Monday, February 28, 2011

Hari terakhir Februari 2011

Alhamdulillah dapat jugak bern3 untuk hari terakhir febuari 2011 ni..hari minggu terahkir februari ni aku jadi sibuk plak..nak n3 resepi pun tak sempat..siang kua jalan2..balik malam dah penat..ingat nak tido je hehee..
Bulan ni juga berakhir tanpa ada perubahan pada aku..moga2 bulan depan adalah perubahan yang aku sudah lama aku tunggu..malam ni tak boleh nak membebel panjang2..my baby dah mengamuk plak..jeles tul dia bila tengok ibu duk pegang laptop..nampaknya esok lah baru boleh aku nak n3 resepi kami hari ni..
Pe2pun februari 2011 tak kan kembali lagi..semoga kenangan indah bulan ini akan menjadi memori yang sentiasa terpahat dihati aku, suami dan my little baby yang semakin membesar..doaku dan suami agar cahaya hati kami nur damia membesar dengan sihat dan cergas..ibu sayang ayah dan mia..

Friday, February 25, 2011

SOSEJ ROLL

Slamat petang yang indah..hujan turun dengan lebatnya tapi tak pe kita duk dalam umah hehee.. petang ni sempat gak masak sikit untuk hubby balik jap g..Tadi baru prasan roti dah nak xpired.. buat je lah sosej roll.. esok bleh buat sardin roll plak hehee.. jom kita ke dapur tgk resepi yang senang sangat ni..


SOSEJ ROLL


BAHAN-BAHAN:-


Roti secukupnya (gelek bagi nipis dulu )
Sosej secukupnya ( rebus dulu )
mayonis
sos cili
Tepung serbaguna


CARA NAK BUAT :-


Roti kena gelek dulu dengan rolling bagi nipis. Lepas tu sapu mayonis dan sos cili atas roti. Kemudian letak sosej dan gulung sampai habis. Sebelum goreng salut dulu dengan tepung serbaguna..Dan siap semua boleh lah goreng roti gulung sampai nampak keemasan. Kalau salut dengan serbuk roti lagi best sebab rangup tapi yana tak de serbuk roti ari ni ganti dengan tepung serbaguna je tapi best jugak hehee..buat simple je lah.. ok..Slamat mencuba :-)

Bila Nak Pandai Niii....

Dah lebih 3 bulan aku duk berN3 kat sini tapi aku sebenarnya tak pandai g nak make up blog..duk mekap pelan2 je.. jeles je tengok blog orang lain yang lawa canggih manggih semua..Masa study lu ada gak blaja sikit pasal cara nak bt blog ni tapi rasa malas nak buat..aku buat juz nak dapat marks je..abih je paper tu terus aku tinggal..Sorry en.shawn coz x manfaat langsung ajaran en masa tu hehee..Dah stat keje lagi la malas nak buat benda ni semua..kalau FB ok la gak hikhikk.. sekarang baru terpikir best gak kalau ada blog ni tapi sendiri mau ingat laa..tengok time jugak nak berblog pun..kalau takde anak serta suami bleh la nak hadap benda ni tiap masa..tak makan pun tak pe huhuu..
Well, aku masih lagi cuba nak memperindahkan lagi blog kesayangan aku ni..tapi ambil masa gak..bukan 24 jam aku boleh hadap benda ni..kan tak pasal2 gaduh dgn hubby lak hehee..Pe2pun memang aku jeles tengok blog orang lain..walaupun simple tapi nice..hmm..aku kena pikirkan strategi kot nak make up blog aku agar lebih menawan..sekarang ni aku tak berani g nak war2kan pada member aku dah ada blog sendiri..aku nak make up lawa2 dulu br nak war2 kan hehehe..tunggu je la saat dan tika itu nanti.. Adios!!

MACARONI GORENG


Slamat tengah hari Jumaat..penghulu segala hari..cepatnya pagi ni berlalu hehee..tengah hari ni yana tak masak pe2 pun juz makan macaroni menu semalam je pagi tadi..perut kenyang lagi..nak masak malas..bukan ada orang nak makan pun hikhik..hubby pun bukan nak makan nasi kalau malam..krg pikir plak apa menu utk malam ni..pe2 pun kita tgk dulu hasil simple yang terjadi malam tadi tapi panaskan balik untuk jd sarapan pagi tadi hehee..

MACARONI GORENG

Macaroni secukupnya
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
isi ayam
fishball
kubis
garam
serbuk perasa
Minyak untuk menumis

 CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar, sos tomato dan sos tiram. Kacau kejap dan masukkan isi ayam serta fishball. Kemudian masukkan sikit je air. kemudian masukkan kubis dan bolehlah masukkan garam dan bahan perasa. Last sekali masukkan macaroni dan gaul bagi rata. Siap untuk dihidangkan. Nak lagi sedap bleh lah tambah telur..Yana tak letak telur coz hubby tak leh makan telur..alergik hehee.. Slamat mencuba :-)









Thursday, February 24, 2011

SAYUR LEMAK feveret my mum



Ari ni xtau nak masak pe..dah buka sume blog yg ada nk pilih resepi akhirnya berkenan plak dgn resepi Dapur Mamaeina..masak sayur lemak je la..ni resepi feveret my mom jugak..so, tnpa pikir ape2 lagi trus je masuk dapur sementara my baby lena diulit mimpi..masak ni jap je..xyah tumis pe2..kna kacau je..bahan-bahan masak pun juz yang ada dlm peti jee..main campak2 hehehee..Jom kita layan jap resepi bonda tercintaku hasil dari ingatan DAPUR MAMEINA..tq eina kerana igtkan kembali resepi feveret my mom..


SAYUR LEMAK


1 ulas bawang merah ( mayang )
2 cawan santan cair ( xnak pekat..nk kurang lemak huhuu )
1 ekor ikan selar ( bakar dulu ye pastu amek isi je )
Kubis
Carrot
Sawi 
Suun
Fucuk
Garam
Gula
Serbuk Perasa


CARA NAK BUAT:-


Masukkan santan cair tadi bersama bawang merah. kacau jap pastu masukkan carrot dan fucuk. kacau lagi. kemudian masukkan isi ikan bakar tadi. Sambil tu kacau skit2. Dah menggelegak skit masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Last sekali masukkan kubis, sawi dan juga suun. kacau jap dan bleh tutup api. Senang je kan..Slamat mencuba :-)

Tuesday, February 22, 2011

FETTUCINE MELAYU

                                             
Slamat petang..hari ni panas sgt kat luar..dlm rumah pun panas gak..cian my baby nak tido pun susah.. dia xslesa panas sangat.. panas tetap panas tapi kna masuk dapur jgk hehee..ari ni rasa nak mkn spegeti tapi byk alat xckp..hmm..tp xpe..msk je apa yg ada hehee..akhirnya siap jugak makan tengah hari utk ari ni.. jom kita ke dapur tgk apa yg dh siap tuu...

FETTUCINE MELAYU:-

Fettucine secukupnya ( rebus dan toskan )
1 biji buah tomato
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
sosej
nugget
meatball

CARA NAK BUAT :-

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili kisar, buah tomato, sos tomato dan sos cili. Kacau semua bagi buah tomato hancur sedikit. 
Kemudian masukkan sedikit air. kacau dan masukkan sosej, nugget serta meatball. Lepas tu masukkan garam dan serbuk perisa. kalau semuanya sudah cukup rasa maknanya hidangan sudah siap hehee..curahkan saje sos ni atas fettucine yg sudah di toskan td..Simple je kan..:-)

Monday, February 21, 2011

MACARONI SUP + GARLIC BREAD

Hari ni rasa macam tak nak makan je tapi kena makan gak..karang tak pasal-pasal kena gas elektrik hikhik.. so, pikir punya pikir kita makan garlic bread je lah..masak sup ayam skit and tambah macaroni.. buat simple jee janji leh makan..tak nak ingat nasi lemak berminyak semalam dah..Jom kita ke dapur layan juadah hari ni..

MACARONI SUP AYAM

5 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 biji buah tomato
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih ) serba 1 je
3 biji cili api
1 biji ubi kentang
kiub ayam maggi
garam
serbuk perisa
limau nipis
air secukupnya
daun bawang & daun ketumbar
bawang goreng
minyak untuk menumis
Macaroni ( jangan lupa rebus dan tos kan )


CARA NAK BUAT :-
Panaskan minyak sikit dan tumiskan bawang putih, bawang merah, buah tomato dan 4 sekawan sampai wangi. Lepas tu masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul kejap biar rata dengan tumisan tadi. kemudian masukkan air secukupnya. Tutup periuk jap biar ayam dan ubi kentang masak.
Lepas tu kacau dan masukkan garam,serbuk perisa dan kiub ayam maggi. kalau rasa dah ok maknanya dah ok la tu hehee..Last sekali masukkan macaroni dan kacau jap. bleh la kita hias kita daun bawang, daun ketumbar dan juga bawang goreng. perah sikit limau nipis..pasti terangkat..slamat mencuba :-)


GARLIC BREAD

Bahan-bahannya:-
Roti gardenia secukupnya
Planta
1 ulas bawang putih ( hancurkan )
Daun bawang ( xde daun parsley )

CARA NAK BUAT:-

Potong roti jadi 3 segi. Kemudian gaul semua planta, bawang putih dan daun bawang. Lepas tu sapu atas roti dan bakar. Yana bakar atas pan je..Dah siap bleh hidang..Senang je kan..makan panas-panas memang best..slamat mencuba :-)

~TAK NAK MAKAN DAH NASI LEMAK BERMINYAK ITU~

Slamat pagi hampir tengah hari hehee..semalam tak sempat nak bern3..penat sangat kuar jln2 dgn hubby and my little baby..kuar pagi petang baru blk..sebelum blk rumah semalam kami singgah jap kat gerai tepi jalan beli nasi lemak xpress..saje nak try macam mana rasa, tiap ari tgk ramai org duk beli tapi frust plak..kurang best..kuah berminyak sangat, sampai ke pagi ni duk rasa g kat tekak ni minyak sambal bilis..macam mana la orang lain bleh makan tapi hubby yana terus je makan..dia lapar sangat kot..makan roti canai je pagi tu sebelum kami kuar..tengah hari plak tak makan pe2..
Yana rasa nak bgtau je makcik nasi lemak tu suh kurangkan minyak..malam semalam yana tak makan apa2..kenyang sgt2 makan nasi lemak yang berminyak tu..aarrrggghh tak nak makan dah pahni..
Rasanya baik kita masak sendiri, suka hati je lah nak letak minyak ke tak..memang rasa cam menyesal plak makan nasi lemak tu..mst berat badan naik kaw-kaw punya..tak nak makan dah pahni..:-)

Saturday, February 19, 2011

SUP SAYUR + KFC





Malam ni ingatkan tak payah masak dah tapi cian plak hubby kelaparan blk kerja..dia tak mkn tgh hari tadi..kna masak gak skit..blk kerja tadi sempat g dia p beli KFC..tak kan makan nasi dgn KFC je kot..lauk kering je..so, yana masuk gak dapur buat sup sayur serba ringkas.. tgk apa yg ada je lam peti ais tu..nsb baik ada sayur g..jom tgk jap resepinya..


SUP SAYUR

BAHAN-BAHANNYA:-

3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 biji cili api
Sawi
Kubis
Carrot
kubis bunga
suun
fucuk
Isi ayam
sosej 
Garam
serbuk perisa
kiub ayam maggi
serbuk lada hitam
limau nipis
Minyak utk menumis

CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api. Lepas tu masukkan isi ayam dan sosej. Goreng jap kemudian masukkan air secukupnya. kacau.
Masukkan carrot, kubis bunga dan fucuk. kacau jap pastu leh masukkan kiub ayam, garam, serbuk perisa serta serbuk lada hitam.
Last masukkan suun, kubis dan sawi. Sebelum hidang perah limau lipis bagi rasa masam skit.. Slamat mencuba :-)


KFC


Beli je kat KFC berdekatan :-) 


SARAPAN SAYANG~

Ari ni hubby keje lak..sebelum dia p keje pagi tadi sempat la dia beli breakfast utk aku..nasi lemak dan juga kuih muih..dia tau kot bini dia xsihat sgt.. tambah plak dengan penyakit malas bulan ni dah datang..nak masuk dapur pun malas..tq sayang kerana memahamiku hehehee..

My little baby pun macam tau je ibu ada penyakit malas..dia tak meragam sangat..ikut je cakap ibu.. hmm.. dah tak ada nak mengarut..dah la dulu utk hari niii..hopefully esok semangat dahulu akan datang kembali :-)

Friday, February 18, 2011

BIHUN GORENG SARDIN

Hati ni rasa malas je nak bern3 tapi kuatkan semangat jap..skit je nak tulis ni..ni menu mkn mlm semlm.. ari ni yana tak masak pe pun..pagi tadi juz minum kopi ngn biskut kering je..xselera nak mkn..hmm..xkan dh boring masak kot..padahal rasa berkobar2 nak try sume resepi yg ada dlm blog chef..xpe lah..jom kita ke dapur tgk resepi simple smlm.. 

BIHUN GORENG SARDIN

Bahan-bahannya:-

Bihun secukupnya
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 ekor ikan sardin dlm tin (skali dgn sosnya)
isi ayam
carrot
sawi
kubis
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-
Panaskan minyak dan tumiskan cili giling/cili boh serta sos tiram. Masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan dan juga isi ayam. Gaul dan selepas tu masukkan carrot. Gaul lagi.
Kemudian tambah air secukupnya dan masukkan garam serta bahan perisa. dan cukup rasa masukkan bihun. Gaul biar semua rata. Last skali masukkan sawi dan kubis. gaul lagi dan bleh lah tutup api dan hidangkan.. Slamat mencuba :-)

MALASS!!

Kenapa ari ni rasa cam MALAS je nak buat keje..rasa nak tido je..nak makan pun xselera..pe ke hal ni..hmm..nak bern3 pun malas ni.. tolong lah kuat kan semangat nii..kalau diikutkan banyak benda nak dibuat..otak dah jem nak fikir.. Tension tul kalau time malas datang bertandang..dah try nak lawan tapi perasaan malas makin menghantui diri..Aku rasa seperti memerlukan teman di sisi ketika ini..hubby teman di waktu malam huhuu..Malas!!...tolong lah beredar dari ini..berilah aku ketenangan walau sekejap..
kenapa boleh jadi cani..??!!

Thursday, February 17, 2011

BREAKFAST + LUNCH

Hari ni rasa macam bz jee..nak makan pagi pun x sempat..terus je makan pagi and tengah hari..makan simple je..tgk blog HOME SWEET HOME kak ummi dia bt roti paratha rasa nak mkn plak..nsb baik ada lg roti paratha..so, ari ni habiskan saje hehee..menu breakfast+lunch ari ni roti paratha+sambal sardin taruk cili api banyak2 hehee.. tgk lee cili bertaburan hehe..sorry gambar xcun plak..
Tak payah letak resepi lah..beli je roti paratha brand kawanku balik rumah goreng..pastu masak sambal sardin..senang je kan..:-)

Wednesday, February 16, 2011

IKAN GORENG HALIA


Lauk ni makan bersama dengan NASI GORENG CENDAWAN td..xsampai hati plak nak bg hubby makan nasi goreng je..tambah lauk yg ni je laa hehee..jom skali lg kita ke dapur..


IKAN GORENG HALIA


1 ekor ikan selar ( makan sorang je :-)
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 inci halia ( tumbuk )
2 sudu besar sos tiram 
1 biji ubi kentang ( potong bulat )
bahan perisa


CARA NAK BUAT :-
Goreng ikan dulu tapi jgn garing sangat. lepas tu angkat dan ketepikan. pahtu gorengkan ubi kentang dan ketepikan juga.
Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. Dah wangi masukkan sos tiram. kacau lagi. Tambah skit air kalau x nak kuah banyak. Pastu masukkan bahan perisa. Garam x perlu coz sos tiram dah masin.
Last skali masukkan ikan dan juga ubi kentang yg digoreng tadi. gaul rata. Lepas tu bleh angkat dan hidang. Slamat mencuba :-)

NASI GORENG CENDAWAN

 Mlm ni yana masak just utk hubby je..yana dh xlarat nak mkn hehee..xnak citer byk jom kita ke dapur tgk apa resepi yg simple sesangat tuu..hehee


NASI GORENG CENDAWAN


Nasi secukupnya
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 biji cili api
isi ayam ( gaul dgn serbuk kunyit )
3-4 helai cendawan ( dicarik2)
carrot 
kubis 
garam
bahan perisa
minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT :-


Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah serta cili api. Dah wangi skit br masukkan isi ayam. pastu masukkan carrot.
Kemudian masukkan cendawan. kacau lagi. kemudian masukkan garam dan bahan perisa.
Last skali masukkan nasi serta kubis dan gaul semuanya biar rata jd kaler kekuningan. lepas tu siap laa.. mudah je kan..Slamat mencuba :-)

KEK BATIK CHOCO TIGER



Rasanya dh lewat sgt nk ckp psl resepi ni..tp xpe lah, yana nk ckp gak hehee..cuti Maulidur Rasul awal2 g dh bgn coz nk bt kek batik utk hubby..feveret dia klu ada kaitan dgn coklat..dia suka sgt coklat..Semlm dia mkn ns mentah so ari ni kena la kembalikan keyakinan pada dia bahawa isteri dia ni bleh masak hikhik..
Kek batik ni biasa je cuma yana tambah biskut choco tiger berkrim nk bg rs coklat lebih..bt pun skit je..hubby je nk mkn hehee..jom kt tgk bahan keperluannya...

KEK BATIK CHOCO TIGER

20 keping biskut marie ( patah2kan )
5 keping biskut choco tiger berkrim ( jgn buang krim )
1 1/2 cawan milo
1 cawan air
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu pekat

Cara nak buat :-
1. Asingkan biskut choco tiger dgn krim. tumbuk kasar biskut tersebut.
2. Panaskan sedikit air bersama krim biskut choco tiger hingga hancur. Pastu mskkan
    biskut choco tiger, milo dan air. kacau.
3. Masukkan susu pekat dan mentega. kacau hingga sdikit pekat.Tutup api dan 
    masukkan biskut marie kedalam adunan td dan kacau hingga biskut diliputi coklat.
4. Last masukkan dlm apa2 je bekas dan tekan bg padat. lepas tu masuk je lam
    peti tgu hingga dia sejuk dan keras skit br best mkn :-) slamat mencuba!!

Tuesday, February 15, 2011

NASI ITU MENTAH~ MALUNYA

Slamat mlm..ari  ni lewat plak nk berN3..bdn rs penat kuar jln2 pada ari yg cuti ni..xpe lah..sabar skit coz yana nk kongsi citer jap..citer lucu kot hehee.. citer ni berlaku smlm g tp xsmpt nk citer..
Smlm punya la berkobar2 dan bersemangat nk masak ns goreng sardin untuk hubby tercinta tp segala2nya musnah..cian hubby..xtau la mcm mana bleh berlaku smlm nasi yang di masak jd mentah maknanya xmasak la tu kan hikhik..bt malu tul..dah la hubby mkn br tau ns tu mentah..aku sendiri pun xprasan ms goreng nasi tu..xnmpk langsung nasi tu mentah..hubby mkn skit je la..
Hopefully, dia xgtau mak dia a.k.a mak mertua aku bahawa aku msk ns mentah..bt malu keturunan je hikhik..
Last skali terpksa hubby aku mkn nugget ngn roti je..aku nak msk lain dia ckp xyah..so sory sayang.. esk ayang masak yg best punya ek..mmuah!

Monday, February 14, 2011

BIHUN SUP NAK CEPAT MAKAN

Ok tak nama resepi tu..hikhik..tapi memang betul pun..ari ni hubby xde so mkn sorang2 suka ati lah nk lantak ape kan yg penting cepat masak sbb dh lapar sgt2 hehee..bahan2 pun mudah je main campak apa yg ada lam peti ais..yana ni jenis xmkn nasi sgt..ada hubby br pikir nk msk lauk pe sbb dia nk mkn nasi.. ok lee.. jom kt intai jap bahan2 nk buat resepi tersangat mudah ni..pejam mata pun bleh buat hikhik..

BIHUN SUP MUDAH DAN CEPAT

Bihun secukupnya
Air secukupnya
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji cili api
Sawi
Kubis
Carrot
Isi ayam (bahagian dada)
1 biji telur
Garam
serbuk perisa
serbuk lada hitam
limau kasturi
Minyak utk menumis

CARA NAK BUAT :-
 Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, halia dan cili api.
 Kemudian masukkan isi ayam dan carrot. Kacau sekejap dan masukkan air ikut suka. Nak kuah 
 banyak tambah air banyak2 :-)
 Lepas tu masukkan garam, bahan perisa serta serbuk lada hitam. 
And then masukkan bihun yang telah direndam td bersama2 dgn sawi dan kubis.
Last skali pecahkan telur. Tunggu sehingga masak. Sebelum mkn perah limau kasturi. Br ada rs masam dan pedas. Senang sgt2..:-) 



Sunday, February 13, 2011

KARI AYAM MAMAK YANA STYLE

Slamat petang semua..ari ni ada satu lg resepi nk di share kan..resepi ni feveret hubby..dia xmkn pun g tp bini dia dh melantak tgh ari td sorang2..tgu dia blk mkn mlm je laa hehee..Jom la kt tgk..resepi biasa jee.. yana br blajar masak hehee

KARI AYAM MAMAK YANA STYLE

Bahan-bahannya:-

6 ketul ayam
1 biji buah tomato ( potong kecil )
1/2 biji bawang besar 
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih )
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 inci halia ( tumbuk )
Ubi kentang
3 sudu besar Rempah kari ayam Baba's
1/2 kiub ayam maggi
Daun kari
Garam
Serbuk perisa
Air asam jawa secukunya
Minyak untuk menumis

Cara Nak Masak :-

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan tomato sampai la tomato hancur.
2. Lepas tu masukkan 4 sekawan td bersama2 dgn bawang putih, halia & daun kari.
3. Dah naik bau sikit br masukkan ayam & ubi kentang. Gaul. Lpas 3 minit masukkan  
    rempah kari. Gaul lagi sambil dimasukkan air tp jgn byk. Kari ni ala2 pekat skit.
    Kemudian masukkan kiub ayam maggi. 
4. Tutup dulu periuk biar ayam dan kentang masak sepenuhnya.
5. Masukkan sedikit air asam jawa nk bg ada rs masam skit.
6. Tambah bahan perisa seperti garam dan serbuk perisa
7. Kalau rasa dah ok maknanya kari dah jadi..hehee Slamat mencuba!!

Saturday, February 12, 2011

TOMYAM SIMPLE RESEPI SENDIRI



Ari ni 1st time aku n3 resepi..xpndai lak nak menerangkan cara msk..tp xpe lah janji faham hehee..sebelum ni maleh nk tunjuk resepi yg aku n family mkn tiap ari.. aku ni suka gak jenguk blog masak memasak ni..ada yg dh try..pe2 pun tgk je la resepi tomyam simple aku ni..hubby xleh mkn seafood tp dia nk mkn tomyam..smlm try le bt..Alhamdulillah..menjadi jgk..hubby siap puji g hehee.. jom la tgk apa yg diperlukan nk buat tomyam nii..mudah sesangat..


 TOMYAM SIMPLE


5-6 ketul ayam ( mkn 2 org je xleh msk byk )
4 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk 
4-5 helai daun limau purut
3 sudu besar cili sos
4 sudu tomato sos
Carrot
kubis bunga
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak nak tumis


Cara nak masak :-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan sos cili,sos tomato,serai, daun limau purut serta ayam
3.Gaul semua bahan tadi dan biarkan semua sebati kejap
4.Bila dah naik bau masukkan air..klu nak kuah byk lebihkan air
5. Masukkan carrot dan kubis bunga
6.Masukkan garam dan bahan perisa
7. Tunggu sampai masak je laa... masa nk hidang baru lah kita perahkan asam limau..
8. siap utk dimakan..cuba le try...-:)

Wednesday, February 9, 2011

BaKaR LEMANG & SATE Di CNY

                    Proses nak buat lemang..
              
      


                                 

                               

Lemang dah siap..lemang jagung..lemak berkrim...


Lemang dah siap..ready makan!!

Acara malam..bakar sate....best!!!


Pembakar sate..hehee
Tetamu nak makan sate..
Sate siap!!

Tuesday, February 1, 2011

MemOri InDah 1 FEB 2005

 Masih ku ingat..6 tahun lepas  aku mengalami kegagalan dlm percintaan..sggh pedih rsnya.. dunia menjadi gelap..tiada cahaya menerangi siang hari ku..setiap hari aku menangis..( hmmm..rs cam bodoh je skg ni nangis sbb lelaki...huhuuu..) Namun segalanya berubah..tanggal 1 Februari 2005..untuk menghilangkan rs kebosanan..ketensionan..kebencian..aku mulakan aktiviti lama ku iaitu berchating..ms tu laman popular mst la YM..rmai gak aku berchating mlm tu tp semua just nk ilangkan perasaan aku yg xtentu hala nii..dan msh ku ingati sehingga saat ini..sebelum aku check out dr YM tiba2 1 msg aku trima tnya sesuatu berbunyi.. " Bila awk nk keluar album br elyana.." aku selamba je jwb.." Dah keluar ari ni..awk xbeli ke..?".. actually kebetulan aku br bc paper sebelum tu psl elyana kuar album br..heheee..sblm dia bls msg tu aku trus gtau nk out..dh kul11 mlm kna blk bilik dh..dia bls just mtk no phone aku..tnpa segan silu aku trus bg..pdhal xknal sape pun.. lpah bg br aku rs nyesal..hmm...lantak lah..aku pun trus blah dr cc..dh lewat nk blk..smpai bilik aku dpt msg dr yg berkenaan td..xsangka lak cpt dia bertindak hehee..mlm tu bleh la aku layan dia skit2..msg ms tu mahal..10 sen skali antar..student kna berjimat cermat hehee..
Well...itu lah memori indah yg berlaku pd tanggal tersebut..utk pengetahuan semua yg terbaca tulisan ini.. yg berkenaan dlm n3 ini adalah suami aku skg..tak ada siapa yg menjangkakan kami akan bahagia dan dpt hidup bersama kini..mmg indah aturan yg dibuat oleh Allah..aku tlah dikecewakan oleh seseorang yg tidak menghargai aku namun sebaliknya aku tlah dianugerahkan lelaki yg amat bernilai utk diri aku..Syukur pdMu ya Allah menemukan aku dgn seorang lelaki yg menghargai cinta dan kasih sayang aku..i love u so mucchhhh sayang!!