cawan susu cair
3/4 cawan susu manis
50 g gula pasir ( opt )
1 cawan tepung gandum ( diayak )
2 biji telur

BAHAN B :-

500 ml air ( 2 cawan )
100 g mentega/ majerin ( 6 1/2 sb)
50 g tepung kastard ( 5 sb )
1/2 sk esen vanila
1/2 sk garam

CARA NAK BUAT:-
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

Friday, May 27, 2011

BAYAM MASAK LEMAK BERTEMPE

Assalamualaikum semua..cepat masa berjalan..rasanya baru je lepas bekpes..tibe je dah mkn tgh ari hehee.. ekceli nak masak malas tapi perut asyik lapo jee..cane tu nk berdiet konon.. tgh ari ni layan plak kuah lemak berkrim..xpe, esok ajak en.hb kuar jln2..kita bakar semua lemak yg dah makin membesar dlm badan nii.. jomlah kita tgk dulu menu simple nii..my baby tgh syok tido..sblm dia jaga dan mula buat keje kita ke dapur dulu yee..layannn :)

BAYAM MASAK LEMAK BERTEMPE



BAHAN-BAHAN:-

1 ikat bayam
1/2 bungkus tempe ( potong kecil )
2 ulas bawang merah ( mayang )
2 ulas bawang putih ( mayang )
2 sudu besar ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 tangkai cili merah ( potong 4 )
Suun
Fucuk
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-


  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan santan ke dalam periuk. Gunakan api yang sederhana.
  2. Bila dah sedikit mendidih masukkan tempe, fucuk dan rasakan dgn serbuk perasa. Kacau.
  3. Masukkan bayam dan juga suun. Kacau semua bahan.
  4. Last, masukkan cili merah. Bila bayam dah layu boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..Slamat memcuba :) 


MAGGI GORENG TOMYAM~ pedas berapi

Assalamualaikum dan slamat pagi..semua dah bekpes kee..klu blum jom sama2 bekpes dgn yana..pagi nii tibe je tekak terasa nak mkn maggi..boring jgk tiap ari bekpes mkn roti jee..tanpa segan silu pg nii maka jadi lah maggi goreng tomyam..nak tau resepi.. jom kita semak jap..layaannnnnn :)

MAGGI GORENG TOMYAM



BAHAN-BAHAN:-

2 bungkus maggi ( rendam dan tos kan )
5 ekor udang saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu besar pes tomyam
1 batang serai ( diketuk )
3 helai daun limau purut
1/2 biji buah tomato ( potong dadu )
4 biji cili api ( potong )
Carrot
Garam
Bahan perasa

CARA NAK BUAT:-


  1. Tumis bawang putih, buah tomato dan serai hingga naik bau. Masukkan pes tomyam dan kacau.
  2. Masukkan daun limau purut, cili api dan carrot. Kacau lagi.
  3. Kemudian tambah sedikit air dan masukkan udang. Kacau jap dan rasakan dgn bahan perasa. 
  4. Masukkan maggi dan gaul hingga rata. Dah siap bekpes kita..Slamat mencuba :) 

Thursday, May 26, 2011

AGAR-AGAR ROTI MARBLE~again

Assalamualaikum..cuaca indah pagi nii..matahari bersinar2 kat luar tuu..pagi nii bekpes simple jee..bakar roti sapu planta bersama kopi panas..pagi ni juz n3 skali lagi agar2 roti..ari tu mak mertua yana datang umah..so, buat lah agar2 nii..senang dan mudah jee..mula2 igt nak masak yg spesel skit mak mertua dtg tapi sape laa nk tlg tgk my baby yang aktif sgt tuu..agar2 tu pun yana bt masa dia lena.. bt cepat2 sblm dia buka mata..Jomlah kita imbas kembali resepi dari dapur K.Mas Duniaku.. kali ni buat  agar2 roti marble plak..layannn :)


Agar - agar Roti
Sumber : Mas Duniaku

Bahan :
  • 20 gram agar2 bertali @ sepeket serbuk agar2  - 10 gram
  • 6 cawan air 
  • gula pasir - ikut manis @ 200gram
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti 
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila 


CARA NAK BUAT :-
  1. Roti, susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan 2 bahagian dengan dibahagi sama banyak. Masukkan 1 bahagian dgn serbuk koko dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna di bahagian tgh dan diikuti dengan warna lain, tak payah tunggu keras. tuang berselang seli smpai habis.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong. Slamat Mencuba :)

Wednesday, May 25, 2011

TRIFFLE~ sene jah :)

Assalamualaikum..ari ni juz nak n3 menu semalam..sempat gak buat sambil duk menjerit terpekik terlolong dgn my baby damia tuu..aktif sgt..tak reti diam..ada je yg dia nak panjat..mata ibu kna tgk jee..hmm..kembali pd n3 kt hehee..Dah lama tringin nk mkn triffle nii tp tak de org nak tlg bt..terpaksa lah bt sendiri hikhikk..triffle simple je nii..campak2 brg yg ada jee tp best jgk..sejuk dlm tekak nii..Jom lah kita ke dapur..layann je lah..dh abis pun triffle niii..layannn :)


BAHAN-BAHAN:-

1 peket jeli kristal nona
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
Kek coklat secukupnya
Nata De Coco
Buah Anggur


CARA NAK BUAT:- 


  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu cair. Masak hingga pekat.
  2. Potong kek dan susun dalam bekas yang tersedia. Kemudian basahkan kek dgn sedikit jus nata de coco.
  3. Tuangkan kastard ke atas kek tadi. Lepas tu tabur nata de coco.
  4. Bancuh jelly mengikut arahan yang telah disediakan dan tuang ke atas nata de coco tadi. Yana letak buah anggur atas jelly.
  5. Last..masuk je dlm esbox..mkn sejuk lg best..slamat mencuba..:)

Tuesday, May 24, 2011

AYAM PANGGANG LADA HITAM OREGANO

Assalamualaikum..kangen banget sama my blog..wahh tibe je terkeluar dari bahasa ibunda nii..hehee.. Dah beberapa bercuti dari berintenet..so bz..plus plak my baby dah makin membesar and ibu no time nak pgg lappy..mlm plak lappy jadi hak milik hubby..ibu jaga anak je lahh :)..Tak mau bebel byk2..kita tgk je menu kami ari niii..jap g yana nak BW umah kwn2 plak..dh lama tak jenguk umah dorang..jom layannnn...




AYAM PANGGANG LADA HITAM OREGANO

BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam
4 ulas bawang putih ( kisar )
1 ulas bawang besar merah ( kisar )
1 sudu besar lada hitam ( kisar )
1 batang serai ( kisar )
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar daun oregano kering
1 sudu besar madu

CARA NAK BUAT:-


  1. Gaul ayam dengan bahan yang dikisar, sos tiram, daun oregano kering dan madu.
  2. Perap 2 hingga 3 jam. Yana perap semalaman.
  3. Panaskan oven 10 minit dgn suhu 170c.
  4. Sapu ayam dgn sedikit majerin dan tabur daun oregano. Bakar ayam selama 40 minit atau hingga ayam masak..Slamat Mencuba :)



Thursday, May 19, 2011

IKAN MASAK HALIA SIMPLE

Assalamualaikum..dah makan tengah hari ke semua..Yana ari ni simple jee tapi mmg ari2 simple je masak hikhikk..Seperti biasa bila je masuk dapur harus pantas dan tangkas..kna cepat2 masak sblm my baby sedar.. klu tak kna masak sama2 dgn dia sambil duk jerit..Jom lah layan resepi simple nii..layann..:)



IKAN MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan ( goreng dulu yaa )
2 biji bawang putih ( tumbuk )
1 inci halia ( tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
Cili merah ( hiris memanjang )
Halia ( hiris memanjang )
Bawang besar ( potong bulat)
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

    1. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
    2. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata dan tambah air. Kalau nak kuah banyak boleh lebihkan air. Kemudian perasakan dengan serbuk perasa.
    3. Masukkan cili merah, halia dan juga bawang besar Kacau lagi hingga mendidih.
    4. Tutup api dan tuang kuah atas ikan yang telah digoreng kunyit dan garam tadi.. simple je kan.. Slamat Mencuba :)

ROTI GULUNG SARDIN RANGUP~bekpes kami

Assalamualaikum..rasanya dah lama tak jenguk blog..minggu ni cam bz jee..nak pgg lappy pun  rasa malas.. tambah plak dgn my baby yang mkin membesar nii..kurang tido lebih main..panjat sana panjat sini.. kna tgk dia jee..klu tgk lappy mmg sah yana tak pandang dia dah hikhik..Jom amek masa jap tgk bekpes kami tadi.. layann :)








ROTI GULUNG SARDIN RANGUP


BAHAN-BAHAN:-


5 keping roti gardenia ( gelek/leperkan)
1/2 tin sardin kecil ( hancurkan )
1/2 labu bawang besar ( cincang )
1/2 biji cili merah ( hiris memanjang )
1/2 biji buah tomato
1/2 sudu besar mayonis
1 biji telur
Kobis ( hiris halus )


CARA NAK BUAT:-

  1. Buat inti dulu. Gaul semua bahan kecuali roti, telur dan bread crumbs. Gaul sebati semua bahan. Nak pedas bleh tambah cili api.
  2. Letakkan inti dalam roti yang telah digelek tadi dan gulung. Lekatkan hujung roti dengan tepung gandum yg dicampur sedikit air.
  3. Celupkan roti ke dalam telur kemudian golek2 atas bread crumbs.
  4. Goreng roti dalam minyak yang panas hingga keemasan.
  5. Boleh angkat dan hidangkan..siap bekpes kita..Slamat Mencuba :)

Tuesday, May 17, 2011

NASI LOBAK MERAH~ versi derhaka

Assalamualaikum..sejuk jee ari nii..hujan turun lebat tul..baru je lepas menjamu selera..hujan plak seperti mahu mengundang bantal jee..perut kenyang mst laa mengantuk kan..tambah2 plak hujan..lagi laa mengantuk hehee..pe2 pun kita layan dulu resepi versi derhaka nii..mintak ampun byk2 tuan empunya resepi asal Chef Hanieliza tapi yana C&P dari umah Kak Ummi Kuantan..tak tau la nk ckp cane..resepi asal nasi jagung tapi yana try buat nasi lobak merah..still sedap.. Nasi lobak merah ni yana mkn dgn ayam masak merah lagiii :)..jom layan je laa ek..yana buat half dari resepi asal nii..:)



NASI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ( cuci dan toskan )
2 cawan lobak merah ( disagat @ hiris halus )
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
2 biji buah tomato ( potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula

BAHAN TUMIS:-

5 ulas bawang merah ( mayang )
3 ulas bawang putih ( mayang )
2 cm halia (mayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan ( disimpul )



CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah beriani dan biarkan naik minyak.
  3. Kemudian masukkan beras, lobak merah, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar. 
  4. Lepas tu masukkan air secukupnya dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa. Dah siap.. 
Slamat Mencuba :)


BIHUN GORENG KUNYIT BERCENDAWAN~bekpes kami

Assalamualaikum..dah bekpes ke semua..mesti dah kan..dah nak tengah hari pun hehee..pagi cuti yang indah nii kami bekpes simple jee..kejap lagi masuk dapur plak..tak tau nak masak apa lagi nii.. pe2 pun kita layan resepi simple kami tadi..layannn..



BIHUN GORENG KUNYIT BERCENDAWAN

Bahan-bahannya:-

Bihun secukupnya
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 ulas bawang merah ( mayang )
Cendawan tiram secukupnya 
Fish cake ( gaul bersama 1/2 sudu besar serbuk kunyit )
carrot
kubis
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
  2. Masukkan fish cake dan carrot. Gaul rata.
  3. Kemudian tambah air secukupnya dan masukkan garam serta bahan perisa. dan cukup rasa masukkan bihun. Gaul lagi. Last skali masukkan kubis dan juga cendawan. Gaul kejap dan bleh lah tutup api..siap utk dihidang.. Slamat mencuba :-)